Bab 15

5.1K 487 26
                                    

Luth termenung memandang langit yang diterangi bintang-bintang yang cantik. Hanna. Gadis itu berlayar-layar difikirannya. Dia risaukan gadis itu. Berkali-kali dia pujuk gadis itu untuk tinggal dirumahnya sementara tapi gadis itu tetap bernekad untuk pergi.

Akhirnya dia menghubungi Adrian untuk menghantar gadis itu pulang.

Tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Fikirannya merawang-rawang memikirkan tentang sesuatu.

"Luth." panggil Adrian. Dia baru sahaja pulang dari menghantar Hanna.

Luth berpaling ke belakang. Wajah Adrian kelihatan.

Adrian menghampiri Luth yang sedang menikmati keindahan malam yang disinari bintang-bintang.

"Kau dah hantar Hanna?" tanya Luth.

"Dah, tapi aku tak faham la kenapa dia tak nak kau hantar dia balik. Kau gaduh lagi ke dengan dia?" tanya Adrian.

Luth hanya mendiamkan diri. Tidak tertarik dengan pertanyaan dari Adrian.

Adrian mengeluh lembut. Dia tahu Luth tak akan menjawab pertanyaan darinya. Terlalu berahsia.

"Aku dengar Raid dan Isaac nak jumpa dengan kau."

"Hm."

"Kau tahu kan, bila diorang nak jumpa dengan kau maksudnya musuh kau sekarang ada dekat dengan kita. Aku tahu lah Luth, orang yang langgar kau tu tengah perhatikan Hanna. Aku rasa kau pun tahu kan?"

Luth hanya diam. Memang benar, dia tahu musuhnya berada disitu. Hanna berada di dalam bahaya kerana dia. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada gadis itu.

"Kau jangan diam macam ni Luth, aku tahu kau mampu berhadapan dengan dia. Tapi kau kena ingat, dia akan gunakan Hanna sebagai kelemahan kau. Cukup-cukup la pentingkan diri Luth. Buang ego kau." kata Adrian dengan nada dingin. Dia ingin lelaki itu sedar.

"Kau fikirkan la sendiri. Aku rasa kau tak bodoh lagi." sambung Adrian sebelum melangkah pergi meninggalkan Luth bersendirian. Mungkin dia perlukan masa.

Luth mengerling sekilas kebelakang untuk melihat Adrian pergi meninggalkan dia.

Luth mengeluh kuat. Jujur dia takut untuk kehilangan lagi dan disebabkan itulah dia memberi alasan yang menyakitkan hati Hanna. Tapi semakin gadis itu cuba menjauhkan diri darinya, dia merasakan hidupnya tidak lengkap.

Dia juga terseksa untuk melupakan gadis itu.

Telefon yang berbunyi menyentakkan Luth dari lamunan. Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada didalam poket. Terpapar nombor yang tak dikenali di skrin.

"Hi Tengku Luthfi Hadi. Long time no see."

"Black."

"Oh kau ingat juga aku. Macam mana kehidupan kau sekarang? bahagia? aku dengar kau tengah bahagia sekarang." kata Black dalam ketawa sindir.

Luth tersenyum jahat. Mungkin ada yang lucu.

"Terlampau bahagia." balas Luth.

Mendengar pernyataan Luth membuatkan Black ketawa semahu-mahunya.

"Aku tak sangka orang macam kau ni layak bahagia. Mudah betul. Hilang isteri tup tup bahagia dengan orang lain. Apa perasaan Jelita sekarang kalau tahu suami dia yang tak guna ni ada perempuan lain?"

Luth mengempalkan tangannya. Riak wajahnya sudah bertukar dingin. Bengis. Bila-bila sahaja boleh membunuh sesiapa sahaja.

"Kenapa kau diam? ops aku lupa, isteri kau dah mati." sambung Black dalam nada ketawa. Gila mungkin ini orang.

HE IS LUTHFIKde žijí příběhy. Začni objevovat