9

278 66 39
                                    

Hyun memusingkan tubuhnya untuk menghadap temannya. Dia tersenyum paksa kemudian membalas. "Eh Seeun. Kitaorang baru sampai sebenarnya"

Seoyun mencubit pinggang Hyun. "Bodoh, cakap lah kita dah nak balik. Kau nak duduk dekat sini lama-lama ke?" Bisiknya dengan senyuman.

"Aku tak sengaja" Balas Hyun.

"Oh by the way, ni siapa?" Perempuan yg dipanggil Seeun tadi bertanya, pandangannya tertumpu pada Seoyun.

"Ni kawan aku, Joo Seoyun"

"Wah! Saya Yoon Seeun" Gadis itu menghulurkan tangannya kepada Seoyun. Dia menjabat tangan perempuan tu terpaksa.

"Okey lah, aku nak pergi berborak dengan kawan aku dekat sana tu. Bye!"

Mereka berdua melambaikan tangan dengan senyuman palsu. "Weh jum lari!" Ajak Seoyun.

Belum sempat dua orang itu melangkah, seorang lelaki memanggil mereka dari belakang. Seoyun memejamkan matanya. "Bala apa lagi ni?"

"Hei dua orang perempuan tu, nak pergi mana?"

Hyun menarik tangan rakannya itu cuba terus berjalan namun lelaki tadi sudah terlebih dahulu menahan mereka berdua. "Aku nak balik" Jawab Seoyun malas.

"Jum minum dengan aku?" Nampak sangat lelaki tu mabuk, tangan Seoyun pun dipegang dengan kuat. "Cepat lah! Kau pekak ke?!"

Suara lantang lelaki itu berjaya menarik perhatian semua orang disitu. Tapi mereka hanya memandang, tiada sesiapa sudi membantu.

"Eish lepas lah!" Seoyun mencuba sebaik mungkin untuk melepaskan tangannya. Malangnya kekuatan lelaki itu tidak dapat dikalahkan.

"Lepas lah! Banyak lagi orang dekat dalam ni, kenapa kau pilih aku-"

Terputus ayat Seoyun saat tangan lelaki itu hinggap dipipinya. "Banyak bunyi lah kau ni!"

"Hoi!" Jerit seseorang dari jauh.

Terkejut Seoyun melihat kehadiran Sunghoon disini. Bukan setakat itu, dia juga kelihatan sangat berbeza seperti Sunghoon yg dia kenal disekolah. Sangat berbeza.

'Aku memang tahu dia bukan sebaik macam dekat sekolah tapi dia nampak terlalu berbeza sekarang'

Sunghoon melepaskan sepuntung rokok ditangannya tadi kemudian dia membetulkan jaket kulit hitamnya. Dia mencapai sebotol arak kemudian dia mendekati lelaki itu.

"Kau nak apa- Eh Park Sunghoon?! K-kau buat apa dekat sini" Pelik sekali, lelaki itu mula ketakutan saat melihat kehadiran Sunghoon.

Sunghoon menghempaskan botol kaca dikepala lelaki itu tanpa teragak-agak. Beberapa gadis didalam rumah itu menjerit takut ketika botol arak itu pecah berkecai.

Seoyun menekup mulutnya terkejut. Ini Park Sunghoon yg mana satu ni?

Bukan itu sahaja. Kali ini Sunghoon duduk mencangkung kemudian ditariknya rambut lelaki itu kebelakang. Dia mendekatkan muka lalu berbisik. "Kau ni Daejung, bila nak serik ha? Jadi kau lah orang yg pergi sebarkan video aku?"

Rupa-rupanya nama lelaki itu Daejung, musuh utama Sunghoon. Sebenarnya tujuan Sunghoon datang ke sini adalah untuk membelasah lelaki itu.

"Bukan aku! Sumpah bukan aku! Aku boleh explain" Daejung mula memeluk kaki Sunghoon, merayu.

Sunghoon tersenyum sinis sebelum memandang Seoyun. "Aku selamatkan kau malam ni. Jangan lupa balas budi aku"

Seoyun menggulingkan biji matanya. Sebenarnya dia pun rasa berterima kasih dekat Sunghoon. "Tengok lah nanti. Hyun, jum balik"

"Eh jangan lupa rahsiakan kejadian ni woi!" Jerit Sunghoon.

Seeun menghampiri lelaki itu. "Excuse me, korang boleh bergaduh dekat luar tak?"

 "Excuse me, korang boleh bergaduh dekat luar tak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now