48

309 38 92
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 48: Love Spell

"What belongs to you will always find you"

A/N: Spam lah sebelum saya tembak awak!

Malam yang tenang, mungkin tidak seberapa tenang buat pasangan suami isteri yang tadinya tertidur pulas kini kelam kabut tanpa hala tuju.

"Bagitahu aku apa aku kena buat, Myunghwa?!" Jungkook menarik narik rambutnya kasar. Cuba berfikir tenang walaupun dia tidak dapat menenangkan dirinya sendiri.

"B-baju"

"Hah- haah baju baju" baju dilantai dikutip satu persatu sebelum dia menyarungkan kepada Myunghwa yang sudah berpeluh hangat.

Matanya menangkap keberadaan telefon miliknya di penjuru katil. Tanpa berlengah, dia mengambil telefon itu sebelum nombor seseorang didail.

"Hyung!"

"Tiga pagi, Kook. Kau nak apa, sial"

Makian Yoongi ditadah telinga Jungkook sebaik mungkin. Akalnya tidak dapat berfikir waras ketika ini.

"M-myunghwa! Air ketuban dia pecah, aku nak buat apa?!"

"Bawa ke hospital lah bengap, takkan kau nak jadi bidan, Jeon Jungkook!"

Jungkook menepuk dahi. Merasakan otaknya begitu tidak boleh dipakai pada saat saat begitu.

"Hyung, t-tolong bawakan dokumen dengan beg pakaian dekat dalam bilik aku, beg warna biru lembut yang aku dah packing, aku letak dulu"

Kunci kereta dan dompet dicapainya sebelum dia mencempung tubuh Myunghwa, dengan segala kekuatan yang ada sebelah tangannya membuka pintu bilik itu.

Pasangan yang berada tidak jauh darinya seolah buta, membuatkan Jungkook mencarut disebabkan kebodohan mereka,

"Kau nak buat anak sekalipun bagi laluan lah sial. Buta ke bini aku nak beranak?!"

Bersyukur sajalah yang kedua belah tangannya sedang mencempung Myunghwa jika tidak pasti bersepai kepala mereka ditembak Jungkook.

Pelayan hotel yang tadinya berjalan santai kini berlari menuju ke lift, membantu Jungkook menekan butang tersebut seterusnya mengekori langkah lelaki itu bagi menolong membuka lintu kereta Jungkook.

"Thanks, miss" pelayan hotel itu menunduk hormat, membiarkan kereta itu berlalu meninggalkan perkarangan hotel tersebut.

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi kakinya terkaku disitu,

"B-bukan tu mafia Jeon ke?"

Yonsei University Health System menjadi pilihan Jungkook. Asan Medical Centre sama sekali sudah di blacklistkan dalam senarainya.

Kalau boleh biar bancrupt, ouh ingatkan Jungkook nanti untuk membeli hospital semahal mungkin bagi merobohkan dan digantikan dengan pusat membeli belah.

"Tahan sikit, sayang"

"Saya memang sakit, Kook. Tapi awak rileks sikit boleh tak? Bawa kereta macam nak ajak saya ke syurga terus"

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now