Bab 18

5.6K 489 37
                                    

Hanna dan Luth berjalan menuju ke arah perkarangan luar syarikat. Niat memang ingin pulang sendiri, tapi dibantah oleh Luth. Tak tahu apa yang ditakutkan oleh lelaki itu. Puas Hanna memujuk Luth untuk membiarkan dia pulang sendiri.

"Tengku, saya boleh balik sendiri. Tengku kan ada banyak kerja?" kata Hanna. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

"Nope, aku tetap nak hantar kau." jawab Luth. Hatinya tak tenang untuk membiarkan Hanna pulang sendirian. Terasa seperti ada yang memerhati.

"Tapi kan-"

"Masuk." arah Luth dengan dingin. Matanya meliar-liar memandang setiap sudut bangunan syarikatnya. Tahu pasti ada seseorang yang tengah memerhatikan dia dan Hanna.

Hanna masuk ke dalam kereta dengan penuh tanda tanya. Kenapa dengan Luth tiba-tiba sahaja berubah. Tadi sweet nak mampus!

Giliran Luth pula masuk ke dalam kereta setelah memastikan tiada apa yang curiga. Memang ada yang memerhatikan mereka tetapi mereka tidak akan melakukan selagi Luth berada di situ. Mungkin mereka akan serang ketika Hanna bersendirian?

Fikiran Luth masih lagi ligat memikirkan siapa dalang disebalik semua ini.

Sepanjang perjalanan Luth hanya mendiamkan diri. Satu suara pun tak dikeluarkan. Mungkin tiada apa-apa untuk berborak.

Hanna mengerling wajah Luth yang dingin membawa kereta tiada secalit pun senyuman diwajahnya. Tak tahu kenapa.

"Tengku." panggil Hanna. Dia memulakan perbualan. Susah juga ya ada buah hati yang dingin, ego tinggi melangit.

"Why bellissima? hm?"

Tersenyum sipu Hanna walaupun dia tidak mengerti maksud bellissima itu tapi dia tahu mungkin maksud yang baik. Argh duda-duda!

"Kenapa?" soal Luth sekali lagi. Dipandang wajah Hanna yang sudah tersenyum-senyum seperti kerang busuk. Dah kenapa budak ni?

"Betul ke saya ni hak Tengku? yela tadi kan Tengku cakap mine-mine tu." tanya Hanna tersipu-sipu. Pipi nya sudah berona merah seperti tomato apabila membayangkan kejadian disyarikat tadi.

Sekali lagi wajah Hanna dipandang tapi kali ini agak tajam dan mendalam. Mengerikan!

"Aku tak suka ulang banyak kali Hanna."

Serta-merta senyuman dibibir Hanna menghilang.

Tergelak kecil Luth melihat wajah Hanna yang sudah kembali masam. Merajuk mungkin?

"Kau memang hak aku Hanna. Mine, mine and always mine bellissima." kata Luth dengan mengoda. Sengaja dia mahu menguji gadis kecil itu.

"Betul ni!?" terjerit kecil Hanna mendengar ayat yang dilontarkan oleh Luth. Senyuman nya kembali diberikan.

Luth mengangguk.

"Okay, kalau macam tu saya akan suruh mama dengan papa masuk meminang Tengku la." kata Hanna dengan berani. Tiada secalit pun perasaan takut di dalam hatinya malah bertambah berbunga-bunga.

Tersedak Luth mendengar ayat Hanna. Masuk meminang? perempuan masuk meminang lelaki? kejap.

"Kau ni sakit ke Hanna?" tanya Luth. Tangan kiri nya bergerak menyentuh permukaan dahi Hanna. Sah gila budak ni!

"Tak, saya tengah sihat. Tak sakit apa pun."

Luth mengeluh. Hanna-Hanna.

Sampai sahaja dikawasan perkarangan rumah Dato Haydar, Hanna turun dari kereta dengan wajah yang berseri-seri. Tak sabar pula untuk memberitahu Datin Hani dan Dato Haydar.

Luth hanya memandang Hanna dengan pandangan senyuman sinis diberikan. Mungkin lucu dengan perwatakan Hanna yang seperti budak kecil.

"Tengku, tak nak masuk ke? jumpa mama dengan papa saya?"

HE IS LUTHFIDove le storie prendono vita. Scoprilo ora