Bab 19

5.1K 489 22
                                    

Luth terdiam. Cara ini sahaja yang dapat membuatkan Hanna dekat dengan dirinya. Berkahwin. Tapi apa yang akan terjadi kalau Hanna mengenali identitinya yang sebenar? gadis itu akan meninggalkan nya? argh!

"The right way is marry her Hadi." kata Isaac lagi.

Luth memandang Isaac tajam seperti panahan maut.

"Stop calling me mother fucking Hadi. I'm not your Hadi." kata Luth dengan dingin. Sudah berkali-kali dia memberi amaran, jangan pernah sesekali memanggil dia dengan panggilan bodoh itu.

"Chill men!" kata Aydan. Dia tengah cuba untuk menenangkan keadaan yang keruh sekarang. Dipandang wajah Adrian yang sudah diam membisu. Tahu lelaki itu tidak berani membantah dengan keadaan sekarang. Adrian..Adrian bila lah sifat takut kau terhadap Raid akan hilang.

"So apa plan sekarang? kita memang tak cukup masa sekarang. Musuh dah depan mata." Raid mula bertanya.

Aydan memandang Luth sekali lagi. Tapi dengan reaksi mengangkat kedua-dua keningnya.

"Apa plan kau?" tanya Aydan kepada Luth. Biar lelaki itu yang menentukan. Hidup dia. Dia tak nak Luth menderita lagi. Lelaki itu sahabatnya.

Semua mata tertumpu ke arah Luth yang diam berkutik.

"Kahwin dengan Hanna. She will save with me." kata Luth. Itu sahaja plan yang terkeluar difikirannya sekarang. Hanna.

Dia tidak mahu kehilangan lagi. Cukup sekali.

Aydan menepuk-nepuk bahu Luth sambil tersenyum. Dia seorang yang chill sekarang ni.

Luth menarik nafas dalam. Lega sedikit hatinya.

"Keluarga perempuan tu tahu kau siapa?" soal Raid. Sebenci mana pun Luth kepada dia, dia tetap menganggap Luth seperti adiknya. Kesalahan yang dia lakukan itu terlalu besar sehingga kebahagian lelaki itu hilang sekelip mata. Dia tidak mahu Luth menderita lagi.

"Tak, diorang tak tahu siapa aku yang sebenarnya." jawab Luth.

"Then kau nak rahsiakan identiti kau dari keluarga perempuan tu? kau boleh bahayakan nyawa diorang juga." sambung Isaac.

"Kau jangan-"

"Untuk kalini sahaja Luth, tolong jangan pentingkan diri kau. Memang dengan cara kau kahwin dengan perempuan tu dapat selamatkan nyawa dia. Tapi kau ada fikir parents dia? kalau diorang mati macam mana?" sampuk Isaac.

"Tell them tentang identiti kau yang sebenarnya. Aku tak nak suatu hari nanti perempuan tu tinggalkan kau disebabkan dia dah tahu siapa kau yang sebenarnya." sambung Isaac sebelum beredar dari situ.

Raid turut mengikut langkah Isaac.

Kini yang tinggal hanya Adrian dan Aydan. Ada betul juga apa yang Isaac cakap. Dia pun tak mahu melihat Luth seperti dulu lagi. Terlalu murung.

"Aku rasa ada betul apa yang Isaac cakap tu Luth." kata Adrian yang dari tadi mendiamkan diri. Baru sekarang dia berani bersuara.

Luth hanya mendiamkan diri.

"Kau pun tahukan Luth, kehidupan kita macam mana? kebahagian tak akan pernah ada untuk kita. Tapi kau kena ingat, sekarang ni kau tengah bahayakan nyawa keluarga Hanna. Diorang nak kau mati Luth." kata Aydan.

Tak mustahil, diorang akan bunuh aku, Adrian, Isaac dan Raid juga. Siapa yang dekat dengan kau penghujung dia mati." sambung Aydan lagi. Dia nak lelaki itu berfikir sebaik-baiknya. Tak mahu dia tersilap langkah parah nanti.

"Hm." sepatah sahaja jawapan Luth. Rambutnya digenggam kuat. Serabut.

"Fikir la baik-baik. Aku balik dulu. My lovely Mikayla tengah tunggu." kata Aydan sebelum melangkah keluar dari rumah itu.

HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now