33

309 38 26
                                    

Thrillove • JJK
Chapter 33: Fallin' Lights

"It's okay if your heart neèds more time to accept what your mind already knows. just don’t make it forever"

Keretanya mengikuti kereta yang dipandu Myunghee dari belakang. Hairan kerana apa wanita itu boleh berada di situ.

Wajarkah jika dia kata hatinya mengatakan yang Myunghwa masih hidup? Dan orangnya itu adalah Myunghee.

Kereta itu dipandu sehingga berhenti di sebuah kawasan kondominium mewah.

Kawasan yang dikatakan ketat dengan kawalan keselamatan itu dilepasi Jungkook dengan mudah.

Buka saja kaca mata hitamnya, serta merta security guard disitu mengecamnya dan buka penghadang itu serta merta.

Kaunter utama ditujunya tanpa mengekori Myunghee,

Lalu dia berdehem membuatkan pekerja disitu terkedu,

Siapa saja yang berani dengan ketua mafia yang tiba tiba mencemar duli di tempar itu.

"Bagi aku maklumat Kim Myunghee, dia duduk di sini kan? Bagi keseluruhan maklumat dia"

Tidak membantah, wanita itu laju membuat kerja. Risau jika diapa apakan memandangkan lelaki di hadapannya itu bukan orang yang biasa.

"Tingkat 31, maklumat yang lain dalam helaian kertas ni" sehelai kertas diberikan kepada Jungkook.

Lengkap seperti yang dia mahukan.

Tidak lah selengkap hasil carian Yoongi seperti biasa, cukup maklumat tentang pembeli atau penyewa di kawasan itu sahaja.

"Who the hell is Kai?"

---

"Hyung, aku nak kau siasat juga pasal Myunghee walaupun dia bukan Myunghwa. Hyung tak nampak ke, muka dia betul betuk serupa dengan Myunghwa?"

Yoongi yang sudah kalah permainan video akibat disergah Jungkook mencarut dengan suara perlahan,

"Babi"

Dia berdehem seketika sebelum mengangkat kening memandang Jungkook,

"Siasatkan pasal dia"

"Malas"

"Hyungg, tolonglah.." lengan Yoongi digoncang Jungkook sambil matanya dibulatkan.

Membuatkan Yoongi kalah dengan cubaan mudahnya itu.

Yoongi terlalu soft untuk sisi tersembunyi Jungkook itu. Jarang sekali lelaki itu keluarkan, tetapi bila dia tunjuk..

Semua huru hara, mula dia kata A terlencong menjadi B gara gara Jungkook sendiri.

"Ish kau ni, tengok lah dulu"

Mata bulat itu memandang Yoongi dengan penuh harapan, membuatkan Jungkook mengeluh,

"Ya lah. Jangan buat muka macam tu boleh tak?" Kepala Jungkook ditolak perlahan ke tepi.

"Hyung, aku kenal Myunghwa ke dulu?"

Yoongi yang cekap menaip di papan kekunci tadi terdiam sebelum berdehem,

"Kenapa?"

Sebuah gambar polaroid Myunghwa, yang dibelakangnya ditulis ditangkap oleh Yeonjun ditunjukkan kepada Yoongi.

Gambar dimana Myunghwa tersenyum ceria di taman tema namun dilatar belakangnya terdapat pengunjung lain dan juga..

Jungkook?

Yoongi menarik nafas, rasanya sudah tiba masanya untuk dia menerangkan segala kekeliruan Jungkook yang sering menyoalnya hal berkaitan kehidupan lalunya.

"Kau ingat tak yang kau ada abang kandung kau sendiri?" Dahi licin itu berkerut sambil memandang Yoongi.

"Bukan korang saja ke hyung aku? Aku ada hyung lain ke?"

"Mungkin kau tak ingat, tapi kami kenal kau sejak kau umur 12 tahun Kook. Pada pandangan kau sekarang, kau anggap kami kenal kau masa umur kau 20 tahun"

Wajah kacak itu semakin dihiasi dengan riak yang keliru.

"Ada satu hari tu, kau dengan abang kau, Jeon Junghyun, keluar bersama. Tapi malang, korang accident disebabkan musuh dia sendiri"

"Kau hilang ingatan Kook, untuk pengetahuan kau, dari dulu lagi kau suka Myunghwa, kau selalu stalk dia sejak dia berusia 16 tahun"

Lelaki berkulit pucat itu memandang Jungkook yang masih lost.

"Dia first love kau, keajaiban tuhan, korang bertemu semula dua tahun lalu. Samada jodoh korang atau bukan, tapi itu takdir korang berdua untuk berjumpa"

Sakit kepala yang menyerang membuatkan Jungkook berpeluh sakan. Yoongi memegang bahu lelaki itu sambil menepuk lembut,

"Kau sakit?" Jungkook mengangguk sehingga kepalanya rebah ke bahu Yoongi.

---

A/N:

Adakah makin mengarut? (;´༎ຶٹ༎ຶ')

By the way exam dah abes wuwuwuwu

[C] Thrillove | JJK Où les histoires vivent. Découvrez maintenant