4

310 68 22
                                    

Tak mahu membuang masa lagi aku langsung masuk ke bawah meja guru secara senyap senyap, aku harap dia tak nampak lah. Sebab meja guru ni ada kain yg dapat menutupi semua ruangan disisi.

"Oh, itu bukan Joo Seoyun ke?"

"Joo Seoyun?"

"Ha'ah. Dia murid kelas ni. Ha! Tadi dia still ada dekat dalam, awak pergi lah tengok"

"Terima kasih" Ucap Sunghoon dengan lembut, aku berpura-pura muntah. Soft spoken konon.

Aku menekup mulut ketika mendengar bunyi derapan kaki seseorang, aku yakin itu Park Sunghoon.

"Eh? Budak tu kata Seoyun ada dalam ni?" Katanya.

"Mungkin salah orang kut" Sambungnya lagi. Aku hampir tergelak.

Aku boleh dengar dengan baik bunyi derapan kakinya. Selepas beberapa saat, semuanya kembali menjadi sunyi sepi membuatkan aku yakin yg Park Sunghoon sudah pergi.

Aku keluar dari meja dengan perlahan, mata aku meliar melihat sekeliling kelas. "Wah, bernasib baik betul aku hari ni"

"Tch tch tch, bernasib baik apanya?" Balas Sunghoon dari luar, dia masuk ke dalam kelas semula.

Aku tak sangka dia bersembunyi dekat luar tu. Aku membuang pandangan ke tempat lain. "Ish macam mana aku boleh tertipu?" Bisikku, tak lupa juga untuk mengetuk kepala sendiri.

"Kau Joo Seoyun ke? Aku Park Sunghoon"

Aku memandang ke arahnya semula, dia bersandar di pintu sambil memeluk diri. "Kenapa kau perkenalkan diri kau?"

"Saja. Aku cuma nak pastikan nama kau. Jadi, kau ada nampak ke apa yg aku buat dekat belakang kelas hari ni?"

Aku meneguk liur yg terasa pahit. Kalau aku jawab tak, rasa rasanya dia akan percaya tak? Kalau aku balas ya, dia nak buat apa?

"Tak. Aku tak nampak" Aku menipu dengan berani.

"Eh. Kalau macam tu, kenapa kau lari?" Dia bertanya sekali lagi.

Aku terdiam. Sepatutnya aku siapkan jawapan untuk soalan ni tadi.

"Mengaku je lah"

"Ha, betul lah. Aku nampak kau merokok, pukul kawan kau and cakap kasar. Kenapa? Kau nak buat apa?" Aku nampak macam berani padahal didalam aku rasa takut sangat.

"Ah tak guna. Okey macam ni, aku nak minta pertolongan kau. Tolong rahsiakan hal ni. Please?" Dia merayu. Tapi, nampak sangat dia belum turunkan ego dia sepenuhnya.

"Okey. Aku memang tak pernah terfikir nak bagitahu orang lain pun. Also, aku pun tak nak terlibat dengan geng kau" Aku menjawab kemudian mengetatkan tali kasut aku yg longgar tadi.

Aku tak tipu. Aku lega dia tak sejahat macam budak nakal yg aku nampak didalam drama tu. Mati-mati aku ingatkan dia nak buli aku ataupun jadikan aku kuli dia.

"Aku balik dulu. Jangan risau, aku akan simpan rahsia kau"

Aku mengorak langkah.

"Thank you" Ucapnya perlahan.

Aku berhenti sebentar. Kenapa dia kena berpura-pura baik dekat sekolah? Tak apa lah, bukan ada kena mengena dengan aku pun.

Aku beredar, meninggalkan Sunghoon sendirian disitu.

Aku beredar, meninggalkan Sunghoon sendirian disitu

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
❝September : Not My Soulmate❞ + SunghoonOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz