Bab 7

5.2K 554 100
                                    

"Selamat pagi Tengku." sapa Idris. Awal pula bossnya datang office.

"Hm." jawab Luth dengan ringkas. Kaki terus melangkah masuk ke dalam officenya. Idris turut mengekori Luth.

"Any progress Idris?"

"Ada Tengku, saya dah siapkan temu janji Tengku dengan Dato Haydar pada pukul 2 nanti." beritahu Idris.

Luth hanya mengangguk. Jarinya turut bergerak mengetuk meja.

"Maaf kalau saya bertanya Tengku, setahu saya kita tiada hubungan dengan syarikat Dato Haydar. Apa sebab Tengku nak berjumpa dengan Dato Haydar?" soal Idris.

"Don't be busy body Idris. And jangan beritahu sesiapa pasal ni." tegas Luth bersuara.

"Baik Tengku. Kalau dah tak da apa-apa saya keluar dulu." kata Idris sebelum berjalan ke arah pintu.

"Idris." panggil Luth dengan dingin.

"Ya Tengku?"

"Hanna dah masuk kerja?"

"Sudah Tengku. Dia yang paling awal sampai, katanya excited Tengku." beritahu Idris dengan tersenyum-senyum. Suka betul dia melihat gadis itu.

"Excited? kerja cleaner dengan tea lady pun excited?"

"Saya tak rasa dia excited disebabkan kerja Tengku. Tapi mungkin dapat jumpa Tnegku hari-hari?" teka Idris. Dia tahu gadis itu menyukai bossnya. Yalah siapa ja yang tak suka? sudah la handsome, berpangkat di usia muda, terkenal, wang ringgit usah dikata. Jadi tak mustahil lah kalau mana-mana perempuan tak ingin berdamping dengan bossnya itu.

"Stop it Idris. Kau tahukan aku tak suka semua benda ni."

"Saya minta maaf Tengku. Kalau macam tu saya keluar dulu."

"Panggil Hanna masuk bilik aku sekarang."

"Baik Tengku." kata Idris sebelum melangkah keluar dari bilik Luth.

"Eleh mulut aje cakap tak suka, dalam hati?" gumam Idris seorang diri. Ingin sahaja dia mengeluarkan ketawa nya yang sudah terbahak-bahak di dalam hati.

"Hanna." panggil Idris dalam keadaan berbisik.

Hanna memandang Idris dengan reaksi tanda tanya. Dah kenapa bisik-bisik.

"Encik Tengku kau panggil." bisik Idris.

"Hah? kau dah kenapa Idris cakap bisik-bisik? dah takda suara ke apa kau ni?"

Idris menepuk dahinya. Hanna ni kadang ada hari terlebih pandai kadang ada hari terlebih bengap.

"Encik Tengku kau panggil Hanna ku sayang. Kau tak nak pergi ke?"

"Dah kenapa dia nak jumpa aku? kau ada bagitahu dia apa-apa ke Idris? kau cakap aku curi tulang? kau nak mampus ke?" marah Hanna.

"Kau ni! aku ni kawan yang baik. Aku rasa dia nak jumpa kau sebab rindu maybe." kata Idris.

"Dia rindu aku? sumpah la? kau tak main-main kan?" soal Hanna. Tubuh Idris digoyang-goyang teruja. Gembiranya dia.

"Aku cakap maybe! kau ni teruja sangat dah kenapa."

"Mestilah! buah hati cakap rindu mestilah teruja." kata Hanna tersenyum lebar. Bahagianya dia harini. Tak jadi nak merajuk disebabkan hal semalam.

"Sejak bila dia jadi buah hati kau? perasan la perempuan ni." Idris sudah membuat muka menyampah. Hanna dan perasan memang tak boleh dipisahkan.

"Kau diam. Dah la aku nak pergi jumpa buah hatiku pengarang jantungku jiwaku dan ragaku." kata Hanna dengan selamba. Laju sahaja kaki melangkah pergi. Kain di tangan terus dicampak ke arah muka Idris. Hatinya begitu gembira.

HE IS LUTHFIΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα