46

298 39 54
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 46: Snap Shoot

"Instead of worrying about what you cannot control, shift your energy to what you can create"

A/N: Spam lah comments 😌 nak dekat ending dah pun..

---

7 Month Laters

Jungkook yang baru menuruni anak tangga sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal menjadi perhatian Jimin dan Taehyung yang duduk di ruang tamu.

Jimin bangun mendekati Jungkook sambil matanya melihat rambut Jungkook yang tidak ubah seperti sarang burung.

Pada awalnya dia ingin sentuh, tapi bila teringat balik penangan rambut Taehyung, dia tak jadi mahu sentuh.

Mungkin dia lupa yang dalam kalangan mereka bertujuh iaitu Seokjin, Hoseok dan Jungkook yang paling pembersih jika dibandingkan dengan yang lain.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Jungkook memandang kedua abangnya yang tidak lepas memandang dia sejak dari awal tadi.

"Kau okay?" Soal Taehyung.

"Aku okay, ada yang pelik ke?"

Jungkook yang hilang sebalik dapur membuatkan Taehyung dan Jimin memandang sesama sendiri,

"Dia kahwin tak sampai setahun kan?" Taehyung mengangguk.

"Tapi gaya dia macam dah ada anak dua. Padahal baru nak handle sorang bini"

Jimin kini dipalau oleh Taehyung yang duduk terkangkang di sofa. Ada Taehyung kisah cara duduknya?

Dah itu yang paling selesa. Tambahan pula, tiada siapa yang tengok dia berkedudukan sebegitu.

"Jungkook!" Jeritan yang datang dari tingkat atas membuatkan Jimin melompat ke arah Taehyung dan berlakon tidur bersama Taehyung yang sudah menutup mata.

Perlukah mereka beritahu yang Myunghwa begitu ganas ketika tinggal di mansion itu?

Kini sebatang tubuh yang kelihatan kecil kerana tenggelam disebalik hoodie milik Jungkook yang dirembatnya berada di ruang tamu.

Tepat dihadapan dua ketul manusia yang sudah berpeluh sejuk kerana merasakan wanita itu berada dihadapan mereka.

Kaki Myunghwa naik ke arah Jimin yang berbaring membelakanginya menguis lalu menendang sehingga lelaki itu jatuh ke lantai.

"Bwo? Bwo? Bwo?! Kenapa aku juga yang kena? Apa salah aku Myunghwaaa?"

Myunghwa mengambil tempat Jimin tadi, membaringkan diri disebelah Taehyung yang berbaring kaku seolah mayat hidup.

Lengan Taehyung ditarik sebelum dia meletakkan kepalanya di situ.

"Tidur dengan Tae oppa best juga kan? Biceps oppa besar" tangannya naik memicit micit biceps yang menjadi igauan para gadis di luar sana.

Gulp!

Taehyung menelan liurnya kesat. Merasakan malaikat maut sedang memberi salam kepada dia kerana dia kini berada terlampau dekat dengan hak milik Jungkook sendiri.

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now