"Weh, nanti ada dekat court basketball awal sikit. Dah datang praktis je. Tak payah tunggu aku."

Mereka hanya mengangguk. Akur akan arahan Firas, kapten bola keranjang itu.

Selesai membeli makanan yang dihajati dari tadi, mereka berdua kembali bergerak tanpa arah tujuan. Mata-mata yang memandang mereka dibuat tidak endah. Mana taknya, dari tadi berjalan pusing sekolah. Lagak macam ni sekolah mereka pulak.

"Bro, tu bukan perempuan tadi ke?" Affan menepuk-nepuk Firas yang masih tidak menyedari gadis yang melintasi mereka itu.

"Perempuan ma—"

"Hai Asyfa.." Belum sempat Firas ingin menyoal, suara seseorang yang memanggil nama yang agak dikenalinya membuatkan dia dan Affan berpandangan sekilas. Mata Firas turut sama melirik mencari suara pemanggil dan pemilik nama yang dipanggil.

Affan disebelah hanya beriak bersahaja. Walaupun sebenarnya dia turut sama memasang telinga. Ingin mendengar perbualan tersebut.

Faham akan maksud pandangan masing-masing, Firas dan Affan terus mengatur langkah ke sudut papan kenyataan sekolah tersebut. Berpura-pura memerhati papan kenyataan yang memaparkan hasil kreatif para pelajar itu.

Jika dilihat dari sudut pandang orang lain, mereka mungkin kelihatan fokus menilik. Walhal mereka berdua fokus memasang telinga, hanya mata sahaja yang berpura-pura menilik.

"Eh, hai Danish."

"Asyfa nak pergi mana? Tak tengok match ragbi ke nanti?"

"Oh, er..tak kot. Eh, awak main ke?"

"Kenapa? Kalau saya main awak ubah fikiran untuk tengok ke?"

Firas masih cuba mengawal riak wajahnya. Tolong cakap tak nak, tolong cakap tak nak...

"Er, eh lupa pulak. Tahniah Danish!"

Hujung bibir Firas ternaik sedikit. Pandai perempuan ni ubah topik. Totally my style!

"Oh, dah tengok ke?"

"Dah."

"It seems like we're really meant to be with each other right? Result pun dah sama."

Affan mengerling Firas di sebelahnya yang sudah bermuka ketat. Amboi, awalnya tunjuk simptom cemburu.

Affan berdehem perlahan.

"Dah ada orang cop la bro. Kau terlalu lambat."

"Lambat apanya. Try pun tak lagi," balas Firas perlahan namun masih dengan nada tanpa intonasinya.

"Panas ke tu Firas?" Firas masih menunjukkan riak bekunya. Langkah segera diatur ingin pergi. Tak kuasa pulak nak layan drama sebabak ni.

"If you're not into her, don't give her hope." ujar Firas selamba saat melalui mereka berdua. Bahu lelaki itu ditepuknya perlahan.

Affan yang berada di sebelah cuba menahan gelak. Mulut memang straight forward betul mamat ni! As expected!

Saat pasti mereka sudah jauh meninggalkan lelaki dan perempuan itu, tawa Affan terburai jua.

"Damn. If it comes to her, you become that bold huh bro?"

Firas hanya diam. Dia pun jadi hairan. Biasanya dialah yang malas nak masuk campur hal orang lain, tapi entahlah..jadi sakit hati pulak bila tengok perempuan tu dah ada orang minat.

•••

           LATIHAN jaringan Firas yang berkali-kali tidak masuk itu membuatkan semua memandangnya hairan. Dah hampir nak mula perlawanan sebenar. Kalau macam ni cara permainan kapten nanti, boleh kalah team Aster High. Juara berturut-turut kot!

Wajah Firas kelihatan tegang. Tidak seperti kebiasaan. Tadi okay je.

"Kau okay capt?" soal salah seorang ahli pasukannya.

"It's not that hurt I think. Tapi kenapa aku stress eh?" Jawapan yang terluah dari mulut Firas menimbulkan tanda tanya bagi mereka. Ada yang menggaru-garu kepalanya, ada yang berkerut, ada juga yang turut sama berfikir akan kewajaran jawapan itu.

Firas tergelak melihat reaksi ahli pasukannya itu.

"Tak adalah. Personal feeling je. Don't think too much."

"Pasal perempuan?" Firas terpempan sedikit dengan tekaan tepat rakannya. Namun dia hanya ketawa bagi menghilangkan perasaan itu.

"Tak ada maknanya. Tak minat lah perempuan. Aku minat Affan je. Kan Fan?" Affan yang sedang berpeluk tubuh duduk berehat di kerusi penonton sudah mengerutkan dahi. Tak dengar apa yang digossipkan, tapi yang pasti perkara yang berkaitan dengannya.

Ahli pasukannya yang lain hanya ketawa. Tahu sangat hubungan rapat mereka berdua. Dah macam belangkas. Dekat mana ada Affan, dekat situ ada Firas. Dekat mana ada Firas, dekat situ ada Affan. Jadi gurauan itu sudah terbiasa didengari mereka.

"Nak main ke nak mengumpat aku Firas?" Firas ketawa lagi. Dia cuba menyedapkan hatinya yang sedikit terganggu.

"Firas!" suara Affan membuatkannya kembali menoleh kearah tempat penonton. Senyum Affan yang penuh tersirat itu membuatkan dahinya berkerut. Kenapa pulak mamat ni...

"Semangat la sikit!" ujar Affan agak kuat, dalam nada mengusik. Isyarat mata Affan yang seakan melirik kearah sesuatu membuatkan dia turut menoleh kearah isyarat mata Affan.

Seorang gadis dilihatnya sedang mengambil tempat di salah satu kerusi penonton bersama rakan-rakannya yang lain.

Asyfa.

Eh, dia ada dekat sini? Tak tengok ragbi ke?

Perlahan-lahan Firas tersenyum lebar. Entah kenapa semangatnya tiba-tiba kembali memuncak.

And if I can do well, you're the reason that keep me energized.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now