25

242 56 22
                                    

Aku menggigit bantal untuk menghalang diri dari menjerit. Ah aku tak sangka dia akan setuju semudah ini untuk membantu aku menyiapkan kerja sekolah. "Tapi aku tak sangka pula dia nak datang rumah terus. M-maksudnya, aku ni istimewa bagi dia ke?" Aku memegang kedua-dua pipi.

"Yun! Pakwe kau dah sampai ni!"

Mati lah. Dia datang lebih awal daripada yg aku jangka. Aku meneguk liur sebelum keluar untuk mendapatkan Sunghoon.

Dia melambaikan tangannya sebaik sahaja melihat aku. "Kau masuk lah bilik aku dulu. Aku nak buat minuman untuk kita"

"Tak apa, aku dah belikan minuman untuk kita. Ni" Dia mengeluarkan dua air kotak berperisa coklat dengan bangga.

"Okey jum"

Aku berhenti dimuka pintu sebentar. Berbeza pula dengan Sunghoon, dia terus melangkah masuk tanpa teragak-agak. Dia memandang aku dengan hairan. "Kenapa tak masuk?"

Macam mana aku boleh masuk semudah itu bila.. aku dan kau akan berduaan di dalam bilik ni. Aku mengusap dada. Berdebar debar teruk, susah nak kawal.

"Aku mesti tenangkan diri kejap" Bisikku, cukup untuk aku dengar seorang. Aku memejamkan mata.

Tiba-tiba Sunghoon menarik aku masuk ke dalam. Mata aku terbeliak melihat dadanya yg berada tepat dihadapan wajahku. Makin pantas lah jantung aku berdegup jawabnya.

Dada dia, bidang semacam-

"Auch" Aku merintih kesakitan saat dia menjentik dahiku. "Kau dekat sangat. Jum belajar" Dia melepaskan tangan aku lalu dia meletakkan minuman kotak yg dibelinya tadi ke atas meja.

"Satu kotak tu kau punya. Yg satu lagi aku punya. Ambil lah"

Aku menganggukkan kepala kemudian mengambil minuman kotak yg disebutnya tadi. Sunghoon bagi.. Sayang nak minum.

"Aku nak makan tteokbokki. Belanja aku boleh?" Aku tersengih.

Dia menjeling ke atas. "Aku datang sini nak ajar kau buat kerja rumah bukan nak makan."

"Kedekut betul" Aku mencebik.

"Eh? Sepatutnya kau yg belanja aku sebagai tanda berterima kasih sebab dah tolong ajarkan kau heh" Sunghoon melihat sekeliling mencari buku latihan bahasa Inggeris milik aku memandangkan dia tak suka membuang masa. Dia mula menyelongkar isi beg aku tanpa izin.

Aku mengeluh.

Dalam sekelip mata sahaja angin aku berubah. Aku tak tahu kenapa tapi aku tiba-tiba rasa nak jujur dengan dia. "Sunghoon, kau dah jumpa soulmate kau ke?"

Gerak gerinya terhenti. "Belum. Kenapa?"

"Oh. Tak ada lah, tanya je. Kau dah jumpa buku latihan aku ke?"

Dia menukar posisi, kali ini lebih fokus kepada aku. "Kau nak cakap sesuatu kan? Cakap lah sekarang sementara mood aku baik"

Aku menunduk merenung lantai kosong. Baik lah, aku rasa aku patut bagitahu dia soal perasaan aku ni. Aku meletakkan tangan ke atas meja. Dia memandang aku tak percaya, dia ketawa. "Okey sekarang kita kena menulis atas tangan kau ke?"

Aku menyingsingkan lengan baju ke atas dengan sangat perlahan. "Kau buat apa ni?"

Aku risau aku akan menukar fikiran sekejap lagi jadi aku terus menyelak kain tanpa teragak-agak. Sunghoon kelihatan sangat terkejut. "Seoyun.. A-apa ni?" Dia memegang tangan aku tak percaya.

"Well.."

"Well well apa benda kau ni? Jawab lah. Kau jatuh cinta dekat orang yg salah ke?"

Aku menganggukkan kepala.

"Ha? Siapa?"

Aku menggigit bibir bawah, menahan air mata aku yg bertakung itu dari mengalir. Aku rasa bersalah sangat sekarang ni. Mesti berat rasanya jadi punca jangka hidup seseorang menjadi singkat. "A-aku minta maaf, Sunghoon. Tapi.."

"Tapi?"

"Tapi orang tu kau. I'm sorry sebab sukakan kau. Aku minta maaf" Air mata aku tumpah.

 Aku minta maaf" Air mata aku tumpah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now