38

311 34 40
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 38: Orbit

"The match is a mystery. Sometimes you have to break up first, then be together forever. So that you realize that God wants to teach you what it means to appreciate"

Pintu kereta ditutup cermat sebelum Myunghwa melangkah keluar dari perut kereta tersebut.

Rumah agam yang berada di hadapannya dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.

Kepalanya memandang ke arah telapak tangan yang kini berada di dalam genggaman tangan Jungkook yang jauh lebih besar daripadanya.

"Kajja" tanpa menunggu, Myunghwa mengikuti langkah Jungkook yang kian mendekat dengan pintu rumah agam tersebut.

"Selamat petang, Tuan Muda. Tuan Jeon dan Puan Jeon di ruang tamu" Jungkook hanya mengangguk.

Wajahnya lansung tidak berkalih memandang ke arah pembantu rumah tersebut malah, dia mengeratkan lagi genggaman tangan itu.

"Uri Jungkook-ie, dah sampai" suara lembut yang datang dari Puan Jeon menyapa mereka berdua tatkala keduanya sampai ke ruang tamu utama.

"Kamu mesti Kim Myunghee, betul tak?" Teragak agak Myunghwa mengangguk mengiyakan.

Puan Jeon terlalu ramah. Sangkanya orang kaya semuanya sombong dan angkuh.

"Sebagai salam perkenalan, omma nak pinjam Myunghee. Boleh kan, Kook? Dah lama tak ada orang teman omma shopping"

Tangan Myunghee digenggam Jungkook kemas,

"Shireo, Kook tak benarkan" Myunghee memandang Jungkook lalu mengangguk dan berbisik,

"Gwaenchana, nanti omma awak pandang serong pula dekat saya"

Teragak agak Jungkook melepaskan tangan Myunghwa.

Tuan Jeon dipandang tajam oleh Jungkook setelah kelibat Myunghwa hilang bersama Puan Jeon,

"Apa pula rancangan gila appa selepas ni?"

---

"P-puan Jeon, tak apa saya tak perlukan" beg tangan itu ditolak lembut oleh Myunghwa.

Dia tak boleh terima begitu saja. Wanita separuh usia selaku ibu Jungkook itu baru sahaja dia kenali tak akanlah terus menerima apa apa barangan sesuka hati?

Myunghwa tak mahu digelar kaki kikis tanpa sebab. Malah bukan sikap dia untuk menerima barangan mahal dan berjenama sesuka hati.

"Panggil omma saja, tak perlu berpuan sangat dengan omma"

Myunghwa tersenyum kekok.

Dia jarang bergaul dengan seseorang yang bergelar ibu, segalanya menjadi serba tidak kena.

Restoran bertaraf lima bintang menjadi pilihan Puan Jeon sebagai hidangan makan malam mereka.

Myunghwa yang ralit memerhatikan segenap ruangan restoran mewah itu terhenti apabila dia menangkap kelibat Kai yang tidak jauh darinya.

"Myunghee-ah, pandang kemana tu?" Teguran daripada Puan Jeon membuatkan dia memandang ke arah Puan Jeon semula.

"Ah, tak ada apa, saya tengok restoran ni saja"

Sesekali dia menjeling sedikit ke arah lelaki yang tidak jauh darinya itu.

---

A/N:

Introduce you,

Kai also known as Kim JongIn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kai also known as Kim JongIn.

Buat yang lupa, dia pernah muncul dulu.

Cuba teka dekat mana dan siapa hoho

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now