20

251 62 48
                                    


"Kau dah kenapa pergi mengaku yg kita berdua ni kononnya bercinta?" Sekarang kami berada dibelakang kelas. Tadi aku terus menarik tangannya paksa dia datang ke sini.

"Aku nak selamatkan kau. Dah kau senyap, aku pun tolong lah. Niat aku baik tau tapi kau layan aku macam ni pula" Dia menyilangkan tangan didada, berpura-pura merajuk.

Aku membuat muka jijik. Fikir comel?

"Kau buat situasi ni makin complicated. Macam mana aku nak explain semua ni?"

"Alaa sorry lah. Kau tak rasa ke ini jalan yg terbaik untuk buatkan orang lain diam?"

"Ya lah, kita cakap apa pun diorang tetap percaya kau dengan Jay tu 'bercinta'. Tapi kalau aku sendiri yg mengaku bercinta dengan kau, mesti diorang percaya. Aku kan famous" Dia menunjukkan muka tak bersalah.

Sebenarnya, semua yg dia cakap tu ada betulnya juga. Contohnya masa video aku viral tempoh hari, dia lah buatkan semua orang senyap. Aku menarik lalu menghembuskan nafas. "Tapi.."

"Jangan risau lah"

"Hm"

Dia terkekeh sebelum mengusap-usap kepala aku dengan lembut. Aku mengundurkan diri, keliru dengan tindakannya. "Apa ni?"

"Saja. Aku cuma suka bila kau dengar cakap aku. Kau nampak macam budak kecil" Dia mencubit pipi aku.

Aku terpegun.

"Comel" Sebutnya perlahan. Dia mula mengorak langkah meninggalkan aku masih tercengang disini.

Aku mengedipkan mata sebanyak dua kali lalu menyentuh pipi dan kepala aku yg baru disentuhnya tadi. Senyuman terukir dihujung bibir aku. "Dia dah kenapa?"

Aku menongkat dagu sambil berfikir

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Aku menongkat dagu sambil berfikir. Kenapa aku selalu rasa nervous bila berdua dengan Sunghoon? Itu bukan salah satu tanda kita sukakan orang tu ke?

Tapi, kalau aku betul-betul sukakan dia kenapa masa kematian aku belum muncul?

Paling penting sekali, cara dia layan aku tadi buatkan aku rasa malu dan sangat sangat sangat suka. Aku menampar pipi untuk berhenti berfikir. "Stop Joo Seoyun"

"Semua dah boleh balik

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"Semua dah boleh balik. Jangan lupa siapkan homework yg saya bagi ya?" Sempat cikgu Kim memberi peringatan sebelum keluar.

"Hoon, cepat lah" Kata Hyunjun, tak sabar menunggu rakannya itu selesai memasukkan buku ke dalam beg.

"Korang balik dulu lah weh. Aku nak balik dengan Seoyun"

"Eh?" Samuel mengecilkan matanya tanda curiga.

"Okey lah bye!" Usai sahaja Sunghoon mengikat tali kasutnya dia langsung beredar meninggalkan dua teman baiknya itu.

Dia melangkah masuk ke dalam kelas dimana Seoyun berada.

"Eh, kau buat apa ni? Kenapa tak balik lagi?" Apa taknya, gadis itu tidak bergerak langsung. Kepalanya dilentokkan diatas meja.

Sunghoon mencuit bahunya perlahan. "Jum balik dengan aku"

Tiada balasan.

"Tidur ke? Ohh"

Dia menyeret kerusi dimeja lain semata-mata ingin duduk disebelahnya. Wajah Seoyun yg terhalang dengan rambut itu ditatap sedikit lama.

Senyuman kecil terbit dibibir.

Dia menyelitkan rambut perempuan itu ke belakang telinga dengan perlahan. "Haish, untung lah kau dapat hidup macam dalam drama" Ujarnya.

Buku latihan yg terbuka luas diatas meja itu menarik perhatian. Dia mencapai buku tersebut. "Dia stres sebab homework ni ke?" Fikirnya.

"Tak apa" Sunghoon membuka zip begnya kemudian mengambil pensil untuk menyiapkan semua kerja rumah Seoyun. "Aku boleh siapkan untuk kau"

 "Aku boleh siapkan untuk kau"

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon