Namun, tak lama senyuman gadis itu perlahan-lahan terukir sehingga menampakkan giginya. Tahu sahajalah dia bahawa Dareena sudah menipunya.

"You're alone, right? Want me to accompany you tonight?" kata-kata yang terluah dari mulut Dareena itu membuatkan Asyfa memukul bahu gadis itu perlahan. Melihat Dareena yang tidak habis-habis mentertawakannya itu membuatkan Asyfa turut sama ketawa.

"Janganlah marah I. I sengaja nak buat you tertanya-tanya. Siapa suruh tak simpan nombor I."

"Bukan tak simpan."

"Habistu?"

"Belum simpan." Dareena menepuk dahinya. Kepalanya turut berulang kali digeleng. Sama tapi tak serupa la ni?

"Lain kali jangan mesej macam tu lagi. Takut la." Dareena tersengih seraya mengangguk faham. Tangannya diangkat ke sisi, seolah-olah gaya berikrar.

"Janji tak buat dah. By the way, save nombor I tau. Dareena, the loveliest." Asyfa hanya tergelak. Amboi, special betul. Nasib memang lovely!

•••

          "LONG time no see, Luna Nafisa. So bold of you to try modelling, huh? Dekat Dazzle Models pulak tu." Luna menggenggam erat portfolio di tangannya. Terkejut dan geram apabila modelling agency yang dihadirinya itu merupakan agensi Danish bekerja.

Atau lebih tepat..agensi miliknya. Danish juga merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan sesi pemilihan tersebut.

"Positif mengandung tak?" soalan Danish padanya itu kedengaran sinis pada halwa telinga. Dia tahu, Danish sengaja ingin menduga dirinya. Sama ada dia sudah tahu tentang perihal sebenar atau tak.

"Kau tipu aku... Kau tak rogol aku kan sebenarnya Danish?" soalan Danish turut dibalasnya dengan soalan. Mendatar sahaja dia menyoal.

Sungguh, kalau dia tahu Dazzle Models ini dibangunkan oleh Danish, dia tak akan sanggup nak jejak kaki di sini. Pertemuan semulanya dengan Danish hanya mengingatkannya semula tentang malam tersebut.

Mentalnya yang terlalu tidak stabil pada masa itu membuatkan dia menuduh secara melulu. Namun, apabila dia kerap berjumpa dengan pakar psikologi kebelakangan ini, barulah dia terfikir tentang perkara tersebut. Danish hanya psiko emosinya.

Lebih tepat lagi, dia tidak dirogol, tetapi dibogelkan oleh Danish. Walaupun masih kejam, tapi masih lagi timbul rasa bersyukur dalam diri apabila kesuciannya masih tidak diragut sesiapa. Tapi..apa motif Danish buat macam tu?

Kenapa dia tak buat dekat Asyfa je terus? Tu target dia kan?

"Jadi kau dah tahulah. Akhirnya.." Danish menepuk-nepuk tangannya seraya tertawa sinis.

"Aku hampir bunuh diri sebab kau. Aku ingatkan aku dah..."

"Tak suci?" Sampuk Danish seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi empuk. Matanya dipejamkan seketika. Langsung tidak mengendahkan Luna yang sudah mula mengalirkan air mata.

Air mata perempuan. Air mata palsu.

"Shh. Girl, listen. You're too innocent. Too easy to be fool. Kalau kau nak tahu, aku cuma nak mainkan emosi kau. Nak sentuh kau? Jijik. Aku pun tak sanggup la nak ada anak yang akan ada kaitan dengan ayah kau! Pergi mampus." Selamba Danish mengutarakan kata-katanya.

Dahi Luna berkerut. Masih tidak faham dengan maksud yang ingin disampaikan oleh Danish.

"Tapi still la kan. Tubuh kau aku dah tengok." Danish tertawa sinis lagi.

"Sexual harrasment." Mata Luna tajam menikam mata Danish.

