3

306 68 21
                                    

Mulut aku ternganga luas melihat penampilan Sunghoon sekarang, betul ke apa yg aku baru nampak ni? Aku masih susah nak percaya. Dia orang yg sama aku jumpa pagi tadi. Tapi tengok lah apa yg aku nampak sekarang ni, dia merokok sambil memaki dua orang rakannya itu.

Rasa rasanya kalau aku buat laporan dekat cikgu ni, cikgu percaya tak?

Mata aku mendarat pada dadanya dan secara tiba-tiba aku teringat kata-kata ibuku. Perkataan soulmate tak muncul jadi dia bukan jodoh aku.

"Dah lama tau pun. Takkan lah jodoh aku sempurna macam ni?"

"Eh lupa, lepas nampak sisi dia yg ni aku tak rasa dia sempurna lagi" Sambungku. Lebih baik aku masuk kelas memandangkan aku dah habis mengutip sampah.

Aku membuka langkah pertama. Sial, aku memejamkan mata saat terpijak tin. Bapak kuat gila bunyi dia- "Mati lah aku kantoi. Kenapa aku tak perasan kewujudan tin ni?!"

"Hoi! Kau berhenti dekat sana!" Jerit salah seorang kawan Sunghoon.

Tak mahu terlibat dengan geng bermasalah, aku segera mengangkat kaki dan berlari sekuat hati meninggalkan mereka.

Aku menoleh. Terkejut aku nampak diorang bertiga masih berlari mengejar aku. Sunghoon melambaikan tangannya sambil tersenyum kepada beberapa pelajar yg lalu. "Kitaorang main kejar kejar je, jangan salah faham tau?"

'Ew. Gila. Jijik gila. Dasar' Aku menyumpah seranah dia didalam hati.

"Jangan lah lari laju sangat awaknya!" Jerit Sunghoon lagi.

"Gila" Aku melajukan lagi larian aku.

Aku menoleh sekali lagi untuk memastikan jarak mereka. "Aik, diorang dah give up ke?" Fikirku, memang dah tak nampak dah kelibat 3 orang tu.

"Nice. Aku rasa hari ni aku bernasib baik sikit" Aku berjalan menuju ke kelas dengan muka bangga. Tapi aku harap sangatlah diorang dah betul-betul lepaskan aku.

Kelas bahasa Inggeris tamat, cikgu Kim mencapai beg sandangnya kemudian melangkah keluar dari kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelas bahasa Inggeris tamat, cikgu Kim mencapai beg sandangnya kemudian melangkah keluar dari kelas. Aku rasa tak selamat sepanjang dekat sekolah ni, takut 3 orang tu datang cari aku lagi. "Tak apa, sekarang dah boleh balik"

Aku merenggangkan tubuh lalu memasukkan buku teks ke dalam beg dengan senyuman.

"Wah, Park Sunghoon ke tu?"

Aku membeku seketika saat mendengar nama Park Sunghoon disebut.

"Ya saya"

"Ada apa awak datang sini?"

"Em, saya tengah cari seseorang"

Aku menampar pipi untuk menyedarkan diri sendiri. Mesti dia cari aku, kan?

"Mati lah mati lah, aku nak bersembunyi dekat mana ni?" Aku mula melihat sekeliling kelas mencari tempat sorok yg bagus.

"Dia ada rambut warna brown, rambut dia panjang paras pinggang, ada bangs. Ha, lepastu tinggi dia lebih kurang 158cm. Em, awak kenal ke?"

Mata aku terbeliak mendengar ciri-ciri yg dia sebutkan itu, tiada lain tiada bukan orang yg dia sebut tu- AKU. JOO SEOYUN.

 JOO SEOYUN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now