16

339 49 7
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 16: Heartbeat

"When you learn to accept instead of expect, you’ll have fewer disappointments"

Satu minggu. Satu minggu Myunghwa terseksa di situ. Setelah telefonnya dirampas dia dibawa ke suatu tempat iaitu rumah usang.

Tubuhnya berasa remuk akibat ditendang tanpa belas kasihan. Roti yang entah masih elok atau tidak menjadi makanannya dalam tempoh seminggu.

Bibirnya pucat akibat kekurangan air di dalam badan. Bahagian bawah perutnya yang berasa sakit dipegang.

Dia tak bodoh lagi untuk tidak menyedari hal itu.

Dahinya yang basah dengan peluh diabaikan. Mata dipejamkan bagi merehatkan diri seketika.

---

"Kau mengelak dari aku kan, bangsat?!" Pipi Yeonjun ditumbuk sekuat hati setelah anak buahnya membawa Yeonjun ke markas miliknya.

Yeonjun berdiam diri. Dia sendiri pun buntu mencari cara untuk menyelamatkan Myunghwa.

Tubuhnya dibiarkan sakit dibelasah Jungkook. Dia layak. Dia layak terima semua itu.

Sebab dia dah letakkan nyawa gadis yang paling dia sayang dalam bahaya.

Buat kali terakhir perut Yeonjun ditendang oleh Jungkook. Belasah banyak mana pun takkan mampu mengubah keadaan.

"Aku dapat rasa dia mengandung lah, bodoh! Kau pula letakkan nyawa dia di hujung tanduk. Akal kau dekat mana sial?!"

Yeonjun mengangkat kepalanya.

Huh?

"Aku cerita dekat kau pun bukan boleh membantu" kakinya menendang kerusi di hadapannya kuat sebelum dia duduk di depan Yeonjun.

"Tch, cerita sajalah. Dia ex aku juga" baru sahaja Jungkook ingin mendekatkan diri dengan Yeonjun terus dia menjauhi Yeonjun lalu bergegas ke tandas melepaskan rasa loya yang menjengah tadi.

Dia mengesat mulutnya kasar sebelum kembali ke tempat tadi.

"Ex kau punya anti dengan kau sampai aku naik muntah terkena alahan dia bila dekat dengan kau"

Yeonjun memejamkan matanya seketika. Dia tak bersedia untuk mendengar semua ini.

Gadis yang dia suka kini mengandungkan anak lelaki lain dan bukannya dia.

"Macam mana kau tahu?" Rahangnya diketap.

"Doktor peribadi aku bagitahu sebab aku tak sedap badan berapa lepas"

Sunyi.

Kedua dua diantara mereka tidak mengeluarkan sebarang suara. Sebaliknya berfikir cara untuk melepaskan Myunghwa dari cengkaman negara yang zalim itu.

"Kita bet. Siapa berjaya selamatkan Myunghwa, dia dapat Myunghwa" cadangan gila Yeonjun membuatkan Jungkook menumbuk lelaki itu kasar.

"Kau fikir dia barang ke sial?!"

"Cakap sajalah kau takut, kau mafia kut. Takkan nak selamatkan Myunghwa pun tak boleh"

Yeonjun mengapi apikan Jungkook. Cara ini saja yang boleh dia gunakan sekarang.

Jika Jungkook merasa tercabar tak adalah lelaki itu mengharapkan Yeonjun seorang saja untuk menyelamatkan Myunghwa.

"Okay deal"

---

A/N:

Dia macam ni tapi macam tu tapi macam ni lah.

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now