BAB 51

4.6K 201 14
                                    

Laura mencelikkan matanya apabila terasa seperti dahinya disentuh lembut. Matanya dikebil kebil kan, kelihatan Zach sedang mengelap dahi dan leher Laura menggunakan tuala kecil yang sudah direndam dengan air.

"Awak buat apa ni?" Tangan Zach yang masih setia mengelap dahinya dialihkan lembut. Dahinya dikerutkan, kepalanya berdenyut.

"Awak demam sayang." Zach berkata lembut sambil tangannya menyambung kerja yang tergendala tadi. Laura yang baru sahaja hendak bangun itu Zach tahan. "Stay still sayang." Laura mengerutkan dahinya, marah dengan Zach yang menghalangnya.

"Saya tak nak lah benda ni!" Tuala kecil yang berada di tangan Zach dirampas lalu dibaling ke lantai.

"Sayang." Zach terkedu kerana Laura berkasar dengannya.

"Keluar, saya tak nak tengok muka awak." Laura berkata perlahan sambil memalingkan kepalanya supaya dia tidak bertembung mata dengan Zach.

"Sayang--"

"Keluar lah, tak faham bahasa ke! Jangan nak berpura pura lah Zach! Tch, awak konon! Keluar lah, jangan nak acah baik sangat!" Tubuh Zach ditolak kasar apabila suaminya itu masih setia duduk di sampingnya.

Tapi Zach masih berdiam diri, tidak mahu berganjak walau sedikit pun, tidak mahu dia memarahi isterinya itu kerana kurang ajar dengannya kerana dia tahu Laura sedang tersakiti sekarang.

Selimut tebal itu Laura balutkan di kepala bagi menutup rambutnya, Zach hanya melihat kelakuan isterinya itu.

"Zayn!" Beberapa saat menunggu Zayn masih tidak datang. "Zayn!" Sekali lagi Laura melaung, menjerit memanggil Zayn sambil matanya menjeling Zach yang sedari tadi hanya memandangnya.

"Iya kakak ipar." Zayn datang bersama biskut di tangan. Laura dan Zach yang sedang duduk di katil di pandang.

"Bawa Zach keluar, saya nak rehat." Laura berkata lembut, Zach terpana. Sungguh lain cara Laura bercakap dengannya dan Zayn.

"Zach jom lah keluar." Zayn menapak mendekati Zach.

"Aku nak jaga Laura lah, tak pe kau keluar lah dulu." Zach memandang Zayn.

"Tak perlu lah nak jaga saya lah! Can you just go out! Meluat lah saya tengok!" Laura bersuara kasar lagi. Wajah Zach dipandang tajam.

"Zach jom lah." Lengan Zach ditarik lalu dibawa Zach keluar dari bilik itu, pintu di tutup rapat oleh Zayn.

"Tapi aku--"

"Zach, bagi dia masa. She really needs her space to be alone. Fikiran dia tengah tak okay, mood dia tengah nak marah marah lagi. Better kau jauh dari dia sampai lah hari perkahwinan kau nanti. Next week right? Aku takut bila hari hari kau datang sini, mangkin banyak dosa dia dekat kau sebab tengking kau. Jangan risau, aku boleh jaga dia." Zayn menepuk perlahan bahu abangnya sebelum berlalu ke bawah semula.

Zach menoleh seketika ke arah pintu bilik Laura yang tertutup rapat lalu mengalah.

"Memang kau layak pun dapat layanan macam ni Zach. I'm really sorry sayang." Zach berkata sendiri sebelum bergerak turun ke bawah.

"Aku dah tak tahu nak buat apa Mia." Laura mula menangis apabila dia mengadu masalahnya kepada wanita itu. Dia perlukan Damia.

"Hey, tak nak lah macam ni. Aku tahu babe aku ni kuat. Jangan lah macam ni Hanna." Damia yang di sebelah sana memujuk. Masa dia tak ada dengan Laura lah semua benda nak jadi.

"Aku nak kau." Laura mencebik bibirnya. Tangisannya semakin kuat.

"Hey babe jangan lah, Zayn kan ada. Hanna please jangan macam ni."

"Tapi aku tengking dia, halau dia. Aku derhaka dengan dia."

"Okay Hanna, lepas semua ni selesai, kau kena minta maaf dengan Zach, tahu. Walaupun Zach salah, tapi kau kena minta maaf. Jangan ego. Zach akan tunaikan janji dia. Abang Mikha pun cakap Zach akan tunaikan. Jadi kau sabar okay. Babe i got to go. Nanti kita chit chat lagi okay. Jangan sedih okay. Bye."

Laura meletakkan telefonnya di atas katil setelah Damia mematikan panggilan.

"Ya Allah berdosanya aku dengan Zach." Laura meraup wajahnya yang sembap akibat menangis terlalu lama. Beberapa saat berdiam diri, Laura kembali menangis.

Laura cepat cepat berlari masuk ke dalam tandas secara tiba tiba. "Welk!" Laura memuntahkan segala isi makanan dalam perutnya. Laura membasuh mulutnya setelah selesai.

"Ya Allah kenapa pula ni?" Kepalanya tiba tiba berdenyut dengan kuat. Laura mula berpaut pada sinki. "Argh!" Kepalanya yang sakit dipegang, rambutnya dicengkam.

"Sayang!" Zach yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu segera berlari ke arah Laura apabila mendengar jeritan halus yang keluar dari mulut gadis itu sebentar tadi.

Zach segera memaut badan Laura yang hampir jatuh ke bawah. Laura memandang wajah Zach bersama matanya yang kuyu.

"Are you okay? Sakit sangat ke kepala?" Zach mendukung Laura lalu dibaringkan gadis itu di atas katil.

"Sakit." Laura mengerutkan dahinya. Tangannya naik memicit dahinya perlahan.

"Come, let me do it for you." Kepala Laura diletakkan di atas peha miliknya, minyak angin yang terdapat di atas night stand dicapai lalu dituangkan sedikit ke atas tapak tangan. Dengan perlahan Zach mula memicit dahi Laura. Tangan Laura pula kuat mencengkam sisi baju Zach.

"Awak nampak teruk sangat ni sayang. Kita pergi klinik okay?" Zach masih lagi mengurut perlahan dahi isterinya.

"Awak buat apa lagi dekat sini?" Laura tidak menjawab persoalan Zach malah dijawab pula dengan soalan.

"Saya nak ambil dompet saya, nak balik." Zach menerangkan kenapa dia masuk ke dalam bilik sebentar tadi, nasib baik lah dia masuk, kalau tidak, entah apa yang jadi dengan isterinya itu. Mereka diam untuk seketika.

"Saya tak nak pergi klinik." Laura menyembamkan wajahnya di perut Zach. Tangan Zach yang mengurut dahinya itu terhenti, Laura memeluk erat pinggang Zach. Kali ini dia tewas, dia kalah dengan suaminya sendiri.

"Okay then tak payah pergi klinik tapi kena makan ubat okay?" Zach megusap rambut Laura sayang. Gadis itu hanya mengangguk membuatkan Zach tersenyum. Lega apabila gadis itu masih ingin mengikut katanya.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now