01

717 176 51
                                    

Inspektor Rayyan merenung helaian-helaian kertas yang berada di atas mejanya. Keluhan berat dilepaskan. Ini sudah entah keberapa kali kes ini gagal menemui titik noktahnya. Pasti ada sahaja kekacauan berlaku dan akhirnya menemui jalan buntu.

"Nah." Inspektor Irfan yang merupakan rakan sekerjanya, juga merangkap sahabat setianya menghulur sebuah fail. Fail itu bertukar tangan.

"Apa ni?" Kelihatan kekerutan di wajah jejaka itu. Mungkin bingung dengan tindakan Irfan yang tiba-tiba menghulurkan fail tersebut kepadanya.

"Baca saja dulu nanti kau tahulah."

Rayyan tidak menunggu lama, dia terus membuka fail tersebut. Terdapat biodata diri seorang yang tertulis di situ. Dibacanya satu persatu maklumat itu.

"Ayra, kau tengoklah adik kau ini kusut aje mukanya," kata Irfan kepada Ayra yang baru sahaja tiba. Gadis itu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ.

"Biasalah itu, dia berkerja keras. Kau tu relax aje aku tengok."

"Aku kena relax baru nampak cool" kata Irfan dengan penuh keyakinan.

Ayra berlopong kemudiannya. Jejaka itu memang suka angkat bakul sendiri. "So, macam mana dengan kes?" Dia menyoal selepas itu.

"Kami sudah mencari segala bukti, tapi jejak sebenarnya sahaja yang masih belum dapat dikesan."

"Hanif bijak IT, mungkin dia dah palsukan segalanya sebab itulah kita tak dapat jejak lokasinya." Ayra cuba meneka tindak tanduk jejaka bernama Hanif itu.

"Dia buat kerja clean atau kita yang cuai."

"Aku tak faham kenapa kau bagi maklumat biodata diri perempuan ini. Apa kaitan dia dengan kes kita?" Rayyan bersuara setelah beberapa minit dia menelaah fail tersebut.

"She's the target," celah Ayra. Dia dan Irfan telah berbincang tentang hal ini semasa masyuarat tempoh hari. "Exactly! Macam Ay kata tadi, Hanif bijak IT dan mungkin sebab itu kita tak dapat kesan lokasinya, kalau dapat pun mesti ada sesuatu yang tak kena." Irfan menggukuhkan kenyataan Ayra.

"Jadi, apa kena mengena kes Hanif dengan perempuan ini?"

"Memandangkan dia mangsa. Cepat atau lamba—" belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya. Rayyan terlebih dahulu memotong.

"Wait! Kenapa korang anggap yang perempuan ini mangsa seterusnya sedangkan tak ada bukti atau apa-apa clue yang menunjukan dia adalah mangsa?"

"Baca balik biodata dia. Dia dulu belajar dekat Universiti mana." Kata Ayra lebih kepada arahan.

Rayyan selak balik helaian kertas yang berada dalam fail tersebut. "Belajar dekat Universiti yang sama dengan Hanif? Tapi kita masih tak boleh assume yang dia mangsa dalam kes." Rayyan cuba menentang akan tanggapan kakaknya itu.

Irfan dan Ayra saling berpandangan.

Inilah padahnya jika tak hadir masyuarat!

"Ye memanglah! Sebab tu bila kitorang bawak kau meeting kau kena ada bukan tahu nak dating je, tahu la dah berpunya!" Perli Irfan.

Rayyan sengih sumbing. Buat-buat tak bersalah tapi dia janji dia tak akan ulanginya lagi.

"Nasib itu pertama kali kau skip meeting kalau balik-balik memang aku hempuk dah kau ni." Irfan masih tidak berpuas hati dengan Rayyan yang sanggup keluar dari pejabat semata-mata untuk memujuk tunang! Sikap itu sangat tidak professional. Dia tak faham kenapa sahabatnya itu berbuat sedemikian.

"Okay! Back to the topic, kita orang dah soal siasat saksi dan antara mereka ada menyatakan mangsa ini dulu pernah tolak cinta si Hanif tu, lepas tu Hanif ni dia macam.. kecewalah."

MEMORIESWhere stories live. Discover now