Bab 26

5.8K 593 40
                                    

Seminggu berlalu.

Sudah seminggu Hanna menjadi isteri yang sah buat Tengku Luthfi Hadi yang dia gila-gilakan itu. Seminggu itu juga la, dia dilayan seperti bidadari yang paling bahagia. Jadi dia memang tak salah pilih suami.

"Hanna-" terbantut panggilan Luth kepada Hanna setelah melihat isterinya tersengih-sengih seorang diri. Dah kenapa isterinya ini?

Luth menghampiri ke arah Hanna dalam keadaan tuala separas pinggang. Dia baru sahaja keluar dari bilik mandi.

"Sayang?" panggil Luth sambil memeluk Hanna dari belakang. Bau haruman mandi membuatkan Hanna berkhayal di dunianya sendiri. Haruman ini di panggil limited edition ya gaes!

"Hanna?" panggil Luth sekali lagi dalam keadaan berbisik. Suara itu! suara yang menggoda! argh!

Hanna tersedar dari lamunanya. Jauh betul dia berkhayal tadi, tak tahu sampai mana dah! ini semua disebabkan sang suami! handsome sangat siapa suruh! eeeee!

"Kenapa abang?" tanya Hanna. Dia memusingkan badannya menghadap Luth. Jarak mereka rapat terlalu rapat sehingga hidung Luth bersentuh dengan dahi Hanna. Tinggikan ukhti?

Luth memandang Hanna dengan tajam. Mata bertembung mata. Senyuman senget diberikan. Muncul idea nakal di kepalanya untuk mengenakan isteri. Memang cari nahas betul la kau ni Luth! suka buat ante terasa single menyingle!

"Kenapa abang pandang Hanna macam tu?" tanya Hanna. Dia takut dengan pandangan itu. Meremang! di tambah pula dengan senyuman senget di bibir. Lagi la buat Hanna nak terkencing rasa!

"Kenapa? aku tak boleh pandang kau?" soal Luth dengan berbisik. Rambut Hanna di tiup perlahan. Dia memang sengaja! argh! aku seteres!

"A-abang." panggil Hanna. Dia dah mula rasa lain macam. Tolong ambo ukhti!

"Hm?" jawab Luth. Di dalam hatinya sudah ketawa sepuas-puasnya. Rasa seronok pula dapat kenakan isterinya ini setiap hari. Wajah merah seperti tomato di pandang. Anak mata bergerak memandang sinar-sinar mata Hanna.

"A-abang kan nak pergi kerja? nanti lambat la." kata Hanna. Dia perlu ubah topic. Dia perlu lari dari godaan melanda Luth. Aura lelaki itu tersangat la kuat! gugur imannya sekarang! hairan dia, bukankah sepatutunya dia yang menggoda lelaki itu?

"Kerja boleh tangguh. Kau aku tak boleh tangguh." jawab Luth selamba. Sengaja dia meniup rambut Hanna dengan perlahan. Dia mengetatkan lagi kepungan antara dia dan Hanna.

Ha sudah! ligat otak Hanna memikirkan cara untuk lari dari masalah ini. Otak cepat la berfungsi! kenapa sekarang data otaknya slow nak mati? wifi mana? argh!

"A-abang, lepaskan la Hanna. Nanti abang lambat la."

"Nope. Aku tak nak."

"Abang! lepaskan Hanna, sebelum Hanna cubit abang. Nak?" ugut Hanna. Dia dah tak boleh! senang cerita dia mudah kalah dengan godaan Luth.

Meletus ketawa Luth. Habis lesung pipitnya keluar akibat ketawakan isteri sendiri! jahat betul!

"Kau jangan risau tesoro. Aku tak akan buat apa-apa dekat kau melainkan kau yang goda aku semula." usik Luth. Satu kenyitan mata diberikan sebelum dia berlalu pergi menukar baju. Pergi pejabat daa!

Hanna terkaku. Goda Luth semula? sebelum kahwin berani betul kau goda dia Hanna. Sampai sanggup nak belikan boxer untuk dia. Tapi kenapa selepas kahwin, keberanian mu yang beli di shoppe mahupun lazada hilang ni?

Dia sendiri pun hairan, kenapa sifat Luth yang dingin tiga ratus sembilan puluh darjah tu hilang sekali gus apabila bersamanya? tapi kalau di pejabat bukan main dingin tu macam ais batu yang tak ada cairnya. Haih la encik suami. Betul-betul lain daripada yang lain! nasib handsome!

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Mar 24 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

HE IS LUTHFIOù les histoires vivent. Découvrez maintenant