𝑃𝑎𝑟𝑡 14🍁

Start from the beginning
                                    

"Yeay Pizza dah sampai!" Kata mereka berdua serentak. Lisa mengerut kan dahinya sebelum dia menurunkan kaki dari atas meja.

"Kau ada oder Pizza ker?" Tanya Lisa pada Diandra lalu laju Diandra menggeleng. Bila masa pula dia oder Pizza?

"Korang?" Tanya Lisa pada Aaron dan Laticia pula. Laju mereka menggeleng.

"Dah tu yang kau kata tu Pizza apahal bebal?!" Berang Lisa secara tiba - tiba terus Aaron dan Laticia sengih kambing.

Mak Su dia ni sikit - sikit nak marah. Dah nak mati ker apa?

Lisa bangkit dari duduk nya lalu dia menuju ke arah pintu rumah. Diandra turut sama mengekori Lisa dari belakang.

Manakala Aaron dan Laticia statik di tempat mereka dengan mainan yang bertaburan. Bukan Aaron yang buat yer! Laticia yang buat.

Ding dong! Ding dong! Ding dong!..

Loceng rumah ditekan berkali - kali. Lisa melajukan langkah nya sambil mulut memaki hamun si penekan loceng.

"Sabar lah woi! Tekan macam orang nak mampus! Rosak loceng rumah aku ni, aku suruh kau tadah bontot kau kat situ!" Jerit Lisa kuat. Mungkin jiran sebelah pun boleh dengar jeritan tarzan Lisa.

Pintu dibuka dari dalam, lalu terpapar lah wajah yang dibenci Lisa dihadapan mata. Benci? Takde lah sampai benci, dia cuma menyampah sahaja.

"Ah! Kau lagi?! Apa mata kau ni ada masalah ker? Buta dah jalan balik rumah kau ker bebal?!" Maki Lisa. Dia dah lah takda mood sekarang ni.

Ditambah lagi dengan si bala yang mendatang memang mencari maut jawab nya. Diandra menjengulkan kepalanya sedikit dari celah dinding.

"Kau buat apa lagi datang sini? Dah tak reti balik rumah ker?" Tanya Diandra. Habis bertukar gelaran I U dia, kepada kau aku.

Adam membuat muka malasnya lalu dia mengangkat kening sebelah pada Diandra.

"Kau tu pula buat apa dekat sini? Tak reti nak pergi kerja ker? Dah kaya sangat dah?" Perli Adam, tapi Diandra memang kaya pun bongok!

Diandra membuat muka menyampah nya.

"Aku tak pergi kerja sekali pun takpa sebab aku memang dah kaya dah pun! Bukan macam kau!" Balas Diandra. Halah dua 2x5 jer dua ekor ni.

Adam pun kaya juga nok! Takde beza pun kau dua orang! Lisa menjeling Adam tajam. Tangan disilangkan kedada nya menunggu jawapan dari si bala.

"So?" Tanya Lisa. Adam melepaskan keluhan berat.

"Bukan aku sorang jer yang datang.." Kata Adam sebelum dia beralih ketepi sedikit. Lisa dan Diandra menatap kereta Adam yang pintu kereta sudah terbuka kedua - duanya.

Maka terkeluar lah muka - muka yang tidak asing bagi mereka berdua. Diandra membulatkan mata manakala Lisa membuat muka menyampah.

Kenapa lah hari ni menjadi hari yang paling sial dalam hidup aku?..

Firash dan Zarif melangkah masuk ke perkarangan rumah Lisa dengan baju kerja nya dan kot kerja yang sudah hilang.

"Abang Rash?!" Terkejut Diandra dalam masa yang sama teruja! Dia sangat rindukan Firash, lama mereka tak berjumpa.

"Haih.. Bala lagi.." Kata Lisa perlahan yang hanya dia sahaja boleh mendengar.

Kereta yang dipandu Alex berhenti di hadapan rumah Lisa. Lis memerhati perkarangan rumah tersebut dengan kerutan di dahi.

