Bab 12

5.2K 529 72
                                    

Hanna terjaga dari lenanya, rasa rambutnya seolah-olah dielus. Pipinya disentuh dengan jari jemari bukan kepunyaannya. Mimpi ke? Lalat ke apa?

Sekali lagi usapan di ubun-ubun menganggu lena yang tadi dibuai hanyut mimpi. Dahi berkerut, siapa yang ganggu tidur ni? perlahan kelopak matanya dicelikkan dan, wajah Luth yang pucat menjadi perhatian. Tak kan lah lelaki itu yang mengusap rambut dan pipinya?

"Encik Tengku dah bangun?" soal Hanna. Takut juga dia manalah tahu dia sedang bermimpi ke sekarang ataupun masih lagi mengigau.

"Encik Tengku?" soal Luth kembali. Ha sudah! apa pula ni!

"Encik Tengku tak ingat?" soal Hanna. Jantungnya sudah berdegup laju. Air mata sudah bertakung menunggu bila-bila sahaja bakal turun.

"Who are you?"

Zap! mengalir sudah air mata Hanna. Lebat.

Jadi bermaksud Tengku Luthfi tidak mengenali siapa Hanna Danisha?

"Kenapa kau menangis?" tanya Luth dengan dingin. Wajahnya mempamerkan reaksi biasa dan juga dingin.

"S-saya minta maaf. Kalau saya tak degil, semua ni tak akan terjadi. Encik Tengku tak akan lupa siapa saya. Kenapa semua ni terjadi." kata Hanna teresak-esak. Hatinya merasa seperti cengkaman bersalah.

Luth hanya mendiamkan diri. Dia sendiri keliru apa yang gadis dihadapannya ini cuba sampaikan.

"S-saya betul-betul minta maaf encik Tengku. S-saya..." belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya Luth sudah menyampuk.

"Hanna."

Hanna memandang wajah Luth yang pucat. Manakala wajahnya sembab seperti zombie. Mungkin kerana menangis seharian semalam dan juga harini juga menangis.

"Kenapa kau menangis?" tanya Luth lembut. Tiba-tiba dia berlembut dengan gadis dihadapannya.

"Sebab saya encik Tengku macam ni. S-saya minta maaf." ucap Hanna sekali lagi. Dia menundukkan wajahnya. Air mata sekali lagi mengalir lebat di pipi.

"Ada bagus nya aku yang jadi macam ni." kata Luth.

Dengan serta-merta Hanna mengangkat kepalanya memandang Luth. Apa maksud lelaki ni?

"Aku tak sanggup tengok kau sakit Hanna. Non posso." kata Luth sekali lagi. Dia tahu Hanna pasti tertanya-tanya maksud itu.

"Encik Tengku ingat siapa saya?"

"Soalan apa yang kau tanya ni Hanna Danisha?"

"Tadi?"

"Aku cuma nak try test kau." jawab Luth dengan selamba. Jawapan Luth membuatkan hati Hanna yang dari sedih bertukar gembira, tiada marah. Gembira kerana buah hatinya sudah mengenal siapa dirinya.

"Encik Tengku kenal saya? betul ni? tak tipu?" tanya Hanna dengan gembira. Mood dari sedih sudah bertukar gembira. Senyuman sudah mula mengukir.

"Seronok ya kau, genggam tangan aku." kata Luth. Hanna hanya memberi senyuman gedik. Gembiranya hati.

Luth tersenyum kecil memandang wajah Hanna yang tersenyum-senyum gedik itu. Jarinya bergerak menyentuh pipi Hanna dan mengusap lembut. Wajah gadis itu terlihat sembab.

"Jangan menangis lagi amore. Aku tak suka kau menangis." kata Luth dengan lembut.

Tubuh Hanna mengeras. Terasa seperti mimpi! eh kejap ni mimpi ke realiti ni? ke aku yang mengigau?

Luth seperti baru tersedar dengan tindakkan yang dia lakukan, dia terus mengalihkan jarinya dari pipi Hanna. Apa yang kau buat ni Luth?

Tok..Tok..Tok

HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now