Part 2

9.3K 258 0
                                    

Usai mandi , aku memakai dress putih yang bercorak bunga-bungaan kecil dipadankan dengan memakai shawl pashmina glitter berwarna biru.

Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggung di birai katil. Suara mama memanggil dari aras bawah rumah.

"Miaa! Oh Mia! " jerit mama .

"Ya,ma? " jawabku

"Dah siap ke? Kalau dah, turun lah . Tolong mama kat dapur ni. Kejap lagi , keluarga Rizky dah nak sampai ." kata mama .

" Dah, ma. Kejap. Seminit lagi mia turun." aku menjawab dan membetulkan tudungku .

Aku menyempurnakan pemakaianku dengan menyembur sedikit minyak wang. Dan memilih liptint lalu dioles di bibir.

" Ok, siap! " kataku sendiri.

Aku turun ke aras bawah rumah untuk menolong mama serta pembantu rumah, Mak Timah. Aku melihat Mama sedang kusyuk membuat air untuk tetamu istimewanya.

Aku berniat ingin mengejutkan mama. Aku berjalan perlahan ke arah mama .

" Mamaaaaa!! " jeritku.

" OH KATAK MELOMPAT !! " mama melatah.

"Hahahaaa ! " Aku ketawa apabila nampak mama melatah.

" Astagfirullahalazim ! Mia ni. Terkejut mama. " mama beristigfar sambil mengurut dadanya.

" Sorry. Hihii. " kataku lalu aku memeluk mama.

" Eh ? Lawanya anak mama malam ni. " gurau mama .

" Thank You , ma. Anak mama lah katakan. Hah ? Apa yang mama nak mia tolong? " kataku.

"Tu ha . Ambik pinggan tu dan susunan atas meja tu . Boleh? " sambil memuncungkan mulut uuntuk menunjukan di mana pinggan tu diletak.

" Ok Boss! " jawabku segera.

Aku mengambil pinggan yang diarahkan lalu menyusun pinggan tersebut di atas meja makan.

Ketika aku menyusun pinggan yang terakhir. Pintu rumah diketuk . Aku terkejut. Adakah tetamu yg teristimewa untuk mama dan papa sudah sampai , dan juga untuk aku?

Tetiba aku jadi gementar.

"Kenapa aku tetiba nervous plak nii?" aku berkata sendiri sambil menarik nafas untuk menghilangkan rasa gementar.

Mama terus membuka pintu dan menyambut keluarga Rizky. Aku hanya menyibukkan diri dengan membantu Mak Timah di dapur.

" Eh ? Mia ? Kenapa tak pergi berjumpa dengan kelurga Rizky ? " kata Mak Timah.

" Hah ? Takpelah, Mia nak tolong Mak Timah . " jawabku selamba. Aku sibuk memotong sayur.

" Mia! Miasarahh! Mari sini nak. Keluarga Rizky dah sampai ni. Dorang nak jumpa Mia. " suara mama memanggil. Aku hampir terkejut mendengar apabila mama memanggilku .

" Mia ? Mama dah panggil tu. Pergi lah. Takpe, Mak Timah je yang masak ." Mak Timah berkata .

" Emm, yela. " aku menjawab lalu melangkah ke ruang tamu .

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now