06

272 123 28
                                    

"Balik nanti kau tumpang siapa?" Syazwanie di sebelah sana menyoal, sempat dia menguap. Dia masih mengantuk sebenarnya.

Tadi pun, dia dipaksa bangun kerana Izra kejutkan dia. Boleh pula kereta kesayangan gadis itu rosak. Tak tahu apa masalahnya, tiba-tiba enjin tak dapat dihidupkan.

Dia yang menjadi mangsa gadis itu disebabkan dia seorang sahaja yang masuk pejabat lambat sedikit untuk hari ini dan secara teknikalnya, cuma dia sahaja yang berada di rumah pada masa itu.

Dan, di sinilah dia. Sedang memandu sambil ditemani Izra di sebelahnya. Kelihatan gadis itu agak sibuk menelaah helaian-helaian kertas di atas ribanya dengan jari runcingnya.

"Naik grab kut." Teragak-agak Izra menjawab. Lihatlah bagaimana keadaannya. Sekarang dia cuma mahu dirinya selamat sampai ke perkarangan Mahkamah.

"Kau tak takut ke, Izra?" Syazwanie toleh Izra sekilas. Kenapa gadis itu macam tak kisah soal keselamatan dirinya yang diancam bahaya?

Dia yang diberitahu oleh Izra tentang berita itu pun dah merinding bulu roma. Siapa sahaja tak takut jika diburu untuk dibunuh?

Tolak tepi dahulu soal alasan konyol itu.

Bukankah kes itu masih dalam siasatan? Mungkin masih ada sesuatu yang pihak sana belum jumpai atau terlepas pandang. Mungkin ini cuma tekaan atau agakan mereka sahaja. Mungkin..

Dan, mana mungkin pihak sana sanggup bertemu dengan Izra semata-mata untuk memberitahu isu yang satu itu jika ianya tak berbahaya.

"Kalau boleh, aku nak ambil kau nanti tapi masalahnya, aku ada meeting tengah hari nanti. Aku tak pasti habis jam berapa."

"Aku boleh naik grab, Syaz."

"Macam bahaya aje, Izra. Kau kena menunggu lagi grab. Risau pula aku kalau terjadi apa-apa dengan kau nanti. Hanif itu bahaya, Izra. Kalau dia dapat tangkap kau.. say bye to this world."

"Insya-Allah, semuanya akan okay." Izra tarik senyuman tipis buat sahabatnya itu.

Keadaan mereka sunyi sebelum Syazwanie kembali bersuara. Dia teringat pula tentang Farish. Kemarin Izra kata dia berjumpa dengan jejaka itu dan hari ini selepas selesai urusannya di Mahkamah, dia nak jenguk rumah keluarganya.

Izra sudah jadi setekad ini untuk putuskan pertunangannya. Mungkin memang benar, bukan jodohnya dengan jejaka itu.

"Kau dah ready nak beritahu family kau perihal Farish?" Syazwanie soal berhati-hati.

"Kau rasa, patut ke aku putuskan?" Izra balas soalan Syazwanie dengan soalan. Dirinya sedikit ragu untuk berbuat sedemikian. Bukan kerana dia ingin melindungi Farish tetapi dia risau jika perkara yang sedang bermain difikirannya ini terjadi.

"Apa yang menganggu kau sangat sampai kau rasa ragu macam ni?" Tertanya-tanya pula Syazwanie. Sepatutnya Izra lega dan gembira tetapi kenapa gadis ini seperti runsing?

"Aku bukan apa, Syaz. Tapi aku risau kalau mama aku dan auntie Humai gaduh ke apa lepas dapat tahu yang kami tak boleh teruskan hubungan ni disebabkan Farish curang. Kau rasa apa riaksi dia orang nanti? Dah lah dia orang nak sangat berbesan, tahu-tahu aje Farish buat hal. Memang aku angkat kaki teruslah kalau bab curang ni."

MEMORIESWhere stories live. Discover now