24

249 56 32
                                    

Seoyun

"Kalau kau perlukan bantuan apa-apa nanti call aku tau. Kepala kau dah okey kan?" Dia nampak risau sangat sampai hantar aku depan kelas.

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Ya, aku faham. Thank you"

Dia meletakkan kertas ke dalam telapak tangan aku. "Nah nombor aku. Okey lah kalau macam tu, aku pergi dulu tau. Bye!" Kemudian, dia pergi meninggalkan aku dan tak lupa juga untuk melambaikan tangan.

Aku membuka kertas tersebut. "Aku ada nombor Sunghoon.." Aku tak boleh menahan diri dari terus tersenyum. "..dia sentuh tangan aku" Aku terlompat lompat gembira.

Tanpa berlengah, aku terus melangkah masuk. Sebaik sahaja aku memijak lantai kelas aku dapat rasakan pandangan tajam daripada Minji.

Aku tak faham betul lah apa masalah dia ni.

Disebabkan tak mahu membuat kekecohan diawal pagi macam ni, aku pun membuat keputusan untuk mengabaikannya. Biar lah mata dia sakit jeling jeling orang macam tu. Banyak benda lagi aku nak fikir.

Aku melabuhkan punggung ditempat duduk aku yg asal kemudian menyumbat earphone ke dalam telinga tanpa memainkan lagu. Ini dapat mencegah orang lain dari menganggu aku.

Aku merenung ke luar tingkap dengan sebelah tangan yg dijadikan tempat kepala bersandar. Kejadian pelik didalam kereta tadi buatkan aku tertanya-tanya. "Itu memori dunia nyata ke ataupun memori didalam mimpi aku?"

Masalahnya, aku tak pernah lalui semua tu. Berdasarkan memori aneh itu cara pemakaian dan tempat tempat semuanya bukan datang dari zaman sekarang tapi zaman Joseon.

Aku lahir 2002 jadi macam mana semua memori tu boleh muncul didalam kepala aku? Tapi kenapa aku rasa seolah-olah benar-benar pernah alami semua tu? Aku tak suka, memori ni buatkan aku sedih dan sakit kepala.

Aku meraup muka. "Aku dah berhenti mimpi tapi memori pelik ni pula yg datang. Apa masalah otak aku ni?"

Tiba-tiba semua orang didalam kelas tergopoh gopoh kembali ke tempat masing-masing. Cikgu Song melangkah masuk. Kesedaran melanda diri, sial aku lupa siapkan kerja rumah yg cikgu Song bagi dua hari lepas.

Mati lah aku.

"Keluar kan homework yg saya bagi tempoh hari"

Aku meletakkan buku latihan matematik milikku ke atas meja dengan teragak agak.

"Siapa yg belum siap sila berdiri"

Aku berdiri sambil menyalahkan diri sendiri didalam hati. Cikgu Song mendekati setiap meja murid yg belum siapkan kerja rumah lalu merotan telapak tangan mereka.

Sekarang, giliran aku.

Cikgu Song memberikan aku jelingan tajam sebelum mengambil buku latihan diatas meja. Selepas itu, dia menyelak muka surat mencari hasil kerja aku yg belum siap. Dah lah aku tak buat langsung. Kosong je kertas tu, mati lah aku.

"Eh? Kerja rumah kamu dah siap dah ni. Kenapa berdiri? Nak kena rotan percuma ke?"

"Ha?" Aku merampas buku latihan itu dengan keliru. Terbuka luas mulut aku ketika melihat 'kerja rumah' yg cikgu Song sebut tadi sudah sedia siap diatas permukaan kertas buku latihan aku sendiri.

Ni bukan tulisan aku.

Sebaik sahaja cikgu Song keluar dari kelas aku terus berlari ke kelas sebelah untuk berjumpa dengan Sunghoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja cikgu Song keluar dari kelas aku terus berlari ke kelas sebelah untuk berjumpa dengan Sunghoon. Aku berdiri di ambang pintu. "Sunghoon! Oh Park Sunghoon!"

"Weh weh weh tu bukan Joo Seoyun ke weh?" Soal Samuel dengan teruja, dia menolak nolak bahu Sunghoon.

Sunghoon menjeling ke atas kemudian berjalan menghampiri aku.

Dia menjongketkan kedua-dua keningnya. Aku menghulurkan buku latihan matematik dihadapannya. "Kau tahu, ada orang buatkan kerja rumah aku tanpa pengetahuan aku"

"Oh. Untung lah kau" Balasnya. Dia cuba sebaik mungkin untuk mengelak pandanganku.

"Kau yg buat kan?"

"Kalau kau rasa macam tu, macam tu lah"

"PARK SUNGHOON"

Sunghoon ketawa kecil. Okey sekarang dah sah ini kerja dia. Aku mengeluh. Wajahnya masih dihiasi dengan senyuman, aku tak boleh berbuat apa selain mengamatinya. Pipi aku membahang secara perlahan lahan.

Jantung aku juga berdegup dengan pantas.

Sukar untuk mempercayai bahawa orang yang membantu aku menyelesaikan kerja rumah ini adalah Park Sunghoon sendiri.

Apa yg harus aku lakukan untuk terus bertahan hidup, kalau Park Sunghoon buat aku terus jatuh macam ni?

"Terima kasih, Sunghoon"

"Terima kasih, Sunghoon"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now