Bab 6

5.2K 539 50
                                    

Tok..Tok..Tok

"Tengku, encik Hafiz nak jumpa dengan tengku." kata Idris.

"Suruh dia masuk." kata Luth dengan dingin.

"Tengku Luthfi Hadi, the dangerous men." panggil Hafiz. Dia melihat lelaki itu terlalu tekun dengan kerjanya. Mungkin sibuk. Maklum lah seusia 29 tahun sudah mampu memegang jawatan sebagai jutawan Malaysia.

"Kau nak apa datang sini Hafiz, syarikat kau dah muflis ke sampai datang dekat syarikat aku?" perli Luthfi.

"Wowowowo sabar la kawan, kau ni memang tak boleh bawak bincang langsung lah Hadi."

"Stop calling me Hadi." dingin Luth berkata. Nama itu. Hanya seseorang sahaja yang memanggilnya dengan panggilan itu.

Hafiz mendengus.

"Kau masih belum boleh lupakan Jelita?" tanya Hafiz dengan lembut. Dia tahu susah untuk lelaki ini melupakan isterinya yang sudah tiada.

"Dia isteri aku Hafiz, tak mudah untuk aku lupa macam tu je."

Hafiz mengangguk tanda mengerti.

"Kau tak rasa ke yang kau patut buka hati kau untuk orang lain Luth?"

Luth memandang Hafiz dengan tajam. Cukup pantang dia kalau kawan-kawannya bertanyakan soalan seperti itu.

"Kau tahukan aku tak suka kau tanya soalan macam tu?"

"Aku bukan nak paksa kau Luth, tapi cuba kau fikir sampai bila kau nak macam ni? hidup dalam kehidupan macam ni? aku sebagai kawan nak juga tengok kau bahagia."

"Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Kau jangan nak masuk campur. Hidup aku tiada kaitan dengan kau." balas Luth dengan dingin.

Hafiz mengeluh.

'Aku tahu akan ada seseorang yang akan sentiasa teman kau disisi Luth.' getus Hafiz didalam hati.

"Kau kenapa datang sini?" soal Luth.

"Aku datang sini sebab nak ucapkan terima kasih selamatkan adik aku."

"Adik kau? aku takda buat kebajikan pertolongan pun."

Hafiz mendecit. Ceh kau!

"Hanna tu adik aku."

Mendengar nama Hanna, laju Luth mengangkat kepala nya memandang Hafiz.

"Hanna tu adik kau?" tanya Luth.

"Yela adik aku. Habis tu adik siapa." seloroh Hafiz.

"Aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni?" soal Luth. Sepanjang dia berkawan dengan lelaki itu, tak pernah pula dia mengetahui lelaki itu mempunyai adik perempuan. Yang dia tahu hanya Haikal adik lelaki itu.

"Hanna tu susah sikit. Bila kau datang dia selalu pergi sana sini, bercuti-cuti. Sebab itulah kau susah nak nampak dia."

Luth mengangguk.

"Cara kau cakap macam ada hati dekat adik aku je?"

"Nonsense."

"Yeke? kau mesti dah kenal adik aku kan? sebab tu kau tolong dia?" usik Hafiz lagi.

"Jangan mengarut Hafiz. Dia budak lagi. Aku tak suka dengan budak-budak."

"Adik aku tu punya la cantik, kau jual mahal eh."

"Hm."

"Hi everyone!" jerit Adrian dengan merempuh masuk ke dalam office Luth.

Langkahnya terus diatur ke arah sofa yang terletak disebelah meja kerja Luth.

HE IS LUTHFIWhere stories live. Discover now