13

242 104 14
                                    

Jejaka yang mengenakan pakaian hoodie hitam itu mengenggam penumbuk. Sungguh, api kemarahannya semakin mencanak naik sebaik sahaja mendengar berita itu. "Tutte queste cose non accadranno se tutti sono disposti a fare un buon lavoro!" (Semua benda ni tak akan terjadi, kalau semua orang reti buat kerja dengan baik!) Lukasz terdiam. Nampaknya, bosnya itu benar-benar naik gila jadinya.

"Se ti arrabbi così, non otterrai nulla. Faresti meglio a pensare a un altro piano." (Kau marah macam ni, kau tak akan dapat apa-apa pun. Lebih baik kau fikir rancangan lain.) Justino menyampuk akhirnya. Bukan dia tak tahu 'gila' jejaka itu bagaimana. Apa yang dia mahukan, semuanya dia kena dapatkan walau apa pun halangannya.

"Vi voglio fuori. Ora." (Aku nak kau berdua keluar. Sekarang.) Arahan itu diterima oleh mereka berdua. Memang mood jejaka itu tak baik sejak kegagalan misi mereka. Habis semua orang kena tempiasnya.

"Avrei dovuto usare il modo gentile fin dall'inizio." (Aku patut gunakan cara lembut dari awal lagi.) Monolognya kepada diri sendiri.

Selama ini, mangsa yang lainnya dibunuh dengan kejam walau salahnya sedikit tapi, dia peduli apa? Asalkan puas.

Ya, puas. Kepuasan membunuh. Kepuasan itu buat dia rasa.. bahagia.

"E usa le loro emozioni." (Dan gunakan emosi dia orang.) Senyum. Dia tahu siapa yang patut dia gunakan dan siapa yang patut dia sakitkan.

Sebabkan inspektor itu telah menghancurkan rancangannya. Tak cukup dengan itu, dia kahwin pula dengan gadis yang menjadi targetnya, maka dia tak akan biarkan inspektor itu duduk dengan tenang. Tak akan.

"Dopodiché, è facile incitare e infine cadere lentamente nella trappola." (Selepas tu, baru senang untuk dihasut.. dan akhirnya perlahan-lahan masuk perangkap.) Dia pandang potret seorang jejaka yang ditampal di dinding.

Inspekor polis? Bukan lawannya tapi jejaka itu yang nak sangat masuk campur dalam kisah ini. Kalau si inspektor ini tak masuk campur, dia tak akan terlibat sama. Konon nak jadi hero? Jejaka itu tak layak. Sungguh tak layak kerana tak ada sesiapa yang layak jadi hero gadis itu melainkan dia dan hanya dia.

Beralih pula matanya ke arah potret di sebelah, susuk tubuh seorang gadis yang.. dia puja. Wajahnya cantik meskipun kelihatan polos. Dia cintakan si gadis tetapi perasaanya ditolak maka gadis itu perlu menerima hukuman. "I'll come to you, Izra." Tawanya bergema. Terbayang-bayang wajah cinta hatinya itu. Barangkali lebih cantik daripada yang dia lihat sekarang.

"Just wait and see, at the end of the game.. you'll regret all the things you've done to her, inspector," katanya seakan-akan inspektor polis itu berada di hadapannya. Sungguh, dendamnya terhadap jejaka itu semakin membuak-buak. Mungkin dia perlu hancurkan jejaka itu juga.. mungkin.

"I'll make it worse even if it's a simple thing."

•—•—•

Izra kenakan baju kurung moden berwarna biru lembut bersama bawal printed bercorak geometri berwarna biru. Dia mengenakan solekan nipis di kulit wajahnya untuk menambahkan seri.

Pantulan cermin pada wajahnya dilihat sekali lagi. Dia tersenyum melihat wajahnya. Simple and beauty. Itu memang style dia.

Tidak lama selepas itu, senyuman di wajah mati sebaik sahaja anak matanya tertancap pada figura suaminya yang sedang berdiri di belakang.

MEMORIESWhere stories live. Discover now