"Kereta siapa tu?" Tanya Lis pada Alex. Alex mengangkat bahunya sebelum dia membalas.

"Entah lah Puan, saya pun tak tahu" Jawab Alex. Dia mula memarkingkan kereta didalam perkarangan rumah milik Lisa.

Lis dan Alex menuju ke arah pintu rumah dengan dahi yang tak berhenti berkerut. Kasut - kasut kerja yang terdampar dihadapan pintu rumah dia jeling sekilas.

Tok!.. Tok!.. Tok!..

"Masuklah! Pintu tak kunci!!" Jerit Lisa dari dalam. Lis terus membuka pintu rumah itu dari luar.

Kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah Lisa diikuti Alex di sebelah nya.

"Angah! Jom makan sekali!" Ajak Lisa dari ruang tamu. Dilihat nya Lis siapa yang berada di dalam rumah adiknya itu lama.

Dengan paper bag Mcd lagi, dengan jajan lagi! Fuhh makan besar nampak! Lis berjalan menuju ke arah ruang tamu rumah.

"Awak?" Terkejut Lis.

"Mama!! Tengok ni, papa belanja.." Kata Laticia comel di atas riba Firash.

Firash senyum manis pada isterinya itu. Tahu lah dia mungkin dia akan di marahi Lis sebentar lagi kerana tidak dapat menemani isterinya itu ke pasaraya.

"Eleh! Belanja konon! Dasar Haji Bakhil! Aku suruh kau beli makanan yang mahal, bukan Mcd ni! Ini aku pun boleh beli" Sempat Lisa mengutuk Firash depan - depan.

Lis mengambil tempat disebelah suaminya itu, tangan Firash digapai lalu dia cium.

"Dah tu takpayah lah kau makan! Bak sini balik!" Balas Firash lalu dia menarik pinggan Lisa yang berisikan ayam goreng extra pedas itu.

Lisa menarik semula pinggan itu kearah nya.

"Mana boleh! Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari! Lagipun kau dah bagi takkan nak ambil balik? Dasar buruk siku!" Lisa bermain kata.

Kalau kau nak makan cakap jer lah Lisa oii..

"Alex? Yang awak tercegat jer dekat situ dah kenapa? Mari lah sini makan sekali" Ajak Lis sambil tangan menyuapkan ayam ke dalam mulut Aaron.

Alex sengih kambing.

"Eh, takpe lah Puan.. Puan makan lah saya dah kenyang" Segan Alex mahu menyertai sekali.

Orang biasa - biasa sahaja dia tu nak dibandingkan dengan mereka yang berada disitu.

"Come Alex. Kita ada dekat luar pejabat, it's oky" Ajak Firash pula. Bila Firash sudah berkata begitu manakan Alex mahu membantah.

Alex mula mengambil tempat disebelah Adam. Zarif meletakkan ayam ke dalam pinggan lalu dihulurkan pada Alex.

Mereka makan sambil berbual dan bergelak sakan, dengan Lisa yang tak habis - habis dari berperang mulut dengan Adam.

Sekali - sekala Firash turut menyampuk. Zarif pula menjadi pemerhati, kalau Adam melebih dia akan mengetuk kepala si bala itu dengan kotak Mcd.

Diandra pula hanya ketawa lucu, sambil melayan kerenah Laticia yang manja. Lis pula berada didalam dunia dia sendiri.

Dia asyik terbayang - bayang tentang apa yang dia lihat di mall tadi. Along dia dan seorang perempuan bertudung.

Mata dia kemudian melirik ke arah Diandra lalu ditatap nya lama. Entah kenapa Lis rasa tidak sedap hati.

Macam ada sesuatu perkara yang buruk dah berlaku diantara Along dia dan Diandra. Namun dari wajah Diandra yang sentiasa ketawa dan sombong itu, Lis tidak dapat meneka sama ada ia betul atau tidak.

Nak tak nak dia perlu bertanya pada Firash. Ya, dia perlu!





































•1462 word•

Apa jawapan Firash agak - agak nya?..

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now