17

350 45 16
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 17: I'm Missing You

"Even after everything that's happened, I'd still smile if I saw you again"

"Tuan, perempuan ni bleeding" Wajah Myunghwa pucat teruk.

"Bawa dia ke hospital, kalau ada nyawa lain, gugurkan terus" hampir berhenti jantung Myunghwa tatkala mendengar arahan kejam itu.

Tak!

Dia bukan pembunuh hingga sanggup menggugurkan anak sendiri!

Dia menggeleng kasar, kaki salah seorang tentera yang bernama Jong-In dipeluk, merayu supaya dia tidak dilakukan sedemikian.

"T-tolong"

"Jangan bunuh bayi tak bersalah ni"

"Dia berhak hidup"

Jong-In memejamkan mata. Walaupun dia kejam, dia tidaklah sehingga tahap ingin menggugurkan perempuan yang tak bersalah.

Ketuanya yang terlampau kejam. Sedikit belas kasihan pun tiada dalam diri dia.

"Aku tak boleh tolong"

Tanpa pengetahuan tentera yang lain, lekaki itu diam diam membawa makanan kepada Myunghwa menjelang waktu bertugasnya.

Dia masih mempunya hati perut.

"B-bunuh saya sekali. Saya lagi rela mati daripada bersalah kerana tak dapat pertahankan bayi ni"

Jong-In menggelengkan kepalanya. Entah kenapa, selama ini dia tidak pernah beri muka kepada sesiapa.

Myunghwa yang pertama.

"Kalau aku langgar arahan, ibu dan adik aku boleh mati serta merta"

Myunghwa terdiam. Dia tak pentingkan diri lagi. Tak akanlah kerana dia semata dia perlu membiarkan orang yang tidak bersalah terkorban.

Bahagian bawah perutnya yang kian mencengkam membuatkan dia melemah.

Tidak lama kemudian, pandangannya menjadi gelap.

Maafkan mama.

---

Gelas wine yang dipegangnya tadi jatuh berderai menarik perhatian rakan rakannya yang sibuk melakukan kerja masing masing.

Pandangan mereka ditumpukan kepada Jungkook yang hanya berdiam diri membiarkan serpihan kaca mengenai kakinya sehingga berdarah.

Bergegas Seokjin bangun mengangkat kaki Jungkook manakala Hoseok ke dapur memanggil pembantu rumah untuk menyapu serpihan kaca tersebut.

"Kook" senyap tanpa sebarang sebarang respon.

"Jungkook"

Semua masih memandang Jungkook yang kelihatan lost itu.

"Jeon Jungkook" bahu lelaki itu ditumbuk kasar bagi menyedarkan dia.

"Kau kenapa?"

Dia memandang kakinya apabila rasa sakit menyengat.

"Kenapa dengan kaki aku?"

Taehyung memandang Jungkook aneh. Jarang lelaki itu bertindak sebegitu.

Jungkook seolah tidak fokus dengan apa yang berlaku. Bahkan dia tidak menyedari sejak bila kakinya luka berdarah.

Jimin kini duduk dihadapannya bagi mencuci luka dia.

Isyarat diberikan kepada yang lain agar mereka beredar dari ruangan itu.

Sebaik saja mereka keluar, dia mula mencuci luka itu.

"Ada yang tak kena dengan kau, tak nak cerita dekat aku ke?"

Sesekali Jungkook berdesis apabila ubat itu dikenakan pada lukanya.

"Hyung.." sah. Pasti ada yang tidak kena. Jarang sekali Jungkook mengenakan panggilan hyung terhadap Jimin melainkan ketika dia mahu meluahkan sesuatu.

"Aku.. tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi aku t-tak sedap hati. Dia mengandungkan anak aku, tapi dia dihantar ke Korea Utara disebabkan rancangan gila pengarah hospital tu" tangan Jimin yang sedang membalut kaki Jungkook itu terhenti.

Kepalanya diangkat memandang riak wajah Jungkook yang jelas sedang gelisah.

"Mengandung?" Jungkook mengangguk perlahan.

"Tapi aku rasa ada yang tak kena" matanya menjadi hangat.

"Hiks hyung.. macam mana aku nak selamatkan dia? Macam mana kalau ada apa apa yang buruk jadi dekat dia.." Jimin bangun memeluk tubuh Jungkook.

Belakang badan Jungkook diusap perlahan,

"Shh, hyung tahu Kook boleh"

---

A/N:

Mesti ada yang blur.

Okay balik kepada chapter 12 dan 13 dimana Jungkook datang ke hospital.

Lepastu dia ada tease Myunghwa dekat bilik persalinan, kalau perasan dekat chapter 13 pagi tu Jungkook yang hantar Myunghwa ke hospital.

Sebab apa? Meluangkan masa dekat luar lah.

Nak jadi cerita melekat- sebab tu Myunghwa mengandung.

Okebai.

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now