31

250 55 58
                                    

Aku melangkah keluar setelah selesai berkumur kumur didalam tandas cafe orang tanpa rasa malu. Tak lupa juga untuk menjadikan tangan sebagai pelindung muka.

Aku tersenyum ketika melihat Sunghoon masih setia menunggu aku diluar. "Dia tunggu aku"

Baru sahaja aku membuka mulut ingin memanggil nama Sunghoon tiba-tiba datang seorang perempuan menghampirinya. Aku menutup mulut semula.

"Tu bukan girlfriend dia ke?"

Satu fakta menampar diri, laju sahaja aku menekup mulut. "Ah aku lupa dia dah couple. Mati lah aku. Kenapa aku ajak Sunghoon keluar berdua ni?"

Aku menggigit kuku jari telunjuk menandakan rasa takut dan gelisah. "Nak menyorok dekat mana ni? Mati lah aku" Aku mula panik mencari tempat bersembunyi.

Sial. Tak ada tempat sesuai untuk menyorok. Kalau aku masuk dalam cafe balik, mesti kena tanya itu ini nak beli apa lah. Jadi, aku buat keputusan untuk pulang secara diam-diam.

Aku berjalan terus ke hadapan tanpa memalingkan muka. Tiba-tiba langkah aku terhenti. "Rasa rasanya diorang cakap pasal apa eh? Hm" Aku mencebik. Cemburu.

"Seoyun!"

Eh? Mati lah aku. Aku mematung disitu.

"Kau plan nak tinggalkan aku ke?"

Aku ketawa palsu sebelum memusingkan tubuh menghadapnya. "Ya. Sebab aku takut jadi penyebab kau dengan dia putus. Aku lupa kau dah ada girlfriend. Serius. Aku tak tipu, sorry"

Aku memanjangkan leher melihat sekeliling mencari kelibat gadis tadi."Mana awek kau? Dah balik ke? Fuh lepas ni aku janji aku takkan keluar berdua dengan kau lagi"

Dia tidak membalas.

Disebabkan dia senyap terlalu lama, aku pun mulai membuka langkah sekali lagi. "Jum lah balik"

Sunghoon menarik hujung baju aku membuatkan aku menoleh memberi tindak balas. "Eh? Kau nak cakap sesuatu ke?" Aku menjongket kening.

Dia menundukkan kepala sebelum menjawab. "Sebenarnya, aku dengan Soo Ah tak bercinta. Kami cuma berpura-pura. Jadi, kau boleh keluar berdua dengan aku.. lagi" Suaranya berubah menjadi perlahan.

Aku mengedipkan mata tak faham. "Ha? Soo Ah? Siapa tu?"

"Perempuan tadi"

"Ohhh"

"Eh? Maksud kau, korang berdua cuma berlakon ke? Untuk apa?" Aku rasa macam diperbodohkan je sekarang ni.

"Sebab aku nak kau berhenti sukakan aku. I'm sorry"

Aku mengerutkan dahi cuba memahami situasi sekarang. Kalau dia buat semua tu sebab nak buatkan aku berhenti sukakan dia, kenapa dia perlu bagitahu aku perkara yg sebenar? "Kalau kau nak aku berhenti sukakan kau, kenapa kau bagitahu aku sekarang?"

Dia mengangkat muka memandang aku seakan-akan baru tersedar. Dia melepaskan tangannya yg menarik hujung baju aku tadi. "Aku tak tahu"

"Haih, apa apa je lah. Aku balik dulu" Sempat aku menggelengkan kepala sebelum ingin beredar. Dia menghentikan aku sekali lagi. "Eh! Kau tak nampak ke langit tu semakin gelap? Bahaya jalan seorang seorang. Biar aku hantar kau, boleh kan?"

Susah nak percaya Park Sunghoon sendiri menawarkan diri untuk menghantar aku ke rumah. Aku tersenyum. "Kalau kau nak, mesti lah boleh"

Kami berdua berjalan secara beriringan. Pertama kali dia hantar aku balik ke rumah. Seronok sangat dapat berdua dengan dia. Berjalan macam ni pun dah cukup buatkan aku gembira.

"Oh iya. Aku baru terfikir, kenapa kau tiba-tiba nak berjumpa dengan aku hari ni?"

Aku pun baru tersedar. Aku ajak dia berjumpa lepastu tiba-tiba peluk dia dan keluarkan ayat ayat yg tak jelas, mesti dia keliru kan? Aku nak balas apa? Kalau aku cakap pasal kehidupan masa lampau mesti dia anggap aku ni gila-

"Kau menangis macam kehilangan anak lepastu nak makan aiskrim. Itu je? Bagi balik masa aku yg terbuang disebabkan kau sekarang"

Aku menggaru kepala, segan. "Aku perlukan tempat bersandar masa menangis, tu je"

"Ada ada je kau ni"

"By the way, kau masih tak ingat muka perempuan dalam mimpi kau ke?"

Malangnya, dia menganggukkan kepala menandakan muka aku didalam mimpinya masih terlihat kabur. Aku mengeluh. "Nampaknya, aku seorang je lah yg ingat kau"

Macam tu saja, suasana diantara kami kembali menjadi sunyi sepi. Selepas beberapa minit, akhirnya kami berdua tiba dihadapan rumah aku. Sunghoon berhenti.

Rasa berat hati nak tinggalkan dia tapi apa boleh buat. "Em, kalau macam tu aku masuk dulu tau?"

Baru sahaja aku cuba untuk melangkah buat kali keduanya tiba-tiba dia menarik tanganku membuatkan langkah aku automatik terhenti. Aku menoleh perlahan. Degupan jantung aku semakin pantas.

"Joo Seoyun"

Aku meneguk air liur sendiri. Suasana sekarang terasa sangat berbeza daripada sebelumnya dan itu membuatkan aku berdebar debar nak gila. "Ya?"

"Kau.. suka aku kan?" Dia menundukkan kepala, mengelak bertentangan mata dengan aku. Sebenarnya aku perasan dia bertingkah aneh sejak tadi. Dia berusaha tidak membuat hubungan mata dengan aku.

Dahi aku berkerut seribu tanda tak faham. "Kau dah tahu kan? Kenapa?"

Dia tidak menjawab sebaliknya dia memejamkan mata kemudian membalas pandangan aku.

"Hm?"

"Sebenarnya aku.."

"Ya? Kalau kau nak cakap sesuatu. Cakap lah seka-"

"Tak ada apa-apa lah. Aku lupa"

Matanya terus memandang ke tempat lain. Aku mengeluh. "Kau dah kenapa?"

Dia memilih untuk membiarkan soalan aku tergantung tanpa jawapan seperti awal tadi. Dia memusingkan tubuh, menukar arah.

"Aku balik dulu"

Dia meninggalkan aku yg masih terpinga pinga sendirian.

Dia meninggalkan aku yg masih terpinga pinga sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now