08

413 59 0
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 08: Trivia-Love

"Words are useless without actions"

Day 2

"Cepatlah nganga!" Myunghwa menggulingkan biji matanya. Makin lama makin mengada pula perangai mafia seorang ini.

Ada juga dia terfikir, ada ke mafia berperangai kebudakan sebegini?

Nasib sahaja dia tidak menolak sudu kedalam sehingga ke tekak biar bisu seminggu.

"Tangan ada tak mahu guna. Dah kudung lah tu suka tembak orang"

Sepanjang dua hari gadis itu menjaga Jungkook, sudah kebal telinga Jungkook mendengar bebelan dia.

Tidak sangka juga gadis dingin itu kuat membebel.

"Banyak cakap juga kau kan?" Myunghwa terdiam.

Sudah lama dia tidak talkative sebegitu.

"Betul ke?" Jungkook mengangguk.

Myunghwa mengetap bibir. Makin lama dia berada dengan Jungkook makin mereng otaknya sekali.

"Buka mulut" sudu berisi nasi itu disuap ke dalam mulut Jungkook.

Dia kekal diam.

Tangannya yang sibuk menggaul sup dipegang Jungkook. Lelaki itu mencedok nasi lalu disuakan ke mulut Myunghwa,

"Makan, aku tahu kau tak makan lagi kan dari pagi tadi? Makan"

Dengan perlahan dia membuka mulut menerima suapan Jungkook.

Dari luar wad itu, Yeonjun menghelakan nafas.

Sekurang kurangnya Jungkook boleh kembalikan perangai dia yang lama.

Lalu dia melangkah pergi. Dia dengar segala perbualan Jungkook dan Myunghwa. Sebagaimana gadis itu membebel banyak seperti yang dia rindukan suatu ketika dahulu.

Myunghwa gadis yang ceria. Banyak cakap, kuat membebel dan gemar mengganggu ketenteraman orang sekelilingnya.

Tetapi penangan cinta pertama membuatkan dia menjadi lebih pendiam. Seratus peratus bertentangan dengan perangai asalnya.

Mungkin orang sekelilingnya merindukan Myunghwa yang lama, tetapi tanggapan orang dia abaikan.

Dia yang dulunya sibuk menceriakan orang lain kini lebih mengabaikan.

Tipulah kalau Yeonjun tidak cemburu. Tetapi Myunghwa telah membencikan dirinya.

---

"Sakit tak?" Ubat disapu dengan berhati hati di bahagian luka Jungkook.

Jungkook hanya menggeleng.

Sesekali dia menanyakan soalan yang sama risau jika Jungkook sakit kerana kecuaiannya.

"Saya bukan jururawat. Kerja saya di bilik bedah, jadi kelembutan tak ada dalam diri saya" gadis itu bersuara sambil tangannya lincah membalut bandage pada Jungkook.

"Okay dah ni"

"Siap!" Myunghwa tersenyum manis apabila kerjanya sudah siap dilakukan.

Membuatkan Jungkook terpana melihat senyuman ceria yang jarang ditunjukkan itu.

"Yeppeuda" Myunghwa mengerutkan dahinya apabila Jungkook bergumam sesuatu yang tidak jelas pada pendengarannya.

"Jungkook?" Tangannya dilambaikan di hadapan muka Jungkook.

"Jeon Jungkook" Jungkook mengelipkan matanya apabila menyedari tindakan sendiri.

"Kau jarang senyum kan?" Jungkook menyoal Myunghwa yang sibuk mengemas peralatan mencuci itu.

"Sorry?"

"Maksud aku, senyum yang sebenar benarnya. Bukan beku, tak ikhlas ataupun seangkatan dengannya"

Myunghwa mengangguk lemah. Tengoklah, orang luar pun boleh perasan dengan perangainya.

"Saya rindu diri saya yang dulu, tapi saya tak boleh"

Jungkook hanya diam. Memberikan ruang untuk Myunghwa meluahkan. Lihat saja dari raut wajah itu, pasti banyak memendam sesuatu.

"Diri saya dulu, dia lemah. Mudah percayakan orang tanpa sedar diri dia yang sakit sendiri"

"Lebih teruk mudah beri hati pada siapa siapa, hati saya sakit. Dada saya sesak, tapi tak ada orang pun yang faham"

"Akhir sekali, keceriaan saya hilang. Berganti dengan diri saya yang baru. Pendiam, jarang tersenyum dan kurang bercakap"

Seketika Jungkook berfikir, jadi sepanjang dua hari ini adalah perangai tersembunyi Myunghwa dahulu seperti yang gadis itu katakan?

Patutlah dia senyap masa aku tegur dia banyak membebel.

"Aku"

"Aku boleh bawa euphoria untuk kau"

Myunghwa menggeleng,

"Tak. Euphoria tu hanya kebahagiaan yang sementara, akhir nanti kebahagiaan tu hilang juga"

Dan Jungkook terkelu, sejauh itu pemikiran Myunghwa?

---

A/N:

Don't trust about love.
You will feel the pain.

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now