37

324 39 23
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 37: Jamais Vu

"And he doesn't let me breath peacefully"

---

Trigerred Warning: Blood, psychopath behaviour

Ruangan besar bilik ini menjadi tempat aku kehulu hilir berjalan seperti orang tidak betul.

Perlu atau tidak?

Kalau aku diam, sudah dikira bersubahat dengan Kai untuk tikam belakang dia?

Hell no.

Pintu bilik aku buka sehingga terpancul muka Yoongi yang agaknya baru ingin mengetuk pintu bilik ini.

"Yoongi-sshi?"

"Ikut aku sekejap" aku hanya mengikuti langkahnya. Niat tadi yang ingin mencari Jungkook aku batalkan.

Bilik besar yang dipenuhi dengan pelbagai komputer menjadi destinasi kami.

"Aku tak kisah kalau kau nak menipu orang lain sekalipun. Boleh tak jujur dengan aku, anggap saja aku ni abang Jungkook. Jadi, keselamatan Jungkook bawah pemerhatian aku juga"

"Kalau kau nak aku rahsiakan dari yang lain, aku boleh tolong simpan rahsia" dia menyambung lagi.

Min Yoongi dikatakan agak bijak. Walaupun jika dibandingkan dengan Namjoon yang mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada dia.

Dia masih boleh dikatakan genius. Buktinya dia sentiasa mengetahui hal yang begitu sulit daripada pandangan orang lain.

"Kau, Kang Myunghwa, betul kan?"

"Tak, saya bukan" isyarat mata diberikan kepada Yoongi. Matanya dikerlingkan ke arah salah satu butang baju aku lalu dia mencabutnya,

Entah bagaimana dia buat sehingga warna lampu itu terpadam menandakan 'off'.

Aku hanya mengangguk. Mengiyakan persoalan dia tadi.

"Kenapa?"

"Ada yang arahkan saya untuk bunuh dia. Motif? Saya tak tahu" pelik. Kai suruh aku bunuh Jungkook tanpa sebarang motif.

Atau lebih tepat sekali dia tak pernah beritahu aku apa motif dia.

"Psycho. Pergerakan kau pun dikawal oleh dia" butang baju tadi diperhatikan oleh Yoongi.

"Nanti bawa semua baju kau kesini. Daripada gaya kau, kau tak reti off benda tu, kan?"

"Okay"

---

"Your family, ditemui mati" Myunghwa mengangkat kepala naik memandang Jungkook.

"Tapi bukan aku yang buat" Myunghwa hanya mengangguk,

"Punca kematian?" Jungkook menelan air liur kasar. Mahu beritahu atau tidak?

Kerana kematian mereka agak ngeri walaupun dia sudah biasa.

"Saya nak tengok" telefon dikeluarkan dari poketnya lalu ditunjukkan kepada Myunghwa.

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now