Bab 9

6.3K 556 74
                                    

Hanna mengekori langkah Luth masuk kedalam officenya. Wajah lelaki itu masih dingin tiada secalit senyuman. Hanna masih lagi tersenyum manis. Sikit pun dia tidak merasakan takut atau gementar.

"What do you mean by potong lah saya tak kesah Hanna?" soal Luth. Dingin. Tegas.

"Betul lah, saya tak kesah pun kalau encik Tengku nak potong gaji saya. Takda gaji pun takpa asalkan saya dapat tengok muka encik Tengku setiap hari dan setiap masa." balas Hanna dengan ceria.

" Hanna Danisha!."

"Yee encik Tengku sayang." jawab Hanna dengan lembut. Bibirnya masih lagi menguntum senyuman. Wajah lelaki di hadapannya semakin menggoda. Argh!

"I'm serious right now Hanna!" tegas suara Luth. Hatinya sudah kepanasan gara-gara sikap bermain-main Hanna.

"Jangan la marah encik Tengku, tapi makin lama encik Tengku marah makin lagi handsome lah." kata Hanna. Hatinya berbunga-bunga melihat wajah Luth.

Luth mengeluh kasar. Cuba di tahan agar sifat panas barannya tidak keluar.

"You can go now Hanna." malas Luth berkata. Baik dia menyuruh Hanna keluar.

"Tak nak lah! saya nak duduk sini. Lagipun saya kan personal tea lady dan juga cleaner encik Tengku." dikerdip-kedip matanya memandang Luth.

Luth menelan air liur. Ha sudah! apa pulak ni!

"Don't make eyes like that Hanna." tegas Luth berkata.

"What?" dikerdip lagi matanya. Sengaja mahu menguji Luth. Di dalam hatinya sudah terbahak-bahak ketawa.

Luth mendengus. Memang keras kepala!

Luth melangkah ke arah Hanna yang berdiri tegak. Senyuman masih lagi di bibirnya. Luth merendahkan sedikit tubuhnya, dia menatap mata Hanna dalam-dalam. Senyuman sinis di berikan.

"Stop doing those eyes Hanna. Me ne sono innamorato."

Hanna terdiam. Apa maksud lelaki itu? bahasa apa yang dia pakai. Someone tolong translate!

Melihat wajah Hanna terdiam seperti berfikir membuatkan Luth ketawa. Lah tadi serious sangat ni ketawa pulak!

"Aku tahu kau tak faham, kalau kau tahu maksud dia kau pergi cari sendiri." kata Luth. Dia menghala langkah pergi ke meja kerja.

"Boleh sebut sekali lagi?"

"Nope, sekali sahaja."

"Kalau macam tu, macam mana saya nak cari!" sudah muncung mulut Hanna.

Luth mengangkat bahu. Hanna sudah menghentak kaki.

"Kau cakap kau nak duduk sini kan? nak tengok sangat muka aku kan?"

Hanna mengangguk teruja. Bibirnya sudah menguntum senyuman.

"Stay here. Don't go anywhere."

"Betul ni?"

"Hm."

"Encik Tengku." panggil Hanna dengan lembut.

"Hm."

"Encik Tengku pergi mana tadi? lama pulak tu." tanya Hanna. Sifat ingin tahu sudah di tahap maxsimum.

"Kenapa kau nak tahu?"

"Mestilah! saya ni tak bersemangat buat kerja tahu. Kepala ni asyik-asyik terfikir pasal encik Tengku."

"Sudah la Hanna. Kau ni makin lama makin merepek."

"Mana ada! saya cakap berdasarkan apa yang saya rasa."

Luth sudah mengelengkan kepalanya. Hanna..Hanna.

HE IS LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang