" Congrats bro, maknanya tinggal aku jelah ni yang bujang nanti," kata Ikhwan.

"Eh Iwan single, Izzah single. Haa senang senang korang kahwin jelah sama sama. Habis cerita," cadang Fatin. Aku hanya mampu ketawa kecil.

"Aku sokong," kata suami aku dan Fariz.

Merah padam wajah Izzah aku lihat. Ikhwan pula mengawal macho nya , tidak mahu melihat orang di sekelilingnya syak bahawa dia sedang malu. Aku tahu sangat dengan perangai Ikhwan yang satu itu.

"Dahlah sakat dua orang tu, jomlah kita makan. Dah siap semua ni," ajak mama kepada kami semua.

Aku dan yang lain mengambil tempat untuk menikmati makanan sekaligus pemandangan yang indah itu. Aku semestilah berada di sisi Rayyan. Kami duduk di bawah pokok yang rendang berhadapan dengan tasik, sedikit jauh dari orang lain. Kami pun perlukan privasi. Nasiblah mereka faham akan karenah aku dan Rayyan yang langsung tidak boleh berpisah walaupun sedetik sekalipun.

"Sayang, seronok tak?"

"Seronok sangat abang. Thanks for everything tau. Sayang abang sangat sangat," aku memeluk suamiku sambil tersenyum. Begitu juga dengan dia.

"Sayang, abang ada tau dengan sayang walau apa pun yang akan terjadi. Walaupun melibatkan nyawa abang sekalipun, abang akan tetap pastikan sayang sentiasa selamat dan bahagia,"

"Abang janganlah sebut pasal nyawa semua tu. Reen takkan bahagia kalau bukan abang yang ada di sisi Reen. Reen nak abang je,"

"Okay sayang,"Rayyan segera menenangkan aku dengan pelukan hangat darinya itu.

"Thanks abang sebab masih percayakan Reen setelah apa yang jadi semalam. Reen minta maaf bagi pihak ibu dan ayah,"

"Shhhh.. sayang tak salah. Abang tau, sayang terpaksa, sayang takde pilihan antara suami dan ibu bapa sendiri. Abang faham. It's okayh , bukan salah sayang tau," pujuk Rayyan dengan lembut.

"Thanks abang sebab selalu ada dengan Reen,"

"No problem lah dah nama pun tanggungjawab abang. Lagipun Reen seorang sahaja perempuan yang abang sayang dan cinta,"

"Iya ke?"

"Iya. Kenapa? Tak percaya ke? Kalau tak percaya ni buktinya," sebuah kucupan hinggap di pipi gebu di sebelah kanan aku. Merah padam wajah aku menahan malu.

"Mengada," aku memukul bahu kanan Rayyan. Namun Rayyan hanya tersenyum membuatkan aku bertambah malu.

"Dahlah sambung makan. Nanti orang lain tengok, malulah Reen." 

"Eleh comel je malu dia ni," 

POV  Ikhwan

Aku melihat Aireen dan Rayyan yang sedang bermesraan di bawah pokok yang redup itu, tanpa aku sedari satu senyuman terukir di wajah aku apabila melihat mereka bahagia seperti itu. Perasaan aku pada Aireen, akhirnya dapat juga aku padam. Sudah lama sebenarnya, hari itu teremosi disebabkan Rayyan  merahsiakannya seolah olah Rayyan tak percayakan aku. Namun, aku tahu, pasti dia berbuat demikian demi keselamatan Aireen kerana majlis yang diadakan hanyalah secara kecil kecilan sahaja. 

"Jauhnya termenung," satu suara yang begitu lembut menyapa aku. Jantung aku berdegup dengan kencang secara tiba tiba. Seorang gadis yang sederhana tingginya berada di hadapanku sambil tersenyum. Sungguh wajah gadis itu benar benar membuatkan aku terpaku, begitu juga dengan sikapnya yang aku lihat dari tadi. Siapa lagi jikalau bukan kawan Aireen, Izzah. 

"Hei, awak tenung apa lama lama tu. Malulah saya," wajah gadis itu sudah bertukar kemerah merahan. Aku cepat cepat mengalihkan pandanganku ke arah lain. Kantoi sudah mengintai anak dara orang. Mak nak kahwinnn. 

" Hehehe, maaf. Betullah orang cakap bidadari tanpa sayap itu wujud," 

"Apa awak ni mengarut. Mana bidadari tu?" tanya si dia.

" Ni depan saya yang tengah bercakap dengan saya ini. Cantik sangat dia," 

"Mengadalah awak ni. Dahlah saya datang ni sebab nak bagi awak makanan ni. Fariz cakap awak tak makan lagi, so saya bawakanlah. Saya nak sambung tolong dia orang sekejap. Kalau ada apa apa yang awak nak tambah, pergilah sana atau panggil saja saya," dengan ramah Izzah berbicara dengannya. 

"Wait,"

"Ya saya?"

"I wanna ask you something,"

" About?" tanya gadis itu.

"Your heart,"

"Why. What's wrong with my heart?"

" Betul ke takde sesiapa lagi yang curi hati awak,"

"Yes, betullah tu. But why you ask me that question?" aku memandang si dia dengan senyuman yang amat bermakna.

"Nothing just ask. Manalah tahu kan tiba tiba, saya yang akan curi hati awak," 

"Kalau berani, cubalah," gadis itu berkata lalu berjalan meninggalkan aku seorang diri. Peluang dah ada jadi jangan sia siakan wahai Ikhwan.










............ *..............*..............*............*............*...........



Hohohoho.. sorry kalau chapter ni membosankan. Seriously takde idea sejak dua menjak ni.. and sorry sebab tak updated selalu. jangan lupa vote and share dekat kawan kawan yg lain..

Thanks from author..

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now