"Ayeen aknak adik yaki," Aileen pandang aku dengan mata berair.

"Kenapa Aileen taknak adik lelaki?"

"Ati Ayeen akde awan," jawabnya. Lirih sahaja nadanya.

"Temua oyang yaki... Abang Yim, Abang Anati, Abang Capiq, Abang Ujai, Caril..." satu persatu nama sepupunya disebut.

Yim untuk Naim, anak abang Arfan. Anati merujuk kepada Anaqi. Capiq, Syafiq anak sulong Arham dan Syaza. Ujai, abangnya sendiri. Dan Caril adalah anak lelaki kedua Arham, Syahril Idzham.

Barulah aku perasan yang tak ramai perempuan dalam kalangan sepupu dia.

Yang perempuan hanyalah si kembar Zulfa dan Yana.

"Kan Abang Huzair selalu main dengan Aileen..."

Tak dapat dinafikan, Huzair memang akan layan kerenah Aileen. Layan tak bermaksud manjakan. Apa yang Aileen buat itu salah, dia takkan teragak-agak nak marah tapi tak pernah lagi dia angkat tangan.

Aileen menggeleng.

"Abang Ujai oyang yaki. Ayeen nak main ngan oyang peyempuan." ujar Aileen.

"Ada ke orang nak main dengan Aileen selain abang?" tanya Huzair. Dia mencebik kepada Aileen.

"Adalah!" bentak Aileen. Dek kuat sangat, terkejut si kecil yang dalam dukungan Hamidi.

"Aileen, tak elok jerit-jerit. Awak tu perempuan," tegur Hamidi.

"Abang Ujai tu, dia tate tak de oyang nak awan ngan Ayeen..." suka sangat buang kesalahan dekat si abang.

"Betullah, Aileen kan suka gigit orang. Siapa je nak kawan kalau asyik kena gigit..." Huzair membela diri. Aku menjengilkan mata kepada Huzair.

"Sikit-sikit nak gigit orang..." gumam Huzair. Sempat lagi nak tambah minyak atas bara api.

"Huzair," tegurku. Aku menggeleng kecil. Dah tahu si adik perempuan ni sensitif, lagi nak mengata. Huzair mengemam bibir. Aileen pula sudah tercebik-cebik, manja betul.

Aku mengusap kepalanya yang bertudung itu. Sekejap je ni, lepasni hilang entah kemana tudung.

"Malam ni Aileen tidur dengan mama okay? Baba nak tidur dengan baby pula,"

Aileen menggeleng laju. Berkerut-kerut dahinya dek marah.

Si abang dah berhenti mengusik, si baba pula yang sambung. Allah...

"Huzair pun nak tidur dengan baby!" semangat Huzair menyampuk. Aileen pandang Huzair tajam. Garang betul anak dara ni, mengalahkan singa.

"Ayeen?," tersebik-sebik mulutnya bertanya. Mata dah mula berair kembali.

"Aileen tidur dengan mama jelah," jawab Hamidi. Aileen menggeleng laju.

"Ayeen nak idur ngan baba,"

"Lepastu siapa nak tidur dengan mama?" Huzair bertanya bagi pihak aku.

"Mama idur ngan baba ugak,"

"Baby nak tidur dengan siapa?" tanyaku.

"Dia toyang-toyang," jawab Aileen.

Macam tu pun ada eh? Aku dan Hamidi keatwa kecil. Macam-macamlah anak dara sorang ni.

"Haa mama, mama nak tahu tak Aileen patahkan lipstick mama, barang make-up mama pun dia main semua..." ujar Huzair tiba-tiba.

Suasana sunyi kembali. Masing-masing senyap tidak membuka mulut. Aku pandang Aileen disebelah. Sudah tertunduk sambil meramas-ramas tangan sendiri.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now