14

264 59 31
                                    

Seoyun keluar dari bilik mandi bersama tuala diatas kepala. Dia merebahkan diri ke atas katil, siling kosong ditatap lama.

"Dia akan baik-baik je kan?" Soalnya kepada diri sendiri.

Dia menggigit kukunya sambil berfikir keras. "Tak apa ke aku tolong bawakan senjata untuk kumpulan gangster?"

Satu soalan bermain difikirannya lagi. "Kenapa dia kena berlakon baik dekat sekolah?" Sambungnya lagi.

Pintu biliknya ditolak secara mengejut membuatkan bahunya sedikit terhinjut dek kerana terkejut. Seoji memunculkan diri diambang pintu, mencekak pinggang.

"Eish kau ni! Lain kali ketuk pintu dulu lah. Terkejut aku" Marah Seoyun.

"Papa panggil makan" Adiknya pergi setelah mengatakan itu tanpa menutup pintu bilik semula.

"HOI! TUTUP LAH PINTU GILA!"

Hari ni Seoyun dan Seoji berjalan kaki menuju ke sekolah, biasa lah kebelakangan ni Tuan Joo terlampau sibuk sehingga terpaksa bergerak lebih awal tanpa menghantar anak anaknya ke sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ni Seoyun dan Seoji berjalan kaki menuju ke sekolah, biasa lah kebelakangan ni Tuan Joo terlampau sibuk sehingga terpaksa bergerak lebih awal tanpa menghantar anak anaknya ke sekolah.

Seoyun menghentakkan kakinya berkali-kali untuk membuang lumpur ditapak kasutnya.

"Tu lah kau, orang lain jalan tengok depan tapi kau jalan mata melekat dekat skrin telefon" Bebelan Seoji memunculkan kerutan didahi Seoyun. "Eh kau yg kakak ke aku ni? Bising betul" Bidasnya.

Seoji menjeling kemudian berlari meninggalkan kakaknya dibelakang. "Hoi! Joo Seoji!"

Seoyun mendengus geram. Terpaksa jalan sendiri lah jawabnya. Dia membetulkan beg dibelakang kemudian dia mula berjalan dengan langkah yg besar. 

Selepas beberapa minit berjalan, dia membuat keputusan untuk berhenti sebentar. Berehat. Dia berdiri ditepi jalan kemudian mengipaskan muka dengan menggunakan kedua-dua tangannya. "Laju betul budak tu tinggalkan aku"

Sebuah kereta hitam membunyikan hon sebelum berhenti tepat dihadapannya. Joo Seoyun kelihatan keliru. Dia melihat sekeliling mencari orang lain tapi dia seorang sahaja yg berada disitu.

Cermin tingkap turun secara perlahan-lahan dan menampakkan wajah seorang lelaki yg sangat familiar baginya. "Naik lah" Pelawa orang itu dengan dingin.

"Park Sunghoon?"

Sunghoon menggulingkan biji matanya. "Kau nak naik ke tak nak?" 

"Mesti lah he" Gadis itu berlari anak menghampiri kereta milik ayah Sunghoon. Dia masuk ke dalam perut kereta dengan berhati-hati.

"Jalan" Satu perkataan itu sudah cukup membuatkan pemandu peribadinya memandu kereta tanpa membuang masa.

Suasana didalam kereta itu sunyi sepi dalam beberapa minit. Seoyun mencuri curi pandang wajah kacak lelaki itu. Sebenarnya, dia rasa ada sesuatu yg lain dengan Sunghoon hari ini. Terlampau dingin.

Kesan lebam dan luka diwajah lelaki itu ditenung dengan riak muka kesakitan.

"Handsome sangat ke muka aku ni sampai buatkan kau tak boleh tengok tempat lain?" Perli Sunghoon membuatkan Seoyun menggelabah.

"Ish. Aku cuma perhatikan kesam lebam and luka dekat muka kau lah"

Senyuman kecil terlukis dihujung bibir Sunghoon. Baginya reaksi perempuan itu comel.

Seoyun cuba untuk menukar topik. "Semalam muka kau bersih je. Hmm, ni mesti sebab kau gad-"

Ayat Seoyun mati saat Sunghoon menekup mulutnya, mata mereka sama-sama terbuntang akibat terkejut dengan tindakan masing-masing.

Sunghoon menggelengkan kepala meminta Seoyun untuk tidak menghabiskan ayatnya tadi, dia memandang ke arah pemandu peribadi yg tak tahu apa-apa itu. Gadis itu menganggukkan kepalanya faham. Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa dia bersikap dingin begini.

Laju sahaja riak muka lelaki itu berubah, dia tersenyum palsu kemudian melepaskan tangannya. Dia ketawa. "Sorry, mulut kau busuk. Lain kali jangan lupa gosok gigi"

Seoyun melihatnya tak percaya. Banyak-banyak alasan itu juga yg kau pergi pilih? Rosak imej aku!

"Aku dah gosok gigi lah"

Seoyun menyentuh dadanya perlahan. 'Kenapa aku berdebar debar macam ni? This isn't right'

Takkan lah dia dah jatuh cinta? Mana boleh, lelaki tu bukan jodoh dia. Jika perasaan romantik muncul didalam diri maka itu akan menjadi masalah dan kesilapan yg terbesar didalam hidupnya.

 Jika perasaan romantik muncul didalam diri maka itu akan menjadi masalah dan kesilapan yg terbesar didalam hidupnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now