Bab 16

4.7K 480 35
                                    

Sampai sahaja dirumah agam milik Dato Haydar, Hanna melangkah masuk kedalam. Rumah yang dirinduinya. Dia datang kesini kerana, Dato Haydar menyuruh dia pulang. Mungkin sudah reda kemarahan nya.

"Assalammualaikum."

"Walaikumussalam, Ya Allah anak mama." jerit Datin Hani. Dia terus menerpa ke arah Hanna. Rindunya dia terhadap satu-satunya anak perempuan didalam keluarga mereka.

"Mama! rindunya Hanna dekat mama." kata Hanna. Air mata sudah bergelinang mengalir.

"Kalau rindu kenapa tak pernah call mama? kenapa tak datang sini jenguk mama?" tanya Datin Hani. Dia turut mengalirkan air mata. Rindu tak terhingga. Kasih seorang ibu, walau sebesar mana pun salah anak tetap akan merindui.

"Hanna sibuk sikit mama. Sorry lah." kata Hanna.

Datin Hani hanya mengangguk faham.

"Hai, lepasni dah tak adalah aku jadi anak manja dalam rumah ni." kata Haikal tiba-tiba. Dia pun baru tahu tentang kepulangan adik kesayangannya ini.

"Haikal, apa cakap macam tu. Mama sayang anak mama sama rata tahu." marah Datin Hani.

Haikal ketawa.

"Haikal gurau je mama. Lagipun memang patut Hanna ni dimanjakan, dia jala adik Haikal dunia akhirat." kata Haikal dengan reaksi bebola matanya menjeling. Tak tahu la ikhlas ataupun tak. Tak pun sekadar mahu menyedapkan hati perasaan.

Hanna menjelirkan lidah ke arah Haikal. Geram dengan sikap abang nombor dua nya itu. Selalu cari pasal!

"Abang Hafiz mana mama? Hanna tak nampak pun?" tanya Hanna.

"Abang Hanna tu dari pagi tak turun-turun, tak tahu la apa yang dia buat dekat dalam bilik kerja tu. Bila mama tanya, dia asyik cakap ada banyak kerja. Yang heran nya, abang nombor dua Hanna tu tak busy pun." kata Datin Hani. Sempat juga dia memerli anak lelakinya yang lagi seorang itu.

Tersedak Haikal dengan tiba-tiba. Tahu-tahu namanya dipetik. Apa salah dia?

"Apa mama ni! Haikal tak bersalah tahu. Dah kerja dekat office tu sikit, sebab tula Haikal tak busy macam abang." kata Haikal. Muncung bibirnya. Merajuk mungkin?

"Lagipun, Haikal ada dengar ada orang datang tadi. Mungkin kawan abang."

Hanna ketawa melihat perangai abangnya yang macam budak kecil. Sekarang ni siapa anak bongsu? Hanna atau Haikal?

"Tak palah kalau macam tu, Hanna pergi naik atas kejap nak tengok abang Hafiz." ujar Hanna. Kaki melangkah menaiki tangga. Bilik kerja abang nya menjadi tujuan.

Sebelum masuk, sempat dia memberi ketukkan dahulu. Mana la tahu, abang nya tidak mahu diganggu ke?

"Abang, Hanna nak masuk boleh?"

Tiada jawapan yang diberikan. Tanpa banyak kata, pintu bilik kerja dibuka. Mata meliar-liar mencari dimana kelibat abangnya.

Sedang Hanna mencari-cari kelibat abangnya, terdengar suara yang cukup dikenali berada di corridor bilik kerja abangnya.

"Abang? abang dekat situ ke?" panggil Hanna. Berharap abangnya berada disitu.

"Abang dekat sini Hanna."

Hanna melangkahkan kaki ke arah corridor. Ada susuk tubuh tegap sedang menikmati minumannya. Hanna tak dapat mengecam siapa orang nya kerana lelaki itu membelakangi Hanna.

"Maaf la kalau Hanna ganggu abang. Mama cakap abang tak turun dari pagi, sebab tula Hanna datang nak tengok. Tapi nampak macam abang tengah ada tetamu. kalau macam tu Hanna keluar dulu la."

HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now