Bab 10

5.3K 484 82
                                    

"Encik Tengku?" panggil Hanna. Dia baru sahaja terjaga dari lena nya. Dia sendiri pun tak sedar yang dia terlelap.

Luth tersedar dari lamunan. Dia melihat wajah Hanna yang baru sahaja bangun. Seronok ye kau tidur!

"Hanna, kau dah bangun?"

Hanna mengangguk. Kaki melangkah ke arah meja kerja Luth.

"Saya minta maaf, saya tak sedar yang saya terlelap dekat situ. Jangan marah eh." kata Hanna. Dibibirnya menguntum senyuman manis. Terasa lega pula bangun-bangun sahaja dapat melihat wajah jejaka hati. Auch!

"Hm, ada bagusnya kau tidur. Tak adalah asyik kacau aku." kata Luth dengan dingin. Wajahnya dingin. Tiada langsung senyuman. Dah kenapa pula ni!

Hanna memerhati wajah Luth yang sedikit pun tiada senyuman. Apa yang membuatkan lelaki itu marah? ke sebab dia tertidur tadi? tapi lelaki itu juga yang menyuruhnya tidur.

"Encik Tengku?" panggil Hanna sekali lagi.

Luth mengangkat kepalanya memandang wajah manis Hanna yang berada dihadapannya. Kening diangkat menandakan dia menunggu Hanna menghabiskan ayatnya.

"Encik Tengku okeh? kenapa saya tengok muka encik Tengku macam tengah tahan marah je?" kata Hanna.

Luth hanya memberi reaksi biasa. Sejujurnya, dia masih lagi memikirkan bagaimana cara untuk melindungi Hanna dari musuh-musuhnya. Apa yang Isaac kata kan tadi ada benar juga. Sesiapa sahaja yang mendekati dirinya penghujung adalah mati.

Hanna masih lagi menunggu jawapan dari Luth yang dari tadi mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu. Dia memerhati setiap inci raut wajah Luthfi yang tegang tetapi tetap handsome! auch!

"Ish, kenapa lah handsome sangat ni! untung kau Hanna dapat future husband macam Tengku Luthfi Hadi ni." bisik Hanna sendiri. Bibir usah dikata, masih lagi tersenyum-senyum.

Eh kejap! future husband? sejak bila eh?

"Dah habis teliti aku dari tadi? ke tak puas lagi?" soal Luth dengan dingin. Walaupun dia berangan agak jauh, tapi dia tetap perasan yang Hanna meneliti setiap raut wajahnya dari tadi.

Hanna hanya memberi senyuman yang manis lagi manis. Eh kantoi pula! dengan selamba Hanna melabuhkan punggung di kerusi berhadapan meja Luth.

"Tengok muka encik Tengku tak pernah pun puas, kalau boleh hari-hari nak tengok." jawab Hanna dengan selamba. Sedikit pun dia tidak takut kalau Luth ingin memarahi dirinya.

Luth terkaku. Ya Allah berikan lah aku kesabaran berhadapan dengan seorang gadis yang bernama Hanna Danisha ni!

"Kenapa encik Tengku diam? ke encik Tengku dah jatuh cinta dengan saya?" usik Hanna.

Luth memandang wajah Hanna dengan dingin. Sikit pun tidak memberi kesan terhadap dirinya.

"Stop it Hanna, kau ni memang tak malu ke?" bidas Luth. Dingin.

Hanna hanya tergelak kecil. Orang dah kalau mabuk bercinta, sikit pun tak malu.

"Tak." jawab Hanna.

"Suka hati kau lah!" kata Luth dengan malas. Pening kepalanya dengan sikap Hanna ni. Nasib la ada seorang sahaja Hanna Danisha yang dia kenal perangai seperti ini. Kalau tidak!

 Kalau tidak!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now