32

315 43 30
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 32: The Truth Untold

"Forget the pain but keep the lessons you’ve learned"

A/N:

Ada orang mengrindu 🤓🌹
Selebihnya setelah khamis u  panedtowy🌹🌹🌹🌹

---

Satu persatu almari yang berada di dalam bilik itu diselongkar. Kedua ibu bapa gadis itu pun seolah tidak kisah privasi mendiang mereka diusik.

Kotak kotak bercorak juga dibuka Jungkook. Tujuannya hanya untuk mengambil gambar gambar Myunghwa.

Kerana dia rindu dengan wanita itu. Salahkah?

Sehingga tangannya memegang suatu fail. Yang kelihatan agak tebal dari yang lain.

Dia membuka fail itu, menyelak setiap helaian yang ada.

Dan kebanyakannya slip keputusan ujian bulanan Myunghwa ketika berada di sekolah tinggi.

Satu persatu dia lihat. Tidak dinafikan gadis itu dulu mempunyai keputusan yang cemerlang.

Tetapi dia hairan, menjelang tahun 2017, keputusan gadis itu mulai corot.

Dia menyelak lagi, sehingga sehelai kertas terjatuh di atas permukaian lantai.

Bawah katil.

Tanpa menunggu Jungkook menunduk, melihat di bawah katil. Ternyata terdapat sebuah kotak berwarna coklat gelap.

Dia menarik kotak itu, mengesat setiap habuk yang ada di situ, tanpa berfikir dia membukanya.

Berpuluh atau lebih, polaroid gambar Myunghwa sendiri dan ada juga bersama rakan rakannya mahupun Yeonjun.

My happiness

Setiap gambar yang ada dia dan Yeonjun ditulis sebegitu.

Patung kecil di dalam kotak itu juga dipegang,

Kertas yang terselit di situ dia ambil lalu dibacanya,

Daripada Junnie comel,
Kepada Myungie kesayangan.

Fail tadi diambilnya setelah puas membelek barangan yang ada di dalam kotak itu.

Satu helaian membuatkan dia tersentak,

Psychology report.

Setiap isi dibacanya, dan ya. Gadis itu pernah mengalami kemurungan dan tekanan yang melampau berdasarkan laporan itu.

Pintu bilik yang diketuk membuatkan Jungkook mengangkat kepala,

Dan seorang gadis sedang memandang ke arahnya,

"Kau siapa?"

"Boyfriend mendiang Myunghwa"

"Mendiang?"

"Ya"

"Tch, dah mati ke? Aku baru nak suruh dia belikan permainan video tu" omelan kecil dari gadis itu membuatkan Jungkook mengetap rahangnya kasar.

Memang keluarga ini membenci Myunghwa ke?

"Kau tahu tak kakak kau pernah ada kemurungan?"

"Kemurungan? Kemurungan ni biasa untuk orang yang kurang didikan agama. Dah kenapa dia ada kemurungan? Gila? Eomma dan appa aku takkan terima orang gila"

Fail tadi diambil dan kotak itu dibawa bersamanya.

"Puan Kang, maaf kalau saya tegur, tapi baik tak payah ada anak kalau keadaan anak sendiri pun puan tak ambil tahu. Yang perempuan lagi sorang tu anak puan? Maaf sekali lagi kalau saya kata, Myunghwa yang kurang kasih sayang puan pun lebih beradab daripada dia"

Fail dan kotak dicampak perlahan ke seat di sebelah penumpang.

Dia panas hati dengan perangai keluarga itu. Terlampau toksik. Wujud lagi kah ibu bapa perangai sebegini?

Baru sahaja keretanya ingin dipandu pergi, dia terhenti.

Dari jauh kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang dia agak kenali sedang berdiri memandang ke arah rumah milik keluarga Kang itu.

"Myunghee?"

---

A/N:

🤚🏻🙂

Talk to my hand

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now