BAB 37

3.2K 156 16
                                    

"Laura kau masuk dulu, aku pergi cafe kejap beli coffee for us." Laura menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam vvip ward tempat Zach diletakkan setelah Zayn berlalu pergi.

Luluh hatinya melihat Zach yang terbaring, tidak membuka mata dan kepalanya dibalut. Laura mendekati katil Zach, wajah Zach yang sedikit calar itu disentuh, walaupun terdapat kesan calar, tetapi itu tidak menjejaskan wajah kacak milik Zach. Air mata Laura kembali jatuh, tidak kuat dia melihat suaminya begini.

"Saya minta maaf, awak cepat lah bangun. Saya rindu awak sangat ni." Laura duduk di atas kerusi yang terdapat di sebelah katil lalu menggenggam erat tangan Zach. Cincin perkahwinan mereka yang tersarung di jari Zach dimainkan dengan jarinya.

"Wake up please. Lepas bangun, awak nak salah kan saya pun tak apa. Bangun lah sayang. Please." Laura menangis sekali lagi, kali ini lebih teresak dari sebentar tadi. Zayn yang baru masuk itu mengeluh sedikit. Tidak betah dia melihat gadis itu menangis.

"Laura don't cry please. Kita doa kan yang baik baik je untuk Zach okay." Zayn duduk di atas sofa yang terdapat di dalam bilik itu. Laura mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah Zayn yang sedang menghirup kopi yang dibelinya sebentar tadi.

Laura bangun dari duduk lalu mengambil tempat di sebelah Zayn."Kalau apa apa jadi dekat Zach macam mana?" Zayn memandang Laura.

"Ish kau ni, aku baru je cakap tadi kan, kita doa yang baik baik je dekat Zach. Jangan lah fikir yang bukan bukan." Kepala Laura disekeh perlahan, kopi yang dibelikan untuk gadis itu diambil lalu dihulurkan kepada gadis itu.

"Minum ni, cakap malam ni nak jaga Zach." Laura menyambut huluran tersebut sambil menganggukan kepalanya, mengiyakan apa yang dikatakan oleh Zayn.

+++

Lena Laura terganggu apabila terasa tangan Zach yang digenggamnya itu seperti bergerak gerak. Laura mengerutkan dahinya, sofa dipandang dan kelibat Zayn tiada di situ. Laura memandang ke arah wajah Zach yang tiba tiba berkerut itu.

"Awak!" Laura segera menekan butang merah yang terdapat di atas kepala katil wad tersebut. Dengan pantas seorang doktor dan nurse datang menerjah ke dalam bilik tersebut.

Laura memberi ruang kepada doktor dan nurse tersebut untuk memeriksa keadaan Zach. Zach dengan perlahannya membuka kedua matanya. Matanya dikerlipkan beberapa kali bagi menyesuaikan diri dengan keadaan yang cerah itu.

"Tuan Zach Alexander, boleh dengar saya?" Doktor tersebut bertanya keoada Zach. Dengan perlahan Zach menganggukan kepalanya.

Setelah membuat beberapa check up ke atas Zach, doktor tersebut memberi ruang kepada Laura untuk bercakap dengan Zach.

"Awak." Laura tersenyum lebar ke arah Zach lalu tangan Zach digenggam.

"Jangan sentuh aku, kau siapa?" Laura tersentak apabila Zach menepis tangannya, dan lagi teruk apabila Zach bertanyakan siapa dirinya.

"A-awak, tak kelakar lah kalau awak main main, saya Laura Hannaniah lah, isteri awak." Tangan Zach yang tersarung cincin itu diangkat. Zach dengan serta merta memegang kepalanya.

"Argh!" Dahi Zach berkerut apabila ada bunyi berdesing di telinganya dan dia seperti pernah mendengar ayat tersebut.

"Zach." Laura bersuara perlahan. Takkan lah, tak mungkin.

"Puan, boleh puan keluar sebentar. Kami akan membuat pemeriksaan lanjut terhadap suami puan." Laura segera keluar apabila doktor menyuruhnya membuat sedemikian. Apabila keluar, Laura segera terduduk di atas kerusi yang terdapat di luar wad tersebut. Laura menangis dengan teresaknya.

