32

248 55 21
                                    

Kelihatan seorang gadis sedang berdiri diluar pagar rumah keluarga Park. Matanya meliar melihat perkarangan rumah mewah itu. Rasa kecil pula diri ini. Apa boleh buat, Samuel suruh dia datang untuk tengokkan Sunghoon.

Maklum lah, panggilan tidak diangkat, mesej juga tidak dibalas padahal hari sudah terang benderang. Risau lelaki tu sakit. Tapi disebabkan Samuel dan Hyunjun sibuk hari ni budak tu pun terpaksa meminta pertolongan Seoyun untuk memeriksa Sunghoon.

Gadis itu menekan tombol bel pintu dengan ragu-ragu. Namun, tiada respon. "Tidur mati ke apa Sunghoon ni?"

Dia tekan buat kali ke-dua dan tiada perubahan, masih tiada respon. Disebabkan kesabaran sudah habis akhirnya dia membuat keputusan untuk menjerit. "Hoi! Park Sunghoon! Kau okey ke dekat dalam tu?! Sunghoon!"

Kaki dihentakkan tanda sakit hati, dia mengeluh. "Sunghoon! Buka lah pagar ni untuk aku! Kalau kau tak datang dalam kiraan 10 aku terus balik ya"

"1 2 3 4 5.."

Seoyun berhenti mengira sebentar. "Dia sakit ke? Risau pula aku"

Pemilik nama yg diseru tadi akhirnya memunculkan dirinya, dia menggosokkan matanya sambil berjalan menghampiri gadis itu.

"Eh? Kau betul-betul baru bangun ke? Sekarang dah pukul 1 kot"

Lelaki itu tidak membalas. Dia membuka pagar kemudian berdiri seperti patung tak berbayar dan mula mengamati wajah cantik Seoyun.

Mujur dia tidak perasan. "Kau sakit ke?"  Tangannya bergerak cuba untuk menyentuh dahi lelaki dihadapannya itu. "Hm macam okey je ni?" Kata Seoyun.

Sunghoon meneguk liurnya sendiri dan mengalihkan pandangan ke tempat lain. "Kalau kau rasa macam tu, macam tu lah"

Seoyun berdecit "Tch"

"Em kenapa datang sini? Macam mana kau boleh tahu alamat rumah aku?" 

"Samuel bagi. Dia suruh aku datang tengokkan kau. Jadi betul lah kau tak sakit ni? Aku risau sebenarnya"

Sunghoon tersenyum manis. Gembira pula bila dapat tahu Seoyun risaukan dia. "Ya aku okey je. Jangan risau. Kau pulang naik teksi ke? Aku boleh hantarkan kau"

"Siapa cakap aku nak balik? Aku nak tengok rumah orang kaya macam mana"

Sunghoon terdiam. Dia mengedipkan mata sebanyak dua kali tanda tak percaya. Perempuan ni tak takut ke berdua dengan dia? "Tapi tak ada sesiapa dekat dalam. Kau tak kisah ke?"

"Aku nak tengok rumah bukan nak tengok orang" Jawab Seoyun.

Sunghoon tidak membalas, dia cuma menggosok belakang tengkuknya kekok.

"Oh tak boleh? Aku balik dulu lah"

Pantas dia mencapai tangan gadis itu. Entah kenapa dia tiba-tiba menukar fikiran. "Masuk lah"

Senyuman lebar terlukis dimuka Seoyun. Dia melangkah masuk dengan teruja. "Bapak besar rumah kau. Ruang tamu pun dah sama besar dengan rumah aku"

Ayatnya membuatkan lelaki itu tergelak kecil. Comel lah pula tengok dia teruja macam ni, fikir Sunghoon. "Dah puas tengok ke belum?" Soalnya, berpura-pura tidak kisah.

"Belum! Sabar lah sikit ish" Seoyun mendengus geram.

Terkekeh lelaki tu dibuatnya. Sunghoon menggelengkan kepala melihat sikapnya. "Kau nak tteokbokki sangat kan? Tunggu sini, aku nak pergi beli kejap"

"Ha? Kau biar betul. Macam mana dengan hutang aku?"

"Bayar je lah lain kali. Kedai tu ada dekat depan rumah ni je jadi cuma ambil masa 5 minit macam tu. Jangan balik dulu tau"

Seoyun menganggukkan kepalanya faham. Sebaik sahaja Sunghoon keluar, dia terus melabuhkan punggung diatas sofa. Benda segi empat tepat yg berada diatas permukaan meja itu menarik perhatiannya. Telefon pintar Sunghoon.

Rasa ingin tahu isi kandungan didalam telefon itu muncul didalam diri. Dia menggelengkan kepalanya. "Aku mesti hormat privasi dia"

Tiba-tiba telefon tersebut bergetar dan menyala tanda beberapa mesej masuk. Terbuntang matanya saat melihat gambar lockscreen telefon itu. "Aku salah tengok ke?"

Dia mencapai telefon pintar milik Sunghoon dengan teragak-agak. Butang kunci ditekan. Nampaknya dia tak salah tengok. "Sunghoon letak wallpaper gambar aku? Tapi kenapa?"

Apa yg paling sukar dipercayai sekali, dia sendiri tidak pernah melihat gambar itu seumur hidupnya. Dia merenung lama gambar lockscreen tersebut. Nampaknya gambar itu diambil ketika Seoyun tertidur didalam kelas.

"Sunghoon seorang je ada dalam kelas masa tu"

"Sunghoon seorang je ada dalam kelas masa tu"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now