"Kau nak bagi apa apa je dekat aku? Heh, memang takkan pernah lah kalau macam tu. Kau tu ada apa je? Mampu beli apa je dengan duit yang kau ada tu? Lupakanlah. Aku suruh kau ambil harta suami kau, kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha?!" sebilah pisau di acukan di tengkuk aku. 

"Hei perempuan!!! Lepaskan Aireen!" aku sangkakan Rayyan namun lelaki itu adalah Tengku Hakim.

"Hakim," kata aku dengan perlahan namun didengari Hakim di hadapan aku. Dia membuat isyarat bahawa aku akan selamat.

"Kau siapa? Scandal Aireen? Betullah kau ni memang tak cukup satu," kata ibu tanpa sebarang bukti. Aku hanya membiarkan kata kata ibu itu. 

"Kau lepaskan Aireen sebelum aku tembak kau dengan pistol yang aku ada ni," sebaik sahaja pistol diacukan ke arah ibu, dia mula melepaskan aku dengan perlahan lahan. 

"Aku tak rasa kalau aku lepaskan korang kali ni, korang takkan ganggu Aireen lagi. Jadi, untuk keselamatan Aireen, aku rasa kau patut dipenjarakan," sebaik sahaja Hakim berkata demikian, sebuah kereta polis pun tiba. Aku hanya melihat ibu dan ayah dibawa oleh polis polis tersebut.

"Terima kasih Hakim sebab dah selamatkan Aireen. Kalau tiada kau, memang aku tak tahu nak buat apa dah," ucap Izzah kepada Hakim yang berada di sebelah aku.

"Takde apa apalah, sebenarnya aku kebetulan sahaja datang sini, lepastu nampak pisau apa semua, apa lagi terus aku datang sinilah."

"Terima kasih," lega apabila aku sudah selamat namun aku masih menunggu Rayyan.

"Encik, puan. Boleh awak berdua ikut saya ke balai untuk lakukan siasatan dengan lebih lanjut?" kata salah seorang anggota polis itu. Aku hanya menganggukkan kepala. Aku melihat kedua dua ibu bapa aku yang sudah berada di dalam kereta polis. Perasaanku tatkala itu bercampur baur. Tenang, lega, sedih semuanya ada.

"Rayyan mana? Kenapa dia takde dengan awak?" tanya Hakim. Aku hanya diam dengan soalan itu.

" Hakim, awak nak ikut sekali ke pergi balai? Saya nak panggil Rayyan sekejap," 

"Tidak mengapa, pergi asing asing sajalah. Lagipun, awak pergi dengan Rayyan jugakan," Aku hanya menganggukkan kepala dan meminta izin untuk memberitahu Rayyan.

Sampai sahaja di tempat berkelah, semua melihat ke arah kami dengan hairan. Situasi menjadi senyap seketika. Wajah Rayyan mula berubah menjadi bengis. Entah apa yang difikirkannya, namun aku harap dia tidak memikirkan hal yang negatif.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Rayyan dengan tegas kepada Hakim. 

"Aireen yang ajak aku , so aku datanglah." aku memandang Hakim dengan wajah yang tidak berpuas hati, dia tidak menceritakan hal yang sebenar malah sengaja membuat Rayyan marah.

"Hakim," aku menyebut nama Hakim dengan nada yang sedikit tinggi.

"Kau nak apa lagi daripada aku, Hakim? Kau nak rampas isteri aku pula?" 

"Aku bukan nak rampas tapi aku cuma jaga dia. Bukan macam kau, nama saja suami tapi waktu isteri ditimpa masalah, kau pergi mana? Boleh diberi gelaran suami ke kau ni?" Rayyan memandang aku dengan wajah bengis. 

"Kau ni memang.." belum sempat Rayyan menghabiskan kata katanya aku terlebih dahulu menyampuk.

"Abang, ibu dan ayah sudah pun ditangkap polis," kelihatan jelas riak wajah semua yang berada di situ terkejut termasuk Rayyan. Rayyan menatap wajah aku dan merenung ke dalam mataku lama. 

"Nyawa Aireen dalam bahaya tadi, nasib baik aku ada berdekatan kawasan ini sahaja. Jadi aku pun telefonlah polis dan pihak mereka telahpun bawa ibu dan ayah Aireen ke balai. Sekarang ni, anggota polis arahkan Aireen dan aku ke balai untuk siasatan selanjutnya. Kau ikutlah sekali, tenangkan Aireen." sebaik sahaja Hakim berkata demikian, Rayyan menarik badanku ke dalam pelukannya. Air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya gugur juga. 

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now