04

293 132 26
                                    

Pagi itu, Izra berada di sebuah kafe bersama clientnya, Irsyad Harith. Mereka duduk di tempat yang sedikit tersorok untuk privasi mereka.

"Saya tak mahu dia dijatuhkan hukuman. Dia tak bersalah," suara Irsyad seakan memohon. Dia tak mahu rakannya itu dihukum atas sebab yang tidak dilakukannya.

"Encik pun perlu menolong saya sebagai saksi kes ini. Tolong saya buktikan yang dia tidak bersalah melalui bicara. Membantu mencari peguam sahaja tidak cukup. Saya perlukan bukti, paling tidak pun saksi untuk mengukuhkan usulan saya," kata Izra dengan nada formal. Melalui kes yang diusulnya beberapa bulan lalu, dia tak tahu sama ada pihaknya dapat 'menang' atau tidak.

"Tolong saya, Encik. Jadilah saksi untuk kes ini. Selamatkan kawan Encik itu kalau Encik rasa yang dia betul-betul tidak bersalah," katanya lagi. Dia tahu jejaka itu tidak mahu menjadi saksi atas sebab pribadinya. Dia tak pasti sebab apa.

Semasa diceritakan kronologi kejadian, Irsyad merupakan orang yang penting selain daripada dua orang saksi lain.

"Sa.. saya tak boleh." Irsyad menunduk.

"Kenapa Encik tak mahu membela kawan Encik sendiri? Encik tak rasa kesian lihat dia dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang dia sendiri tidak lakukan? Adakah Encik sanggup melihat dia menanggung kesalahan orang lain? Atau Encik sedang melindungi seseorang?" Pelbagai persoalan Izra ajukan kepada Irsyad. Sengaja memprovokasi. Mana tahu Irsyad mahu bersuara akan asbab dia tak mahu menjadi saksi. Tapi dalam masa yang sama, Izra tak mahu memaksa Irsyad. Namun, dengan kehadiran Irsyad mungkin dia dah ada 'point' yang dia akan diketengahkan.

"Saya sedang cuba mencari sesuatu yang 'baru' untuk saya usulkan.. saya cuba bantu sekadar yang saya mampu tetapi jika Encik tak mahu berikan saya kerjasama, saya rasa.. sia-sia sahaja usaha saya ini." Izra pandang Irsyad dihadapannya itu, menunduk memandang lantai.

"Kalau tak ada apa-apa lagi yang Encik nak katakan, saya nak tamatkan perbincangan kita." Melihat Irsyad yang masih menunduk dan langsung tidak memberikan respon membuatkan Izra mengalah dan mula bangun dari duduknya.

"Cik.." Irsyad panggil Izra. "Saya takut untuk menjadi perhatian. Saya sangat sangat takut jika banyak pasang mata yang memandang ke arah saya. Suara saya akan bergetar dan.. badan saya akan menggigil. Saya tak ada keyakinan diri yang tinggi untuk bercakap. Saya minta maaf, buat Cik rasa terbeban." Sesudah dia berbicara, dia kembali menunduk.

Izra menarik nafas dalam-dalam. Dia duduk kembali di tempatnya tadi. "Irsyad, pandang saya," arah Izra tetapi jejaka itu masih menunduk.

"Pandang saya." Sekali lagi Izra memberikan arahan. "Saya ini buruk sangat ke sampai awak tak mahu pandang saya langsung?"

Irsyad terus angkat wajahnya.

"Untuk atasi ketakutan kita.. kita kena lawan ketakutan itu, Irsyad. Jangan biarkan ketakutan awak menguasi diri awak," kata Izra lembut, nadanya lebih santai tetapi tegas.

"Macam mana.. saya takut." Irsyad tak rasa dia mampu.

"Percaya pada diri sendiri."

"Macam mana kalau semasa ditanya, saya tak mampu cakap apa-apa? Tapi sebenarnya saya nak bercakap." Irsyad mula membayangkan situasinya semasa berada di kandang saksi nanti. Dia tak pernah jadi saksi untuk apa-apa kes Mahkamah. Ini merupakan kali pertama.

"Awak banyak sangat berfikir ini. Teruskan yakin pada diri awak dan jangan biarkan ketakutan menguasai diri. Kalau awak takut sangat, pandang wajah kawan awak itu atau sesiapa sahaja yang awak rasa selesa supaya awak tak gugup sangat."

Keadaan senyap selepas itu.

"Baiklah. Saya akan cuba," putusnya setelah lama mendiamkan diri dan Izra menguntumkan senyuman.

MEMORIESWhere stories live. Discover now