Bab 21

4.9K 452 14
                                    

Tubuh kecil Hanna diletakkan diatas kerusi setelah sampai ditempat yang ditempah Luth. Wajah Hanna sudah bertukar masam. Macam susu basi. Tapi Luth tak mengendahkan langsung.

"Tengku ni, kenapa angkat saya? saya ada kaki tahu." marah Hanna. Habis semua orang nampak.

"Bukan kau suka ke aku angkat kau macam tu? kau tu banyak sangat bunyi." kata Luth dengan dingin.

Hanna terdiam. Pandai pula encik Tengku ni menjawab! eeee geram!

"Memang la saya suka tapi-"

"Kalau kau suka, duduk diam-diam." arah Luth. Habis ayat Hanna dipotong begitu sahaja.

Hanna memandang wajah Luth yang beriak biasa dengan geram. Mata dikecilkan sedikit. Geram dengan Luth yang selamba badak itu. Tapi didalam hati berbunga-bunga bersorak.

Mata meliar-liar memandang sekeliling restaurant yang ditempah oleh Luth. Cantik. Unik dan banyak design-design yang sedap memandang dan tenang.

"Kau nak makan apa Hanna?" tanya Luth. Dia sibuk meneliti buku menu.

"Saya tak kesah semua saya makan."

Luth angkat wajah untuk melihatnya. Panahan matanya dingin. Terlalu dingin sehinggakan Hanna sendiri pun buntu dengan sikap sebenar Luth. Sekejap sweet, sekejap macam nak telan orang!

"Kenapa Tengku tengok saya macam tu?" soal Hanna. Gerun pula dia rasakan sekarang.

"Tengku huh?" sinis Luth bersama senyuman jahat terukir.

"Yela, Tengku."

"Just give us 2 pasta carbonara and 2 juice orange." kata Luth kepada pelayan yang berada di situ.

Hanna memandang wajah pelayan itu, jelas wajah ketakutan terpampar di wajahnya. Tapi kenapa dia harus takut?

"Tengku, saya nak pergi toilet sekejap." kata Hanna. Dia bangun dari kerusi.

"Kau nak aku teman?"

Hanna menggeleng. Nak pergi toilet pun kena teman? dah lebih nampak! HAHAHAHA

"Eh jangan, kita belum sah. Kalau dah sah tak apa, nak masuk sekali pun saya izinkan." seloroh Hanna. Sempat dia mengeyitkan mata sebelum pergi ke tandas.

Luth hanya diam. Perangai Hanna Danisha memang selamba badak!

Hanna mencari-cari di mana arah tandas berada. Sekejap tercongok sana tercongok sini cari dekat mana tandas. Susah betul la makan dekat tempat mahal-mahal ni. Mata-mata masih lagi meliar-liar mencari di mana tandas berada.

"Penat aku cari macam ni. Itulah waktu buah hati kau nak teman kau tu sombong sangat." bebel Hanna seorang diri. Tangan di cekak ke pinggang.

"Maaf cik? boleh saya tahu kenapa cik berdiri dekat sini?" tanya pelayan yang bekerja di hotel ini.

"Oh iya, saya tengah cari dekat mana tandas. Dari tadi saya pusing-pusing cari." bagitahu Hanna dengan lembut.

"Oh tandas dekat bawah tu. Cik turun tangga tu dan belok ke kiri." kata pelayan itu dengan baik sambil menunjukkan jalan.

Hanna hanya mengangguk tanda mengerti. Dia meminta pamit pergi. Tak tahan nak membuang rasanya.

Luth sedaya upaya menahan hatinya yang berdetak laju. Perasaanya kurang enak, rasa seperti ada yang memerhati mereka dari jauh. Dan mungkin dia tahu itu siapa.

Senyuman sinis terukir.

Setelah selesai membuang segala hasrat di dalam tandas, Hanna melangkah keluar dari tandas dengan lega. Di usap perutnya.

HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now