06

421 58 1
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 06: Don't Know What To Do

"When you need someone to be your listener, no one would come. Sad isn't?"

"Jururawat Kim, tolong handle patient ni. Saya ada hal dengan Myunghwa" sejurus itu, tangannya menarik lengan Myunghwa lalu keluar dari ruangan itu.

"Don't touch me, bastard" Myunghwa merentap kasar.

Dia jijik dengan sentuhan itu.

"Awak dah gila ke, Kang Myunghwa?! Awak kenal dia atau tak sebelum mahu berhubungan dengan dia?"

Gadis itu ditolak Yeonjun ke dinding ruangan tangga kecemasan itu.

Bahu gadis itu dicengkam sambil memaksa gadis itu memandang ke arahnya.

"Tak ada kena mengena dengan awak"

"Dia mafia, Myungie. Awak sedar atau tak? Satu negara ni tahu pangkat dia. Dia berbahaya"

Myunghwa mengekalkan riak wajah beku. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia terlampau terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Sekurang kurangnya dia tak macam awak"

Baru sahaja gadis itu ingin melangkah pergi, langkah kakinya terhenti apabila mendengar Yeonjun bersuara,

"Saya ambil kisah pasal awak, sebab saya masih sayangkan awak, mungkin awak anggap remeh. Tapi ada sebab kenapa kita perlu putus"

Tak. Myunghwa tak akan terima.

Akhir nanti dia juga akan sakit dan terkapai kapai sendirian walhal lelaki itu baik baik sahaja.

"Saya bersumpah, kita tak akan bersama walaupun di dalam dunia ini hanya awak yang tinggal"

---

"Dia mafia, Myungie. Awak sedar atau tak? Satu negara ni tahu pangkat dia. Dia berbahaya"

Jungkook melorek senyuman sinis di bibirnya. Tahulah dia Yeonjun ini yang muncul dari belahan bibir kecil itu ketika dia mengigau.

Dia terus menerus mendengar pertengkaran kecil itu. Pandangan aneh dari orang di sekitarnya diabaikan.

Beranikah mahu tegur mafia muda itu?

Keberadaan Jungkook pun dirahsiakan risau pihak musuh datang menyerang hendap.

Semuanya telah diuruskan oleh Taehyung bersama pemilik hospital itu.

Hulur sahaja duit, pasti mereka tutup mulut.

Tanpa Jungkook sedar, pintu terbuka. Dengan pantas Jungkook berlakon seolah tiada apa yang berlaku,

"Eo? Kau ada dekat sini?"

Myunghwa tersenyum nipis lalu membantu memapah Jungkook berjalan.

"Awak masih sakit. Kenapa merayau?" Gadis itu menanyakan lembut.

Rambutnya yang serabai diabaikannya. Dia malas mahu betulkan.

Tangan Jungkook naik menyelit helaian rambut itu ke belakang telinganya membuatkan Myunghwa termalu sendiri.

"Saja, ambil angin"

Jungkook berdesis kecil tatkala dia mengambil tempat di katilnya.

"Ex boyfriend?" Myunghwa mengangkat kepala memandang Jungkook.

Macam mana dia tahu?

"Cara dia pandang kau pun boleh nampak"

"Betul ke?"

Jungkook mengangguk. Tangan Myunghwa ditarik untuk duduk di sebelahnya.

"Kau cantik sebenarnya, tapi aura dingin kau tu, hilang sikit manis dia. Senyum pun tak ikhlas"

Myunghwa menjeling Jungkook tajam,

"Sibuk betul dia ni" gadis itu mengutuk halus.

"Melawanlah lagi, tunggu aku sihat. Aku jual kau terus ke China. Lupa ke aku siapa?"

Myunghwa meneguk air liurnya kasar. Hampir terlupa dia tentang hal yang satu itu.

Perlahan lahan dia menjauhi Jungkook.

Dia masih tidak lupa apa yang Taehyung lakukan kepada dia semalam.

"Kalau tak nak kena macam tu, satu syarat"

Jungkook mengangkat keningnya apabila ingin menawarkan tawaran itu,

"Jaga aku sampai aku sembuh"

---

A/N:

Jungkook gedik!

[C] Thrillove | JJK Where stories live. Discover now