09

231 116 15
                                    

DUA MINGGU BELALU..

Izra tak tahu apa yang ada dalam otak dan fikiran Rayyan. Dia rasa jejaka itu gila! Dalam tempoh dua minggu..

Cuma dua minggu.

Rayyan tak putus-putus bertandang ke rumahnya. Dia tak tahu dan tak mahu ambil tahu urusan jejaka itu. Dia cuma mengurung diri dalam kamarnya.

Keluarganya juga tidak benarkan dia keluar rumah sesuka hati semenjak kejadian penculikannya itu. Mereka risau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Sehinggalah hari ini tiba.

Dia rasa dunianya terhenti sebaik sahaja Rayyan melafazkan akad nikah. Sungguh, dia sudah cuba sehabis baik untuk menolak. Dia sudah merayu. Dia sudah melutut bagai seorang hamba yang menginginkan keampunan daripada dihukum bunuh.

Dan, semuanya berakhir dengan sia-sia.

Pernikahan ini juga diadakan secara kecil-kecilan di sebuah masjid. Cuma dihadiri oleh ahli keluarganya dan beberapa orang wakil bagi keluarga Rayyan.

Cuma ada seorang gadis dan empat orang jejaka yang dia pasti, dia masih mengingati mereka berempat.

Sadis, Izra.

Keluarga mertua kau pun tak mahu hadiri majlis pernikahan ini.

Lebih sadisnya lagi, suami kau sendiri sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dicintainya. Apa ada tempat untuk kau beradu kasih dengannya?

Meski perasaan kau masih terpaut untuknya namun, harus kau sematkan dalam dada bahawa jejaka itu tidak pernah membalas perasaan itu.

Maka layakkah untuk kau rasa bahagia hari ini, Izra?

Di mana impian kau untuk merasai rasa kebahagiaan, di saat hari pernikahan kau tiba? Semuanya hilang begitu saja dan diganti dengan satu rasa yang.. kosong.

"Papa harap, Ira boleh hidup dengan Rayyan," suara Encik Huzairi mengetuk halwa telinga Izra dan membuatkan gadis itu mengertap giginya.

"Sampai hati papa buat Ira macam ni," balasnya tanpa memandang wajah tua itu.

"Untuk kebaikan kamu, sayang."

"Papa boleh upah bodyguard untuk Ira kalau papa takut sangat.. tetapi bukan dengan pernikahan yang bakal menuju perpisahan." Ayat ini sekali lagi meniti di bibir merah delimanya.

"Kita tak tahu apa yang akan terjadi dengan kita di masa akan datang, anakku. Lihatlah dalam mata suami kamu. Papa nampak keikhlasannya. Mata tak akan mampu menipu."

"Dia sudah bertunang. Di mana ada hatinya untuk seorang wanita lain, papa?" Balas Izra datar. Sepanjang hari ini, dia cuba tahan segala beban jiwa yang menghepap sanubari. Betapa hancurnya dia saat dinikahkan dengan jejaka yang jelas-jelas tidak punya rasa cinta akan dirinya selain rasa tanggungjawab yang menggunung tinggi.

"Perasaan itu ada, cuma ianya tenggelam timbul. Kalau ditaburi dengan rencah kasih dan sayang, mungkin kamu juga yang akan tengelam dalam larutannya." Encik Huzairi membalas selepas menyedari kehadiran Rayyan.

"Jaga puteri papa ini baik-baik, Rayyan. Hanya kamu yang papa harapkan. Bimbing dan lindungi dia. Dia isteri kamu. Dia sudah menjadi tanggungjawab kamu selama masih hidup. Ingat itu," pesan Encik Huzairi kepada menantu sulungnya.

MEMORIESWhere stories live. Discover now