"Oh really? Maybe you need to tell your father first about that..dia mungkin tak tahu. Kalau tahu, takkanlah dia buat benda yang sama dekat mama aku. Sama macam apa yang aku buat dekat kau!" riak wajah Luna jelas terkejut. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Tak mungkin..tak mungkin ayah dia macam tu..

"Kalau kau nak tahu..aku cuma nak balas dendam. Dan kau galang gantinya!"

"And oh, lupa nak bagitahu. Kau mesti ingat aku nak mudahkan kerja kau untuk dapatkan Firas kan? No, sayang. Firas tak sebodoh kau. Yang bodoh sekarang ni cuma kau. Kau sorang je. Kau buatlah macam mana sekali pun, jangan harap Firas nakkan kau, nak kahwin dengan kau." Luna tertunduk menekur lantai. Dia diam seketika sebelum mendongakkan kepalanya semula, ingin meneruskan perbualan.

"Tapi..you nak Sya jugak kan? Kita boleh kerjasama," ayat terakhir Luna membuatkan Danish tersenyum sinis. Betul-betul setan perempuan Luna ni.

"Kalau aku nak Asyfa sekalipun, aku takkan kerjasama dengan kau la!"

"But you know what..after meeting you, I guess I'm more into revenge than chasing someone that will never be mine." Luna terdiam. Kali ini dia langsung tidak mampu bersuara. Mulutnya bagaikan terkunci rapat.

"So you Luna Nafisa..if you want to be that bad, be the devil by yourself." Sindir Danish lagi.

"Ah, buang masa betul dengan kau ni. Attitude dah la awal-awal kelaut. Kau ingat hanya dengan bawak muka perasan cantik kau tu bolehlah orang terima kau dekat sini? For your information, nama kau akan disenarai hitam terus. So, apa kau tunggu lagi? You can get out from here..now!"

Keluar sahaja dari bilik tersebut, Luna masih cuba menahan air matanya daripada mengalir. Segera langkahnya diatur keluar daripada bangunan tersebut tanpa sedikit pun memandang mata-mata yang memerhati. Mungkin hairan apabila sesi pemilihan itu berjalan dengan begitu pantas.

Masuk sahaja ke dalam kereta, air mata yang dari tadi ditahan mulai mengalir laju. Kata-kata Danish sewaktu dengannya tadi menimbulkan pelbagai persepsi negatif dirinya terhadap ayahnya sendiri.

Apabila keadaannya kian beransur tenang, jemarinya lincah menaip sesuatu pada papan kekunci telefon. Butang send ditekan.

'Reena, teman aku keluar malam ni boleh?'

Tidak sampai seminit, mesejnya sudah berbalas. Namun, mesej yang diterima daripada Dareena itu membuatkannya sebal.

'Sorry Luna. Malam ni aku temankan Sya. Esoklah, boleh kan? 🤍'

Bibirnya diketap. Timbul sedikit rasa cemburu apabila Dareena juga lebih mementingkan Asyfa berbanding dirinya.

"Sampai hati kau pilih dia daripada aku? Apa yang lebihnya Sya sampai semua orang sayangkan dia?!" Stereng kereta dihentaknya berkali-kali. Geram.

'Kau lebih pentingkan dia daripada aku? Kau tak kenal pun perangai dia macam mana. Yang kau tahu dia isteri Firas. Tu je.'

Kali ini agak lama Luna menunggu, barulah notifikasi telefonnya kembali berbunyi.

'Excuse me? Period pain ke sis? Don't be too sensitive. I treat those around me equally. What's wrong with you?!'

Ting!

Satu lagi mesej daripada Dareena. Mesej yang hanya membuatkannya bertambah geram dan merengus kasar.

'And one more thing. Kau cemburu dengan Sya kan? Don't be ridiculous Luna. Know your place. Don't cross the line."

"Tapi aku dah tak ada tempat untuk meluah Reena..." Perlahan-lahan, air mata Luna kembali menitik jatuh.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now