16

249 60 35
                                    

Seoyun memasang niat untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Dia melangkah melewati pagar dan secara tiba-tiba tangannya ditarik dengan kuat oleh seseorang. Terbeliak matanya saat tubuhnya hampir bertemu dengan orang itu. Sunghoon tersenyum nakal. Rupa-rupanya dia sengaja.

"Kau nak peluk aku ke?" Usik Sunghoon.

Seoyun melepaskan tangannya dengan kasar. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang, terkejut.. mungkin? "Lain kali jangan buat macam tu"

"Kenapa? Kau dapat butterflies ke?"

Soalan dibalas demi soalan. "Kenapa kau tarik aku tadi?"

"Oh, sebab ayah kau sibuk. Jadi aku rasa aku patut tumpangkan kau macam pagi tadi. Baik kan aku?" Sunghoon tersenyum dengan comel.

"Tak minta pun tapi terima kasih"

Balasan Seoyun berjaya menerima jelingan tajam daripada Sunghoon.

Boleh tahan lama mereka berdua diam. Kehabisan topik. Sunghoon melihat Seoyun dari atas ke bawah sebelum bertanya dengan kasar. "Kau dah kenapa?"

Dahi gadis itu berkerut tak faham. "Kau tu yg dah kenapa?"

"Aku dengar kau buka semua baju lelaki dalam sekolah ni semata-mata nak cari jodoh kau"

"Aku buka sikit je, cukup untuk nampak dada diorang. Kau fikir aku buka semua ke?"

Sunghoon menggelengkan kepalanya. Baginya kedua-dua itu tetap menakutkan. "Kau pervert ke?"

Naik darah perempuan tu dibuatnya. Seoyun melayangkan tangan kanannya ke lengan Sunghoon membuatkan lelaki itu terjerit perlahan. "Ah! Sakit lah gila!"

Dia memegang kawasan yg dipukul oleh Seoyun tadi sambil memejamkan matanya.

"Eh sakit sangat ke? Sorry aku tak ada niat pun nak pukul kau kuat-kuat" Pantas, Seoyun mencapai tangan lelaki itu kemudian mula menyentuh beberapa kawasan dengan risau. "Dekat sini ke? Ke dekat sini yg sakit? Ataupun dekat sini?"

Sunghoon tidak membalas sebaliknya dia menepis tangan gadis itu. "Tak apa lah, aku okey je" Katanya, cuba sebaik mungkin untuk terlihat okey. Dia membetulkan lengan bajunya.

Seoyun mengerutkan dahinya. "Kau nak sembunyikan sesuatu ke?" Dia mula mencapai tangan Sunghoon lalu menyingsingkan lengan bajunya tanpa izin.

Sunghoon terus membetulkan lengan bajunya dengan panik sedangkan Seoyun masih terkejut dengan apa yg baru sahaja dilihatnya tadi. Tangan lelaki itu dipenuhi dengan lebam dan bekas luka.

"Macam mana kau boleh dapat semua tu? Aku tak rasa semua ni sebab kau bergaduh dengan musuh-musuh kau"

Sunghoon diam membisu.

"Kau okey ke tak ni?" Dia bertanya sekali lagi.

Akhirnya Sunghoon membalas. "Betul lah semua ni kerja musuh-musuh aku. Tak sakit pun" Setelah menjawab soalan gadis itu, dia segera membetulkan tali begnya. Panjang tali tersebut tidak sepadan. Pendek dan panjang.

Nampak sangat dia cuba mengelak pandangan mata.

Seoyun menggenggam tangannya yg sibuk itu dengan erat, ditatapnya mata lelaki itu dengan dalam. "Kau betul betul okey ke?"

Terharu. Sunghoon menggelengkan kepalanya.

"Kau boleh bagitahu aku, semuanya"

Kali ini Sunghoon bersuara. "Sejak kecil lagi, ayah aku paksa aku untuk dapatkan gelaran pelajar terbaik, berdisiplin dan sopan santun semua tu sampai aku tak boleh jadi diri sendiri"

"Kau tahu, aku balik rumah terus belajar dan belajar tanpa henti. Aku nak berseronok sikit tak boleh. Kalau kantoi, dia akan sebat seluruh tubuh aku dengan tali pinggang, macam ni lah" Dia menyelak lengan bajunya ke atas.

Seoyun menekup mulut terkejut. "Jadi, itu ke sebabnya kau takut video kau merokok tu tersebar?"

Sunghoon menganggukkan kepalanya. "Betul lah kata kau, lebam dan luka dekat muka aku ni pun bukan kerja musuh-musuh aku tapi ayah aku sendiri. Semalam aku kantoi buat hal jadi ini lah yg aku dapat" Dia ketawa kecil di hujung ayatnya.

"Aku benci hidup aku tapi jangan risau. Aku jadi macam ni dekat luar sekolah pun sebab sengaja nak cabar dia. For some reason aku puas hati nampak ayah aku marah tapi dalam masa yg sama aku takut kena sebat" dia tersengih.

Seoyun menggelengkan kepalanya. "Apa rancangan kau lepasni?"

"Aku nak couple. Sebab dia selalu halang aku buat benda ni"

"Uish, kenapa? Dia risau akan menganggu pelajaran kau ke?"

Sunghoon menganggukkan kepalanya mengiyakan soalan Seoyun tadi.

"Kalau macam tu jum lah couple dengan aku"

"Kalau macam tu jum lah couple dengan aku"

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonМесто, где живут истории. Откройте их для себя