Bab 4

5.3K 520 42
                                    


"Assalamualaikum." sapa gadis itu. Sempat dia memberikan senyuman manis.

"Waalaikumussalam, ha Hanna baru sampai ke?"

"Iye papa, Hanna cari parking tadi. Tu yang lama sikit." beritahu Hanna.

Dato Haydar hanya mengangguk.

"Papa, mana Noah? Hanna cari tak jumpa pun?" tanya Hanna.

"Tak tahu la. Papa pun tak jumpa lagi uncle Nick."

Datin Hani hanya memerhati. Cantik sungguh anak daranya ini.

"Kalau macam tu Hanna pergi cari sekejap lah." kata Hanna.

"Okeh, tapi ingat Hanna Danisha. Jangan lari dari majlis. Papa tak nak Hanna buat hal lagi ye?" pesan Dato Haydar berbaur amaran. Kenal sangat dia dengan anak perempuannya ini. Selalu mengelat apabila berkenaan majlis-majlis rasmi macam ni.

"Yang itu Hanna tak boleh janji lah papa. Papa tahukan Hanna tak suka majlis-majlis macamni. So boring you know. Asyik pokpek pokpek je." jawab Hanna dengan selamba.

Dato Haydar dan Datin Hani mengeleng kepala.

Hanna...Hanna.

Mundar mandir Hanna mencari kelibat seseorang. Sekejap ke situ, sekejap kesana.

"Mana Noah ni. Susah betul nak cari. Chipsmore ka apa." bebel Hanna seorang diri.

"Hanna." panggil seseorang.

Hanna berpaling. Siapa pula yang panggil-panggil ni.

"Noah!" jerit Hanna. Teruja dia apabila kelibat Noah sudah berada di depan mata.

"Ya Hanna ni aku Noah, kau tak payah la jerit-jerit."

Hanna hanya memberikan senyuman manis.

"Oh ya lupa aku nak perkenalkan, ni Luth. I mean Tengku Luthfi Hadi." kata Noah.

Hanna terdiam. Lelaki ni bukankah yang dekat airport tu ka? yang bisu tu?

Luth hanya memerhati.

"Luth, aku kena pergi sana sekejap. Nanti aku cari kau." kata Noah lalu melangkah pergi meninggalkan Hanna dan Luth berdua.

"Saya tak tahu pula yang encik Tengku ni kawan Noah." kata Hanna.

"Encik Tengku?" soal Luth dengan mengangkat kening.

Hanna mengangguk.

"Yala, nama encik Tengku kan Tengku. So ada masalah saya panggil encik Tengku?"

"Suka hati kau lah." balas Luth. Baru sahaja dia ingin mengorak langkah pergi meninggalkan Hanna, gadis itu bersuara.

"Encik Tengku."

"Hm."

"Kalau saya ajak encik Tengku lari dari majlis ni nak tak?" soal Hanna.

"Are you crazy girl?"

"Mestilah tak. Kalau saya gila macam mana saya boleh ada dekat sini?" seloroh Hanna.

Luth hanya memberi reaksi dingin.

"Ala jom la encik Tengku. Dekat sini ada cendol pulut kaw-kaw punya tahu." kata Hanna dalam nada bisik. Risau juga dia kalau misinya gagal.

"No! kau nak pergi, kau pergi sendiri." jawab Luth lalu meninggalkan Hanna seorang diri.

Hanna mendengus.

"Eeee sombong! nasib la kau ni handsome. Tak nak pergi sudah! biar aku pergi sendiri."


"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now