"Laura kenapa ni?" Zayn yang baru sahaja balik dari membeli sarapan itu terus menerpa ke arah gadis itu apabila melihat gadis itu menangis di luar wad milik Zach.

"Za-Zach." Laura mengangkat wajahnya memandang Zayn yang melutut di hadapannya.

"Di-dia dah sedar." Laura berkata dengan nada suara yang sangat perlahan, hanya Zayn sahaja yang dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Laura.

"Hey, it's a good news kan? Why are you crying?" Zayn meletakkan sebelah tangannya di penghadang kerusi tersebut bagi mengimbangkan dirinya. Wajah Laura dipandang penuh risau.

"Di-dia tak ingat saya. Abang awak tak ingat saya." Tangisan Laura semakin kuat. Zayn pula sudah terkaku. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.

"Tak mungkin Laura. Doktor tak cakap apa apa lagi kan? Hm?" Wajah Laura yang kemerahan akibat menangis itu dipandang, Ya Tuhan, dia tidak boleh melihat gadis ini terusan menangis.

"Tapi tadi Zach tanya saya siapa. Apa saya nak buat ni Zayn? Saya tak kuat." Laura semakin teresak.

"No, no. Aku ada, kau jangan risau okay?" Kepala Laura yang dibaluti tudung sarung itu diusap perlahan, dari semalam lagi gadis itu begini. Haih, risau Zayn dibuatnya.

"Laura Hannaniah!" Zayn dan Laura sama sama memandang ke arah suara yang memanggil nama Laura dengan kuat itu.

"Mama." Zayn dan Laura sama sama bangkit dari duduk mereka. Puan Hanna laju menuju ke arah Laura lalu tubuh gadis itu ditolak dengan kuat sehingga gadis itu terjatuh.

"Mama!" Zayn yang menyaksikannya itu segera mendapatkan Laura yang terjatuh itu.

"Boleh awak bersabar tak!" Encik Mohamed yang berada di sebelah isterinya itu memandang ke arah wajah isterinya yang tampak sangat marah itu.

"Kalau kau tak suruh anak aku keluar pergi tunaikan permintaan kau yang mengarut tu semua ni tak akan jadi lah!" Laura hanya mampu menangis, betul apa yang Puan Hanna cakap, dia punca semua ni terjadi.

"What are you trying to said mama! Benda ni takdir dari Tuhan! Try to accept it and learn! Bukannya tuduh melulu orang sana sini!" Zayn mengangkat tubuh Laura untuk gadis itu berdiri, disebabkan Laura tersangatlah lemah sekarang, dia terpaksa memegang kedua belah lengan milik Laura.

"Kamu jangan nak biadap dengan mama eh Zayn! Jangan nak bela sangat dia ni!" Puan Hanna memandang Laura dengan pandangan yang penuh dengan amarah. Dia menelefon Zach pada hari kejadian untuk bertanyakan khabar, dan lelaki itu memberitahu mamanya bahawa dia hendak keluar membelikan carrot cake untuk Laura. Sebab itu lah dia berasa amat marah sekarang. Gadis itu punca!

"Bawa mengucap Hanna! Jaga percakapan awak tu!" Encik Mohamed tidak boleh berdiam diri apabila isterinya terus terusan menuduh menantunya itu. Perbalahan tersebut terlerai apabila doktor sudah pun keluar dari wad tempat Zach ditempatkan. Mereka semua meluru ke arah doktor tersebut.

"Macam mana dengan anak saya doktor?" Puan Hanna terlebih dahulu membuka mulut bertanya soalan.

"Maafkan saya, Tuan Zach mengalami amnesia akibat hentakan yang agak kuat di kepala, tetapi syukur dia hanya lupa perkara yang berlaku 5 tahun lepas sahaja."

Laura terkaku, lidahnya kelu. Maknanya Zach hanya tak ingat dia seorang, apa yang berlaku antara mereka berdua, Zach tak ingat.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now