Bab 25

5.4K 512 49
                                    

Luth masih lagi menunggu susuk tubuh isterinya untuk keluar dari dewan kuliah gadis itu. Luth menyandarkan tubuhnya di tepi kereta sambil berpeluk tubuh. Nampak hotz gitu! dia tahu ramai mata-mata anak gadis di sini memandang ke arahnya. Wajah dingin di tayang. Senyumannya mahal.

Nafas keluhan di lepas. Banyak betul bangau-bangau bercampur langau dekat sini.

Hanna melangkah keluar dari dewan kuliah bersama senyuman yang manis. Excited kerana mulai sekarang suaminya yang akan menjemput dan menghantarnya ke Universiti. Ko hado?

Suara jeritan gadis-gadis kedengaran. Dah kenapa? kena rasuk? Hanna memandang pelik. Dia menghampiri ke arah Lily yang juga turut menjerit kerasukkan.

"Lily? kenapa dengan diorang semua ni?" tanya Hanna dengan hairan. Dia memandang sekeliling dengan kening bertaut.

"Eh Hanna, kau baru habis kelas ke?" tanya Lily balik.

Hanna mengangguk.

"Diorang ni kenapa?"

"Ada lelaki hot dekat depan tu. Aku dengar, dia pernah ambil Mikayla dulu. Tapi sekarangkan Mikayla dah berhenti belajar." beritahu Lily.

Otak Hanna ligat memikir siapa gerangan lelaki itu. Siapa je yang pernah ambik Mikayla dekat universiti ni? bukankah Adrian dan juga Luth?

Eh kejap! Luth? suaminya ada dekat situ?

Laju Hanna meninggalkan Lily begitu sahaja. Dia berlari anak ke pintu hadapan untuk memastikan lelaki hot yang mereka katakan itu adalah suaminya.

Jelas lelaki itu adalah suaminya. Luthfi Hadi. Yang elok bersandar di tepi kereta sambil berpeluk tubuh. Dari jauh Hanna memandang wajah suaminya, dingin. Garang. Dan tidak lupa juga tampan. Fuh sempat lagi kau Hanna.

Dia menghampiri ke arah Luth bersama senyuman.

"Hi abang." sapa Hanna dengan ceria.

"Hi sayang." sapa Luth kembali bersama senyuman untuk Hanna.

"Awal nya abang datang ambil Hanna." kata Hanna dengan lembut.

"Just miss my wife." jawab Luth dengan nada biasa. Riak macho di control.

"Miss your wife? abang rindu Hanna?!" jerit Hanna dengan gembira. Gila kau seronok ni!

Ramai mata-mata memandang ke arah mereka setelah mendengar jeritan suara Hanna. Luth hanya menggeleng. Pandangan orang sekeliling di biarkan sahaja. Dia memandang wajah isterinya yang begitu teruja itu.

"Yea, miss my little wife. Yang nakal ni, yang manja ni." kata Luth sambil membelai rambut panjang Hanna dengan lembut.

Hanna tersenyum manis.

"Dah jom la, sampai bila nak buat drama dekat sini. Aku rimas banyak bangau-bangau tengok."

"Okay jom!" jerit kecil Hanna. Luth membuka pintu kereta buat isterinya, di biarkan isterinya masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Baru la gentlemen bestik!

Sepanjang perjalanan, Luth hanya membisukan diri. Tak tahu nak bercakap tentang apa. Dia bukan la orang yang senang untuk berajak sembang. Mata hanya tertumpu ke arah pemanduan.

Wajah Luth di tatap tanpa henti. Handsome betul lah! suami siapalah ini! senyuman di beri. Addicted betul dengan suami sendiri.

Luth perasan Hanna tidak henti-henti memandang ke arahnya bersama senyuman manis milik isterinya itu. Diam-diam Luth tersenyum sendiri. Sekarang ni siapa yang mengorat siapa? Luth atau Hanna ni?

"Abang, kenapa abang ni handsome sangat?" tanya Hanna tiba-tiba.

"Aku pun tak tahu la Hanna, kenapa kau tanya?"

HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now