2

385 74 61
                                    

8 tahun kemudian.

"Maafkan aku. Percubaan aku untuk berhenti mencintai kau, gagal" Beritahu seorang pemuda yg sedang membelakang itu. Air mata mengalir membasahi pipinya.

Gadis itu mencapai tangannya. "Apa maksud kau? Bukan kah kita berdua sudah bersetuju untuk sama-sama membuang perasaan ini?"

Pemuda itu menggelengkan kepalanya. "Maaf. Malam ini adalah hari terakhir aku hidup. Terima kasih untuk segalanya, Joo Seoyun"

"Jangan bergurau. Aku mohon jangan pergi" Kali ini giliran Seoyun pula untuk menangis. Rayu banyak kali macam mana pun pada akhirnya tangannya tetap dilepaskan juga.

"Maafkan aku"

"Jangan tinggalkan aku!" Dia mula menangis teresak-esak sehingga terduduk.

Seoyun membuka matanya perlahan, siling kosong dihadapannya itu ditatatap dengan lama. Air matanya masih lagi mengalir. "Hah, aku mimpi benda yg sama lagi?"

Dia mendengus kemudian mengelap air matanya dengan malas.

Pemandangan diluar jendela itu ditenung. Seoyun mengeluh. "Kenapa tiap kali aku mimpi pasal lelaki tu hati aku rasa sedih sangat?"

"Paling pelik sekali, lepas bangun tidur aku terus lupa macam mana rupa lelaki tu" Dia memicit kepalanya cuba untuk mengingati wajah pemuda yg selalu muncul didalam mimpinya itu.

"Woi! Cepat lah bersiap. Tak nak pergi sekolah ke?"

 Tak nak pergi sekolah ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seoyun

Hai, nama aku Joo Seoyun dan aku berumur 18 tahun. Azam aku tahun ni nak jumpa jodoh aku. Beratus orang dalam sekolah ni tapi aku tak pernah nampak 'dia'. Tanda-tanda pun tak nampak.

Pelik.

Aku berhenti diambang pintu kelas sebentar. "Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yg tertinggal?"

Tiba-tiba bahu aku dilanggar oleh seseorang membuatkan aku terus termasuk ke dalam kelas dengan cara memalukan. Murid didalam kelas mentertawakan aku.

"Maaf, saya tak sengaja? Awak okey ke?" Seorang lelaki membongkok meminta maaf dengan penuh rasa bersalah.

Murid perempuan kelihatan sangat terkejut dan mula berbisik sesama sendiri. Aku mengerutkan dahi keliru.

"Tak apa" Aku membalas.

Akhirnya si dia berhenti membongkok, dia berdiri dengan tegak sambil tersenyum.

Oh, patutlah murid perempuan kecoh. Dia Park Sunghoon, pelajar terbaik sekolah ni. Bukan itu sahaja, dia juga kacak, berdisiplin dan sangat baik. Sempurna.

Tapi sayang, dia duduk kelas lain.

Tak tipu, aku pun minat. Tapi tak boleh lebih, nanti siapa nak tanggung kalau jangka hayat aku jadi singkat?

Murid perempuan yg aku tak suka itu mula bangun kemudian menghampiri aku. Minji. "Cantiknya gelang kau Seoyun, baru ke?" Komen Minji secara tiba-tiba.

Heh nampak sangat dia nak menggedik dengan Sunghoon. Aku membuat muka jijik sebelum membalas. "Ya"

Dia tersenyum lalu mengalihkan pandangan pada Park Sunghoon. "Hai awak! Awak Park Sunghoon kan? Kenapa datang sini?"

Sunghoon membalas. "Oh lupa pula, saya datang nak bagitahu. Cikgu Han suruh semua murid dalam kelas ni masuk kelas muzik sekarang"

"Oh ya ke? Thank you awak!" Ucap Minji lalu ketawa dengan gedik.

Sejujurnya, aku penat dengan sikap Minji yg suka tergedik gedik dekat semua lelaki ni. Menjengkelkan.

"Boleh bantu kutip sampah dekat belakang kelas tak? Geng budak nakal tadi pergi sepak tong sampah dekat sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Boleh bantu kutip sampah dekat belakang kelas tak? Geng budak nakal tadi pergi sepak tong sampah dekat sana. Jadi.." - Cikgu Jeong.

Begitu lah kisah macam mana aku boleh berakhir mengutip sampah dibelakang kelas ni. Kelas muzik tadi baru habis kut. Baru nak rehat tiba-tiba kena suruh pula.

Sepatutnya sekarang aku tengah berehat didalam kelas tapi apa boleh buat.

Aku mengutip sampah yg bertaburan diatas tanah sambil bersenandung perlahan. Beberapa minit kemudian aku mendengar suara beberapa pelajar lelaki datang dari belakang kelas sebelah.

"Kau yakin ke kita tak kantoi merokok dekat sini?"

Merokok dekat sekolah?

Aku yakin itu mesti geng budak nakal yg cikgu Jeong sebut tadi. "Tak apa lah, aku tak nak dapat masalah" Aku memutarkan tubuh berniat untuk menukar arah dan ingin melakukan hal sendiri.

"Kalau kita kena denda kau yg tanggung ya Sunghoon"

Nama itu membuatkan aku berhenti melangkah. Biar betul? "Dia merokok? Ei takkan lah"

Aku tak boleh menahan rasa ingin tahu. Aku meneguk liur dan membuat keputusan untuk mengintip mereka.

Gila. Aku susah nak percaya dengan apa yg aku tengah tengok sekarang ni. Dengan baju setengah terbutang itu dia memukul kedua-dua kepala rakannya dengan kuat. "Woi, kau tak percayakan aku ke ***** ****. Tak nak buat tak payah. Aku ada paksa ke ****?"

Dia mencapai sekotak rokok. "Bagi mancis cepat"

Aku menekup mulut. Park Sunghoon?!

Kecewa. Jangan sesekali mempercayai lelaki.

 Jangan sesekali mempercayai lelaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonWhere stories live. Discover now