"Then talk to me first. How come lepas beberapa hari abang tak ada dekat rumah, bila abang balik, macam ni Sya layan abang? I thought that you miss me that much? As much as I miss you," suaranya diakhir ayat diperlahankan sedikit.

Asyfa masih dengan riak yang sama. Riak malas nak layan.

"Sya..." Kerusi ditarik menghampiri Asyfa. Asyfa hanya buat selamba. Dalam hati dah menggelodak hebat. Dengan bau perfume Firas lagi yang dah melekat masuk ke rongga hidung dia. Haih.

Tapi kalau ingat balik apa yang dia nampak tadi, hilang terus segala mood. Tak nak percaya, tapi hati berkeras jugak suruh percaya!

"Asyfa Hanan." Asyfa mencebik. Sikit-sikit nak panggil nama panjang dia.

"You know that your full name literally means penawar kasih sayang, right?"

"Hmm," jawab Asyfa malas-malas. Padahal dia baru je tahu. Kalau Firas tak bagitahu dia takkan tahu. Entahlah, sejenis orang macam dia ni hanya mengiakan sahaja semua benda.

Dan patutlah kalau sesiapa panggil dia dengan nama panjang, dia akan rasa berlembut hati sikit.

Tapi macam mana Firas pulak yang tahu ni?!

"Then try to apply the meaning into yourself. Kalau Sya nak jadi penawar kasih sayang, janganlah marah abang secara melulu. You can be mad at me..but only after you hear my explanation."

"Mana ada saya marah. Nak marah buat apa..melainkan awak tahu awak ada buat salah," balas Asyfa senada.

"I didn't do anything wrong. But I guess you just don't trust me?"

"Awak nak tahu sesuatu tak?" soal Asyfa serius. Wajah Firas disebelah dikerling sekilas, sebelum tumpuannya kembali berpusat ke hadapan. Walaupun tanpa ada sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

"Apa?"

"Nak kahwin dua memang tak salah pun. Tak salah di sisi Islam. Tak salah jugak kalau tak inform isteri pertama. Yang salah bila lelaki tu dah lukakan isteri dia sebab tu. Beli cincin senyap-senyap dengan bakal isteri kedua. Kalau tak suka isteri pertama cakap je lah." Firas hanya tayang riak bersahaja.

Tawanya cuba dikawal daripada meletus bila-bila masa sahaja. Sampai macam tu sekali si Asyfa ni fikir? Asyik overthinking je!

"Tapi hairan jugak, macam mana isteri dia boleh fikir sampai macam tu sekali? Dia cemburu sangat ke? Hmm?" Rambut Asyfa yang terjuntai di dahi itu diselitkan ke telinga. Makin lama dia tak tengok Asyfa, makin cantik pula isteri dia ni. Hai, first sight love tak pernah salah alamat.

Asyfa hanya membiarkan. Malas untuk menegah.

"Gila ke tak cemburu. Isteri dia nampak kot yang suami dia dekat kedai perhiasan dengan perempuan lain. Lagipun, suami dia tu sepatutnya ada dekat luar negeri lagi."

"Oh really? Macam mana kalau suami dia sebenarnya nak buat kejutan? Tu yang suami dia tak inform lagi dekat isteri dia yang dia balik harini," jawapan Firas membuatkan Asyfa terdiam.  Pai ayam disuap malas-malas ke dalam mulutnya. Boleh percaya ke Firas ni?

"Habistu yang awak ada dekat Love & Co dengan Luna tu kenapa?" soal Asyfa geram, sekadar meluahkan soalan yang terbuku di hati. Firas di sebelah dijeling tajam. Langsung dia tidak menghiraukan pandangan suaminya itu yang sedang menongkat dagu sambil memandangnya.

"Lah, you were talking about me sweetie?"

"Eei, malas lah layan awak!" Baki pai ayam yang masih ada di dalam kotak segera disuap ke dalam mulut Firas tanpa amaran. Sengaja ingin mendiamkan Firas yang hanya membuatkannya makin sebal.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now