12

281 65 56
                                    

Semua orang berlari tergopoh gopoh menuju ke kantin berebut untuk berbaris awal. Lain pula dengan Seoyun, dia berjalan dengan sangat lambat.

"Seoyun" Panggil Sunghoon, gadis itu berhenti.

"Jadi, orang yg pergi sebarkan semua tu kerja kawan aku. Nama dia Samuel, alaa budak yg selalu ada dengan aku tu. Dia ingatkan kau orang yg sebarkan video kitaorang dulu jadi dia nak balas dendam" Terang Sunghoon, tapi perempuan tu masih diam.

"Well, memang aku yg rancang semua tu dulu tapi kami dah setuju untuk tak teruskan kerja bodoh tu tapi tak sangka dia buat semua ni tanpa pengetahuan aku. Oh ya, dia dah padam semua video tu. Jadi kau tak perlu risau lagi"

Sunghoon diam seketika, dia merenung wajah Seoyun yg diam membisu sejak tadi. "Kenapa kau diam?"

Seoyun menundukkan kepalanya sebelum menjawab. "Entah lah, hampir semua orang dah dapat tahu pasal ni jadi penjelasan kau dah tak berguna lagi"

"Aku faham sebab aku pun pernah berada ditempat kau. Tapi percaya lah, lambat laun orang akan lupakan hal ni juga"

"Aku boleh maafkan kau tapi bukan Samuel" Pantas Seoyun melangkah pergi.

Sunghoon menyentuh belakang tengkuk miliknya saat melihat gadis itu bergerak seolah-olah mengelap air matanya. "Em dia nangis ke?"

 "Em dia nangis ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seoyun

Angin kuat menerpa tubuh aku sebaik sahaja aku menolak pintu. Tanpa berlengah, aku segera melabuhkan punggung diatas bangku yg tersedia ditengah-tengah bumbung ini.

Aku mengeluarkan telefon pintar lalu membaca mesej didalam group kelas.

Myah

forwarded.
Perhatian, kepada sesiapa yg
masih menyimpan video viral
seorang pelajar perempuan berebutkan lelaki tu. Mohon delete sekarang
atau aku santau kau. Lagi satu pasal
rumor dia dengan jay dating tu pun
semua tak betul. Jadi duduk diam²
jangan nak membawang lagi.

#jooseoyunbukanbudakbajukuning2

- sunghoon badboy wannabe 

"Pfft badboy wannabe" Aku terhibur membaca mesej daripada Sunghoon itu. Aku boleh nampak usaha dia untuk bantu aku.

Sumin
Betul ke ni? Omg, I'm sorry sebab
cakap kasar dengan kau Seoyun :(

Yuna
Seoyun, kalau kau nampak mesej ni
aku nak minta maaf.

Minji
Korang percaya macam tu je?

Myah
Ye lah, takkan lah Sunghoon
nak tipu

Semua orang berubah dalam sekelip mata padahal hati aku masih terluka dengan hinaan mereka tadi. Aku melepaskan keluhan. "Macam tu je?"

Kedengaran pintu ditolak, aku menoleh. Park Sunghoon datang menghampiri aku. "Kau nak apa?"

Soalan dibalas demi soalan. "Kau okey?"

Aku tak tipu sebenarnya aku agak terharu mendengar soalan itu. "Tak tahu"

Tiba-tiba dia duduk disebelah aku tanpa meminta izin. "Aku minta maaf"

Eh? Aku membalas pandangannya tak faham. "Kenapa?"

"Sebab tak percayakan kau"

Aku sekadar tersenyum tipis.

"Mungkin ini akan buatkan aku nampak macam penyibuk tapi- sebenarnya apa yg terjadi dekat dalam video tu?"

Aku diam seketika. Patut ke aku bagitahu dia hal yg sebenar? Mungkin disebabkan aku memang nak meluah sekarang, aku pun buat keputusan untuk menerangkan semuanya.

"Sebenarnya masa aku gred 6 dulu aku ada seorang kawan baik, masa tu kami baru berumur 13 tahun tapi dia dah ada teman lelaki. Aku pun tak tahu apa salah aku dekat dia sampaikan dia sanggup fitnah aku rampas teman lelaki dia yg musty tu"

"Ha? Kes tikam belakang kawan ke ni?"

Aku menganggukkan kepala. "Dia cuma cemburu teman lelaki dia suka sapa aku like- calm down bitch bukannya aku nak pergi rampas teman lelaki kau pun. Muka pun bukannya handsome mana pun"

"Lepastu dia pun pergi buat drama dekat tengah-tengah kelas tu. Tapi tak apa lah, lepas kejadian tu dia dengan pakwe dia pun putus tapi sampai sekarang orang masih anggap aku ni perampas. Sedih juga lah"

"Lagi satu aku tak puas hati, benda tu terjadi 5 tahun lalu kot. Kenapa orang masih nak ungkit pasal tu? Tak ada kerja lain ke?"

Tiada balasan.

Aku terdiam, baru tersedar aku bercakap terlalu ikutkan perasaan sampai tak bagi peluang untuk Sunghoon membalas. Aku memandangnya dengan sengihan. "Jadi, macam tu lah kisahnya. Aku cakap laju sangat ke?"

Dia tersenyum manis sebelum membalas. "Sikit? Tapi aku suka dengar kau bercerita"

Kejap. Aku dah lama tahu dia kacak macam ni tapi kenapa hari ni rasa berbeza sikit? Aku ketawa kekok kemudian menjarakkan diri sedikit. "Thank you sudi dengar aku bercerita"

"Pasal semalam tu, bila kau nak balas budi aku?"

Eek. Dia pergi ungkit hal semalam pula. Ingatkan dia dah lupa, aku baru nak gembira.

 Ingatkan dia dah lupa, aku baru nak gembira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now